Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kamus (kata nama)
Bersinonim dengan tesaurus, leksikon, glosari, daftar, ensiklopedia.,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
naik1. bergerak ke atas: asap ~ ke udara; bulan ~ dr satu hari bulan hingga lima belas hari bulan (bulan sabit hingga bulan penuh); tegak ~ a) matahari mulai tinggi (lebih kurang pukul 9.30 pagi); b) sudah mulai besar (budak yg berumur lebih kurang 15 tahun); 2. ber­gerak ke tempat yg lebih tinggi, mendaki, memanjat, masuk ke rumah (ikut tangga): maka ia pun berjalanlah, ~ bukit turun bukit hingga ke suatu padang yg luas; dgn segera pintu dibuka oleh isterinya, dan ia pun ~ cepat-cepat; 3. mengenderai (kuda, kereta, dll), masuk ke kenderaan: ~ kereta ke Pulau Pinang; ~ lif ke tingkat empat; 4. bertambah tinggi (mahal, besar, banyak, dll) drpd yg mula, bertambah, meningkat: ~ dan turunnya jualan tuan pd tiap-tiap bulan terpulanglah kpd kecekapan tuan mengurus perniagaan; semua harga barang ~; kalau pangkat ~ gaji pun akan ~; 5. tumbuh menjadi besar (tinggi dll): padi sedang ~; 6. menjadi, berubah menjadi: air mukanya dgn serta-merta ~ merah padam, dgn itu aku ~ pelik pula; 7. kembang atau mengembang (bkn adunan kuih): pukul telur sehingga ~; biarkan adunan roti itu ~;~ angin = ~ kepala angin tidak dapat mengawal diri kerana sangat marah dll; ~ apel = ~ banding Id memohon ke pengadilan yg lebih tinggi; ~ basuh kaki tidak diperlukan mengongkosi perbelanjaan kenduri kahwin (bkn pengantin laki-laki); ~ besar sudah mulai besar (anak-anak); ~ darah (menjadi) marah; ~ darat naik ke darat (turun dr kapal); ~ darjat menjadi tinggi darjatnya; ~ daun a) mendapat (keuntungan atau kesenangan); b) bernasib baik atau beruntung (dlm perjudian dll); ~ gaji mendapat gaji yg lebih tinggi; ~ gembira sl menjadi gembira (berani, suka berkelahi, dll); ~ geram menjadi marah; ~ gila a) menjadi gila; b) terlalu asyik akan sesuatu; ~ haji pergi ke Mekah menunaikan rukun Islam yg kelima; ~ harga menjadi mahal (berharga lebih drpd biasa); ~ hati menjadi girang (sombong); ~ kapal a) mula naik ke kapal; b) belayar dgn kapal, me­numpang kapal; ~ kelas Id meningkat ke darjah yg lebih tinggi; ~ (di, di atas) kepala berbuat sesuatu yg melampaui batas; ~ lemak menjadi terlalu manja (dan melampau perbuatannya); ~ marah bangkit marahnya, menjadi marah; ~ mempelai a) menjadi pengantin, berkahwin; b) pertama kali tidur dgn isteri; ~ merik Id bertambah besar kehormatannya; ~ minyak menjadi marah (dan mengganas atau menyerang), naik radang; ~ nobat Mn menjadi pengantin, berkahwin; ~ palak a) menjadi panas hati, meradang; b) berasa tidak senang, susah; ~ panas menjadi marah; ~ pangkat mendapat jawatan yg lebih tinggi; ~ pelamin Mn menjadi pengantin; ~ pitam a) mendapat pitam (menjadi pening); b) menjadi marah atau panas hati; ~ radang meradang; ~ raja sl menjadi raja; ~ saksi a) menjadi saksi (di pengadilan); b) mengaku (benar dll); ~ semangat bertambah semangat (bertambah berani dll); ~ seri kelihatan manis, berseri dsb selepas disolek, diandam dsb; ~ setum Id bp menjadi marah; ~ syeikh bp lupa diri, hilang pertimbangan; ~ takhta ditabalkan menjadi raja; ~ tangan beruntung, bertuah; ~ tocang bp besar kepala, lupa diri, menjadi manja dan melampau perbuatan; bulan ~, matahari ~ prb mendapat untung dan bahagia kiri kanan; ~ dr janjang, turun dr tangga prb membuat sesuatu pekerjaan menurut aturannya; ~ melompat, turun terjun = ~ membilang anak tangga, turun se­langkah jejaklah ke bumi = ~ spt semut, turun spt ribut prb hendak memperoleh kejayaan selalu­nya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali; menaik bergerak ke atas: kelok tersebut ~ semula; menaik-naik bp makin naik, menjadi-jadi: kebosanannya itu mulai ~ apabila suaminya tidak pulang-pulang; menaiki 1. memanjat, mendaki: ~ gunung; ~ takhta menjadi raja, mulai memerintah sbg raja; 2. pergi dgn kenderaan, mengenderai, menunggang: kenderaan apa yg akan engkau naiki utk ke Pulau Pinang? 3. memasuki rumah (dgn menggunakan tangga): rumah itu telah dinaiki pencuri; 4. mulai mendiami rumah (baru); menaikkan 1. menjadikan naik (tinggi), meninggikan: ~ layang-layang; ~ bendera; 2. membawa ke tempat tinggi: maka Seri Rama dan Sita Dewi pun dinaikkan oranglah ke atas gunung-gunungan; 3. meletakkan ke atas kenderaan (kereta, gajah, perahu, dll): akan Semar dan Jemuras pun ~ per­bekalan­nya ke atas kudanya; kuli-kuli sedang ~ barang ke kapal; 4. menjadikan lebih tinggi (pangkat, gaji, taraf hidup, dll); 5. menjadikan bertambah tinggi (semangat, kemarahan, dsb): kata-kata perangsang itu ~ semangat­nya utk belajar bersungguh-sungguh lagi; ~ cukai meninggikan cukai; ~ darah me­nyebabkan jadi marah; ~ gaji meninggikan atau menambah gaji; ~ harga meninggikan harga; ~ pangkat meninggikan pangkat; ~ semangat membesarkan semangat (mem­beranikan, menggembirakan); 6. menjadi naik (kembang, bkn adunan kuih, dsb): serbuk penaik dicampurkan utk ~ adunan kuih itu; naik-naikan Id, bp waktu murid naik darjah; kenaikan 1. sesuatu yg dinaiki, kenderaan: apabila ~nya itu berhenti di hadapannya, dia pun menaikinya; 2. perihal naik (pangkat, gaji, hasil pertanian, dll), naiknya: bilangan pegawai akan ditambah dan ~ pangkat akan dimudahkan; penaikan perihal atau perbuatan menaik­kan; penaik; bahan ~ bahan yg digunakan utk menaikkan adunan kuih (spt serbuk penaik dsb); ~ darah orang yg lekas marah, pemarah.Kamus Dewan Edisi Keempat
tahan I1. tidak berubah keadaannya, tidak lekas rosak (luntur, berubah, dll): perkakas itu kalau dijaga dgn baik akan ~ bertahun-tahun; 2. sanggup menderita sesuatu, tabah menanggung (kesusahan dll): orang kampung tidak ~ lagi hidup menderita selama-lama­nya; 3. dapat menguasai dirinya, betah: mereka hendaklah ~ menyimpan rahsia; 4. tidak mudah jemu (kasihan dll), kuat menguasai perasaan, tidak lekas jijik dll: mana ~ makan ubi tiap-tiap hari; 5. mencukupi, memadai (pd makanan, bekalan, dll): beras ini ~ utk seminggu; 6. tidak roboh (runtuh), kuat: bahagian hadapannya ditopang dgn dua batang kayu besar supaya ~ dan tidak tumbang terus; 7. lebih baik, bertambah baik (drpd sakit), sihat sedikit: semalam Bibah ni demam, ini dah ~ sedikit;~ air tidak dapat dimasuki atau dirosaki air, kalis air, kedap air; ~ api tidak boleh terbakar, kalis