Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ranting (kata nama)
1. Dalam konteks perkara
bersinonim dengan kecil, remeh, tidak penting,
(adjektif:)

2. Rujuk cabang

Kata Terbitan : beranting, meranting,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ranggas1. luruh daunnya, tidak ada daunnya lagi: pokok papaya itu ~ daunnya; 2. ranting- ranting kayu yg mati; tampak ~ tak akan meleting prb perihal mengetahui bahawa seseorang itu tidak akan dapat berbuat apa-apa sebab bodoh atau penakut; meranggas 1. gugur daunnya: pohon-pohon yg sedang subur menghijau tiba-tiba layu ~; 2. luruh bulu (buahnya): ayam ~; meranggaskan menyebabkan tidak ada daun: cuaca panas dan musim kemarau yg berpan­jangan itu telah ~ banyak pohon yg dahulu­nya subur dan rendang; peranggasan perihal (proses atau perbuatan) meranggas atau meranggaskan; peranggas sesuatu (bahan, faktor dsb) yg menyebabkan pokok ranggas: ulat beluncas disifatkan sbg ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
gunting1 alat utk memotong kain dll yg terdiri drpd dua bilah logam yg dirangkapkan: mata ~ bahagian gunting yg tajam; ~ pokok gunting besar yg digunakan utk memotong (memangkas) daun dan ranting-ranting pokok. 2 potongan atau bentuk baju dsb: Baju ini elok ~nya. bergunting 1 menyuruh tukang gunting memotong rambut; memendekkan rambut dgn pertolongan tukang gunting: Saya hendak pergi ~. 2 dipotong dgn gunting: Kain seluarnya belum ~ lagi. menggunting 1 memotong dgn menggunakan gunting: Kakak sedang ~ baju di rumah. 2 ki mengenakan tipu daya; menipu. ~ hati menyakiti hati. guntingan 1 hasil drpd menggunting; barang yg telah digunting: ~ surat khabar itu ditampalkannya pd kulit fail. 2 ist gambar atau teks (komputer) yg telah dipotong atau disalin oleh pengguna drpd dokumen yg sedia ada utk digunakan dlm lukisan atau dokumen lain. penggunting 1 orang yg menggunting. 2 alat yg digunakan utk menggunting.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gunting1. alat utk memotong kain dll yg terdiri drpd dua bilah logam yg dirangkapkan: mata ~bahagian gunting yg tajam; ~ pokok gunting besar yg digunakan utk memotong (memangkas) daun dan ranting-ranting pokok. 2. potongan atau bentuk baju dsb: Baju ini elok ~nya. bergunting 1. menyuruh tukang gunting memotong rambut; memendekkan rambut dgn pertolongan tukang gunting: Saya hendak pergi ~ 2. dipotong dgn gunting: Kain seluarnya belum ~ lagi. menggunting memotong dgn menggunakan gunting: Kakak sedang ~ baju di rumah. 2. ki mengenakan tipu daya; menipu. ~ hati menyakiti hati orang. guntingan hasil drpd menggunting; barang yg telah digunting: ~ surat khabar itu ditampalkannya pd kulit fail. penggunting 1. orang yg menggunting. 2. alat yg digunakan utk menggunting.Kamus Pelajar
rimbun1. lebat daunnya, berdaun dan ber­cabang-cabang banyak: pokok yg ~; pokok getah itu ~ semula; 2. lebat (rambut, bulu, dll), tebal (rambut, bulu, dll); kepala ~ berambut banyak; 3. memakai atau mem­punyai banyak (alat, pakaian, dll): pakaian dan perhiasan gadis itu telah ~; perahu yg ~ layarnya; suaminya itu tidaklah orang ter­buang melainkan ~ rampak dlm kaum­nya, ada beradik kakak; merimbun 1. sangat rimbun: ia pun berjalan menuju rumpun tebu yg ~; 2. menjadi rimbun: pokok-pokok lainnya tetap juga ~; merimbunkan 1. menjadikan rimbun; 2. menjadikan banyak: dia tidak akan berusaha ~ peninggalan ayahnya; didirikannya suatu besi penghalang dan dirimbunkan bara api di bawahnya; rimbunan 1. pohon-pohonan yg rimbun: pengganas itu hilang dlm ~ tebal; 2. daun-daun (ranting-ranting) yg banyak: cahaya yg indah itu merecik di antara lambaran daun kelapa dan ~ pohon rambutan; 3. lindungan: kalau tidak kerana ~ lalang di situ, tentulah apa yg dilakukan oleh Basir akan ternam-pak; kerimbunan perihal atau keadaan rimbun: ~ pohon-pohon di situ tentunya menyedia­kan tempat berteduh yg sangat nyaman.Kamus Dewan Edisi Keempat
pucuk I1. daun yg baru terbit, daun muda (di puncak pokok atau di hujung ranting): memakan ~-~ kayu; ~ nipah yg muda utk menggulung rokok; mati ~ a) mati pd pucuk­nya (tumbuh-tumbuhan); b) lemah zakar; 2. hujung yg tajam (runcing), puncak (api, ombak, pohon, dll): daun-daun masih terlekat di ~ pokok; 3. yg tertinggi, yg terpenting, yg berkuasa; ditanam ~ Mn didirikan penghulu; ~ pimpinan (pemerintahan) a) pusat atau tampuk kekuasaan (pimpinan); b) orang yg memegang kekuasaan tertinggi; 4. pen­jodoh bilangan bagi surat (senjata api dll): se~ surat; beberapa ~ senapang; 5. ki sesuatu perasaan yg baru tumbuh (perasaan cinta dll): ~ cinta; ~ kemesraan; ~ api lidah api (hujung nyala api); ~ biji pucuk yg akan tumbuh menjadi batang (daun dll), bakal batang; ~ bulat orang yg memegang kekuasaan tertinggi; ~ jala pusat jala; ~ ombak kepala ombak; ~ pangkal pokok pangkal (asal usul); ~ rebung a) rebung yg masih muda; b) ukiran atau lukisan yg berbentuk gerigi (pd tepi sesuatu benda); ~ tiang puncak tiang; ~ dicita ulam tiba = hendak ulam ~ menjulai prb beroleh sesuatu lebih drpd apa yg diharap­kan; bagai ~ (enau) dilancarkan (diluncurkan) prb sangat laju atau luncur perginya; lebih ~ lebih pelepah prb pertanyaan kerana membandingkan dua sahabat yg baharu dgn yg lama (mana yg lebih pucuk atau pelepah); menghendaki ~ alu = minta ~ pd alu prb menghendaki (meminta) sesuatu yg tidak akan dapat; sedangkan ~ lagi tak merah, konon pula selaranya prb sedang ia lagi kaya tidak berderma apalagi apabila tidak berwang; spt ~ dgn pelepah prb sama juga (kiasan pd orang yg bersaudara yg sama pangkat atau darjatnya); spt ~ eru, ke mana angin yg keras ke sana condongnya prb tiada tetap pendiri­an sebentar begini sebentar begitu (mana orang yg menang atau kuat itulah yg diikut); tidak (ber)pucuk di atas enau prb Mn perihal seseorang yg sangat angkuh (senantiasa meman­dang rendah kpd orang lain); umpama ~ dan umbut, tiada lauk baru dibaham prb sesuatu yg kurang berguna akan dipakai juga apabila yg lain-lain tiada lagi; berpucuk 1. keluar pucuknya: pokok getah ~ selepas musim kemarau; 2. ada pucuknya; kata tidak ~ putusan yg terakhir (muktamad); ke atas tidak ~, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek kumbang prb jika seseorang bersalah biarlah dia serta kaumnya binasa.Kamus Dewan Edisi Keempat
mara Isl bencana, bahaya, celaka, kesusahan: dijauhkan Allah drpd bahaya dan ~-Nya; ~ jangan dipukat, rezeki jangan ditolak prb bahaya atau kesusahan jangan sekali-kali di­cari-cari; ~ hinggap, ~ terbang enggang lalu ranting patah prb perihal seseorang yg dituduh melakukan sesuatu kesalahan pd hal dia tidak melakukan kesalahan itu; bermara sl berbahaya, menghadapi bahaya: jikalau tuan-tuan sekalian pergi, salah se-orang ~ .Kamus Dewan Edisi Keempat
gagang1. tangkai (bunga, gayung, dll), hulu (keris, tombak, dll); 2. Mn pucuk ranting atau batang pokok yg melata (melilit), sulur; ~ pena batang pena; ~ senapang (telefon) pemegang senapang; ~ telefon pemegang telefon; spt sirih pulang ke ~nya prb orang yg kembali kpd asalnya;menggagang mempunyai sulur.Kamus Dewan Edisi Keempat
cabang1 bahagian pokok kayu (spt da­han atau ranting) yg tumbuh pd batang. 2 bahagian hujung galah dsb yg berbelah spt dua jari terbuka; canggah. 3 sesuatu yg berpecah spt cabang pokok: ~ jalan. 4 cawangan drpd sesuatu (spt kedai, pejabat) yg lebih besar: Syarikat tsb mempunyai ~nya di tiap-tiap negeri di Malaysia. bercabang 1 mempunyai cabang; tumbuh cabangnya: Jarang-jarang sekali kita dpt bertemu dgn pokok kelapa yg ~. 2 berpecah spt cabang: Jalan itu ~ tiga. bercabang-cabang banyak cabangnya: Tanduk rusa ~. mencabangkan me­nempelkan mata tunas pd pokok supaya menjadi cabang. mempercabangkan menjadikan bercabang. percabangan 1 hal bercabang. 2 tempat jalan, sungai dsb bercabang: ~ jalan persimpangan jalan. pencabangan perbuatan (proses dsb) mencabangkan pokok.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tengger(ténggér); bertengger duduk pd tempat yg ketinggian (burung di atas dahan dll), bertenggek: seekor gagak tua ~ di hujung ranting kering;tenggeran (bilah dll) tempat burung ber-tengger dlm sangkar; sangkar emas ~ suasa prb laki-laki yg menunggu isterinya (kekasih­nya) dgn rumah yg bagus serta cukup alat perkakasnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
cabang1. bahagian pokok kayu (spt dahan atau ranting) yg tumbuh pd batang. 2. bahagian hujung galah dsb yg berbelah spt dua jari terbuka; canggah. 3. sesuatu yg berpecah spt cabang pokok: ~ jalan. 4. cawangan drpd sesuatu (spt kedai, pejabat dll) yg lebih besar. Syarikat tsb mempunyai ~nya di tiap-tiap negeri di Malaysia. bercabang 1. mempunyai cabang; tumbuh cabangnya: Jarang-jarang sekali kita dpt bertemu dgn pokok kelapa yg ~. 2. berpecah spt cabang: jalan itu ~ tiga. bercabang-cabang banyak cabangnya: Tanduk rusa ~. mencabangkan menempelkan mata tunas pd pokok supaya menjadi cabang. mempercabangkan menjadikan bercabang. percabangan 1. hal bercabang. 2. tempat jalan, sungai dsb bercabang: ~ jalan persimpangan jalan. pencabangan perbuatan (proses dsb) mencabangkan pokok.Kamus Pelajar
12

Kembali ke atas