api; ~ besi (peluru, tembak) tidak lut senjata, kebal; ~ cuci tidak turun warna (apa­bila dicuci); ~ gelombang (ombak) dapat belayar dgn baik (tidak oleng); ~ harga tetap harganya (tidak turun harganya); ~ hati cekal atau teguh hati; ~ hina tidak lekas marah apabila dihina; ~ kias tidak lekas menjadi marah apabila disindir; ~ kulit Jh tidak lut senjata; ~ lama tidak lekas rosak atau busuk; ~ lapar kuat berlapar; ~ lasak a) kuat dan cekap membuat kerja; b) teguh, awet (pakai­an); ~ palu (pukul) tidak sakit jika dipukul; ~ sabar sabar, tidak pemarah; ~ sesah tidak turun warna; ~ tangan tidak sakit kena pukul; ~ tonggak Mn ditanggung oleh tonggak; ~ uji a) boleh diuji; b) terbukti kebaikannya (keelokannya dll); bertahan 1. tidak berganjak (dr tempat atau kedudukannya), tidak undur: mereka ~ hingga musuh berundur kembali; 2. = ~ diri mem­pertahankan diri (drpd serangan, ancaman): Folley kelihatan melepaskan tumbukan-tumbukan ringan yg tidak memberi kesan manakala Muhammad Ali ~; 3. tidak mahu mengalah, berteguh hati, berkeras hati: penjudi yg sedang malang nasibnya, kalah dlm perjudian, namun dia ~; Makhdum pun terlalu marah mendengar kata Seri Rama itu, lalu pulang, berapa ditahani oleh Benda­hara, tiada mahu Makhdum ~; 4. mencukupi (utk beberapa lamanya): kalau kita berhemat, akan ~ juga; 5. sl tersekat, terhambat: barang siapa dapat memanah pohon lontar yg hamba tanam empat puluh itu terus tiada ~ maka hamba berikan Sita Dewi ini; ~ larat = bertahan-tahan larat a) mengurang­kan kesukaran yg dideritai; b) mempertahan­kan supaya tahan lebih lama lagi, melambat-lambatkan habisnya sesuatu, menjimat-jimatkan; menahan 1. tidak membiarkan berlalu (mengalir dll), menghentikan, menyekat: ada sebuah tandup yg ~ air sungai itu utk digunakan di sawah; 2. memberi bersokong supaya jangan rebah (jatuh), menopang, menyangga: mereka sedang mencacak buluh di kaki tebing sungai itu utk ~nya supaya jangan runtuh; 3. melambaikan tangan supaya (bas, kereta sewa, dll) berhenti: aku ~ bas itu; 4. mencegah, mengelakkan atau menjauhkan (penyakit dll): ~ diri drpd diper­daya; 5. melawan dan memukul mundur (musuh), menangkis (serangan): dia pun menyuruhlah membuat beberapa kubu se­pan­jang-panjang sungai itu akan ~ angkat­an dr Sabukit; 6. menguasai perasaan (hawa nafsu dll), mengekang: saya akan mencuba ~ nafsu muda sehingga pengajian saya di universiti tamat; 7. tidak memanjangkan (permohonan dll) kpd yg lebih tinggi, tidak disampaikan kpd: surat permohonannya telah ditahan oleh ketua bahagian; 8. tidak membiarkan pergi, tidak membenarkan (masuk, pergi, dll): kami bertiga telah ditahan di luar dan Said Abu Bakar seorang sahaja yg disuruh masuk; 9. memasukkan dlm pen­jara (utk sementara sahaja), memenjara­kan, mengurung: polis ada kuasa ~ seseorang yg disyaki selama empat belas hari; 10. menye­kat sesuatu drpd sampai kpd yg berhak, tidak memberikan sesuatu kpd yg berhak: permin­taan isteri utk membeli itu dan ini dan perbelanjaan anak-anak ditahan sedikit; 11. menyimpan (utk persediaan dll): dua karung beras ditahan utk bekalan dlm pelayaran; 12. menguatkan diri supaya sanggup men­derita dll, menderita: dia kelihatan terkial-kial ~ kesakitan; menahani tidak membenarkan (melakukan sesuatu), menegah, mengekang, merintangi: barang kehendak kamu tiada aku tahani; maka Makhdum pun terlalu marah men­dengar kata Seri Rama itu, lalu dia pulang, berapa ditahani oleh Bendahara tiada mahu Makhdum bertahan; menahankan 1. menjadikan tahan; 2. meng­gunakan sesuatu utk menahan, menahan dgn: maka oleh orang tua itu dilambung-lambung lembing itu, ditahankannya bela­kang­nya maka lembing itu mengambul jatuh ke tanah; 3. menguatkan diri supaya tahan, menahan: Nor Hamidah tidak dapat ~ tangis­nya; 4. menggalang, menyekat, merintangi, menahan: tidak boleh ditahankan kehendak raja; mempertahankan 1. mengikhtiarkan su­paya tidak berubah, mengusahakan supaya tetap (kekal): kaum tua mahu tetap ~ adat yg mendapat kritikan paling hebat drpd kaum muda; 2. tidak mahu melepaskan, memegang teguh-teguh: kemerdekaan yg dicapai itu mesti dipertahankan; 3. menjaga supaya tidak terancam (dikuasai orang dll), melin­dungi, membela: jika kompeni menye­rang Bonjol, serahkan pd kami ~ negeri; ~ diri; tertahan 1. dapat ditahan, tercegah, ter­hambat, terhenti, tersekat: maka dilakukan serangan terus-menerus yg tiada ~ oleh musuh; lama dia membiarkan nafasnya ~; 2. = tertahani sanggup mengekang atau mengawal (perasaan dll), sanggup menang­gung (kesakitan dll), sabar: segala rakyat itu tiada lagi terderita, tiada lagi ~; tiadalah boleh ~ lagi hati saya lalu tertawa besarlah saya; tiadalah patik ~ hawa nafsu segala wujud patik ini; tertahan-tahan tidak lancar (langsung), terhenti-henti, terputus-putus: beliau terus bercerita dgn suara yg ~; tahanan 1. sesuatu yg menahan, halangan, rintangan: benda itu bergerak terus kerana tidak ada ~; 2. simpanan utk masa depan, cadangan, persediaan; 3. sesuatu yg ditahan (orang, barang, dll): kerajaan sepatutnya membantu dan memberi layanan baik kpd anak dan isteri orang ~ politik; 4. tempat menah­an orang, penjara: saya telah dilempar­kan ke dlm ~ selama lapan puluh enam hari; 5. perihal menahan (dlm penjara dll): beliau pernah meletakkan Perdana Menterinya dlm ~ rumah di Kahirah dahulu; ketahanan keadaan tahan (kuat), sifat tahan atau keupayaan menanggung (menderita dll) sesuatu, kebetahan (hati), kekuatan (hati); pertahanan 1. hal mempertahankan (men­jaga supaya selamat dll): hak ~ tubuh dan harta; 2. perihal membela, pembelaan: seka­rang, dgn tidak menerima ~ diriku, engkau usir aku dr rumahmu; 3. sesuatu (spt kubu atau benteng) yg digunakan utk mem­pertahankan diri dll drpd serangan, perihal menjaga keselamatan negeri dll: kekuatan ~ awam Malaysia akan diperbesar; memper­kukuh ~ negara; penahanan 1. perbuatan menahan (menang­kis), penangkisan; 2. perbuatan menahan (mengekang), pengekangan: ~ hawa nafsu; 3. perbuatan (tindakan) menahan (per­mohonan dll); 4. perbuatan (tindakan) mena­han orang (drpd memasuki sesuatu kawasan dsb); 5. perbuatan (tindakan) menahan (mengu­rung, memenjarakan, dsb utk semen­tara sahaja), pemenjaraan, pengurungan: ~ mereka dianggap tidak sah; penahan orang dll yg menahan, penyekat, perintang.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas