| rombong II | ; merombong 1. berkumpul menjadi kumpulan (orang); 2. ark bertimbun banyak-banyak; rombongan sekumpulan orang (yg bekerja atau datang dll bersama-sama): menteri itu dan ~nya telah tiba di Pulau Pinang pagi tadi; satu ~ pegawai Malaysia akan berunding dgn pegawai-pegawai Filipina; ~ kebudayaan sekumpulan penari (pelakon, penyanyi, dll) yg melawat ke sesuatu tempat utk membuat pertunjukan dsb; berombongan secara (berupa) rombongan, berkumpulan: membuat lawatan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| rombongan | sekumpulan orang (yg bekerja atau datang dll bersama-sama): menteri itu dan ~nya telah tiba di Pulau Pinang pagi tadi; satu ~ pegawai Malaysia akan berunding dgn pegawai-pegawai Filipina; ~ kebudayaan sekumpulan penari (pelakon, penyanyi, dll) yg melawat ke sesuatu tempat utk membuat pertunjukan dsb; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tiba I | 1 sampai di sesuatu tempat: Rombongan itu ~ di Bandung pd pukul tiga petang. 2 sudah sampai musimnya, waktunya dll: Musim kemarau sudah ~. ketibaan hal sampai atau hal tiba di: ~ baginda disambut dgn penuh istiadat. setiba sebaik-baik tiba di; seketika selepas tiba; sesampai: ~nya di hotel, dia pun menelefon abangnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| serta | ingin ~ pertandingan tenis itu. 2 mengikut bersama sbg teman atau sbg pembantu; mengiringi; menemani: Beberapa orang pegawai telah ~nya ke persidangan itu. menyertakan 1 membiarkan menyertai: Encik Ali ~ anak sulungnya dlm rombongan itu. 2 mengirim bersama (bkn surat dll). penyertaan perbuatan atau hal menyertai: UDA berusaha mempercepat ~ kaum bumiputera dlm bidang perdagangan dan perindustrian. peserta orang yg ikut serta dlm sesuatu pertandingan dll; orang yg mengambil bahagian: Para ~ dr Thailand telah tiba petang semalam. penyerta; kata ~ kata (spt si, sang) yg terletak di depan kata-kata tertentu yg digunakan sbg nama timangan, utk mengejek, utk menghormati dll; kata sandang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| hadir | ada di tempat tertentu (di sekolah, mesyuarat dll): Wakil kami tidak ~ dlm mesyuarat itu. menghadiri datang dan turut serta dlm mesyuarat, persidangan dll; mengunjungi majlis dsb; mengikuti; menyertai: Lebih seratus orang peserta dr negara-negara Asia Tenggara, Australia dan New Zealand telah ~ seminar antarabangsa tsb. Banyak sahabat handai yg telah ~ majlis perkahwinan itu. menghadirkan membuat supaya hadir di sesuatu tempat: Ketua rombongan hendaklah ~ semua ahli rombongan pd waktu yg ditetapkan. kehadiran perihal berada atau hadir di sesuatu tempat: ~nya telah menyerikan majlis itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| hadir | ada di tempat tertentu (di sekolah, mesyuarat dll): Wakil kami tidak ~ dlm mesyuarat itu. menghadiri datang dan turut serta dlm mesyuarat, persidangan dll; mengunjungi majlis dsb; mengikuti; menyertai: Lebih seratus orang peserta dr negara-negara Asia Tenggara, Australia dan New Zealand telah ~ seminar antarabangsa tsb. Banyak sahabat handai yg telah ~ majlis perkahwinan itu. menghadirkan membuat supaya hadir di sesuatu tempat: Ketua rombongan hendaklah ~ semua ahli rombongan pd waktu yg ditetapkan. kehadiran perihal berada atau hadir di sesuatu tempat: ~nya telah menyerikan majlis itu. | Kamus Pelajar |
| lapan | delapan; ~ belas sepuluh ditambah lapan (18); ~ puluh hasil darab lapan dan sepuluh (80); ~ ratus hasil darab lapan dan seratus (800); berlapan dlm kumpulan lapan orang dsb, lapan bersama: mereka ~ dipilih utk menyertai rombongan itu; berlapan-lapan dlm satu kumpulan lapan orang dsb (bkn banyak atau beberapa kumpulan): berbaris ~; kelapan yg nombor lapan (menurut urutan, giliran, dsb), kedelapan: gilirannya yg ~; kelapan-lapan lapan-lapan sekali, kesemuanya lapan: ~ orang anaknya pulang ke kampung pd hari raya itu; perlapan bahagian drpd sesuatu yg dibahagi lapan; satu ~ = se~ satu bahagian drpd benda yg dibahagi lapan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hampa | 1. kosong, tidak berisi: ketika pagi hari dilihatnya lukahnya ~; padi yg ~ itu dibuangkan; 2. = ~ hati ki kecewa: alangkah ~ hatinya apabila orang yg ditunggunya tidak kunjung tiba; 3. ki tidak ada hasil, sia-sia, gagal: rombongan peminangan itu pulang dgn ~ kerana peminangan mereka ditolak; dgn tangan ~ tidak berhasil, tidak mendapat apa-apa; 4. ki tidak berilmu, bodoh, dungu: tidak ada gunanya bertanya pd orang yg ~; ~ beras butir-butir padi yg tidak berisi; ~ berat padi yg tidak cukup penuh isinya (hujung padi); ~ hati gagal, kecewa; ~ udara Id tidak berisi udara; yg ~ biar terbang yg bernas biar tinggal prb yg tidak berguna itu biarlah hilang tetapi yg baik biarlah tinggal; berhampa; ~ tangan tidak mendapat apa-apa (hasil); menghampakan 1. mengosongkan: perahunya itu dihampakannya dan diperbaikinya; 2. membiarkan (pulang dll) dgn tangan hampa, mengecewakan; 3. menimbulkan rasa hampa: mati yg ~; kehampaan 1. perasaan kecewa (kerana tidak mendapat, menemui, mencapai dsb sesuatu yg dihajati atau dicita-citakan), kekecewaan: kebanyakan para orientalis menyatakan ~ mereka terhadap kekurangan tradisi kesusasteraan Islam; ia pergi dlm ~; 2. ki ketiadaan pengetahuan, kebodohan, kedunguan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kilang I | 1. = kilangan apitan, penggilingan (tebu); ~ getah kilang tempat membuat getah keping; 2. bangunan (kelompok bangunan) berserta dgn alat-alat jentera utk membuat (memproses dll) barang-barang: ~ kopi; ~ motokar; ~ sabun; 3. organ yg tugas utamanya membentuk sebatian kimia yg tertentu, kelenjar: ~ air liur; ~ air mata; ~ adrenal organ vertebrat yg membentuk hormon; ~ mengetin kilang tempat mengeluarkan barang-barang dlm tin; ~ padi kilang tempat mengisar padi; ~ papan kilang tempat membuat papan; kilangan patah awak itulah menghimpitnya prb mendapat kesusahan oleh sebab perbuatan sendiri; mengilang 1. menggiling atau menggolek tebu (utk memerah airnya), mengapit, menghimpit, mengupas (mengisar dll) padi dll dgn mesin; 2. membuat (mengeluarkan) barang dgn menggunakan kilang; sudah ~ membajak pula prb sentiasa menanggung kesusahan (bekerja sepanjang masa dll); perkilangan 1. kelompok kilang (atau fabrik): rombongan itu akan melawat pusat-pusat ~ yg mengeluarkan barang-barang di Petaling Jaya; 2. usaha (kegiatan) membuat barang-barang dgn kilang: sangat perlu juga digalakkan perindustrian dan ~; 3. yg berkaitan di kilang atau kelompok kilang; pengilangan perbuatan atau perihal mengilang; pengilang orang (kumpulan dsb) yg memiliki (mengurus) kilang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| angkat | 1. meninggikan, menaikkan ke atas: ~ tangan; 2. yg dijadikan atau diakui spt (anak, ayah, dll): abang ~; anak ~; 3. ark kali (kekerapan) membawa: sudah tiga ~ minuman; 4. turunan: se~ seumur, sebaya (dgn); ~ berat = ~ besi sukan atau latihan jasmani dgn mengangkat besi; ~ kaki a) melarikan diri, cabut lari; b) meninggalkan sesuatu tempat (majlis dsb) dgn tergesa-gesa; ~ sembah melakukan sembah; ~ sumpah bersumpah; dr jauh orang ~ telunjuk, kalau dekat dia ~ mata prb jika kita berbuat salah akan diumpat orang di belakang kalau tidak di depan kita; angkat-angkat yg boleh (dapat) diangkat-angkat: jambatan ~; berangkat 1. mula meninggalkan sesuatu tempat utk pergi ke tempat lain, bertolak: rombongan itu akan ~ ke Pulau Pinang; 2. mulai menjadi (besar, dewasa, dll): anak itu sudah ~ dewasa; orang yg ~ hamil sering didatangi perasaan yg aneh-aneh; memberangkatkan menyuruh berangkat: keesokan harinya rombongan itu diberangkatkan ke ibu kota; keberangkatan perihal berangkat (bertolak), berangkatnya: dia pergi tanpa memberitahukan ~nya padaku; mengangkat 1. menggerakkan ke atas, menaikkan, meninggikan: ia ~ panggang dr api; beberapa orang murid ~ tangan utk menjawab soalan guru; 2. membawa pergi atau membawa dr satu tempat ke tempat lain: diangkatnya barang itu ketika ia berangkat tadi; ~ beg-beg masuk ke dlm kereta; 3. melantik, menaikkan (kedudukan, taraf, pangkat): hendak ~nya menjadi pengerusi; peristiwa dan tindakan penting yg ~ taraf bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan; 4. (mulai) melakukan (menyatakan dll): ~ sumpah; 5. mengambil sbg, mengakui sbg (anak dll): ia telah diangkat anak oleh penghulu; 6. Id menangkap dan membawa pergi: semalam ia diangkat oleh polis; 7. ki memuji (kerana hendak menyukakan hati): pandailah kau ~ dia; ~ bicara Id mulai berpidato; ~ hadas menyucikan diri drpd hadas kecil atau hadas besar; ~ suara meninggikan suara; ~ tabik memberi hormat; ~ wuduk menyucikan diri dgn mengambil air sembahyang; mengangkat-angkat 1. mengangkat berulang kali; 2. ki meninggi-ninggikan, memuji-muji (utk menyukakan hati): jangan engkau suruh aku ~ orang; mengangkati berkali-kali mengangkat, mengangkat-angkat; mengangkatkan mengangkat utk: tolong angkatkan saya peti itu sebentar; ~ topinya akan memberi hormat; angkatan 1. berat yg diangkat: ~nya lebih drpd 200 paun; 2. pasukan tentera (dgn alat kelengkapan), bala tentera: ~ bersenjata Malaysia; 3. pengiriman pasukan (tentera): ~ pasukan ke daerah pertempuran sudah selesai; 4. ark = pengangkatan, keangkatan pelantikan: ~ beliau sbg duta telah disahkan; 5. Id yg diangkat atau dilantik, lantikan (bkn jawatan, pangkat): jawatan Perdana Menteri bukanlah ~ tetapi pilihan; 6. golongan orang yg mempunyai haluan atau pendirian (kecenderungan, cita-cita, dsb) yg sama: Usman Awang ialah tokoh ~ Sasterawan ‘50 atau Asas ‘50; 7. golongan orang yg sebaya, generasi: ~ muda; 8. sl selengkap; pakaian ~ a) selengkap pakaian kebesaran; b) pakaian kebesaran; c) pakaian seragam; ~ baru generasi baru (penganut aliran zaman baru); ~ bersenjata keseluruhan tentera sesebuah negara (yg terdiri drpd tentera darat, tentera laut, dan tentera udara); ~ darat tentera darat; ~ laut tentera laut, armada; ~ muda para pemuda; ~ perang bala tentera yg berperang atau sedia utk berperang; ~ raja (adiraja, diraja) kereta yg membawa jenazah raja; ~ udara tentera udara; perangkat, perangkatan 1. kelengkapan, perlengkapan, peralatan; ~ adat alat per-lengkapan adat; 2. = keangkatan ark keberangkatan; seperangkat, seperangkatan 1. selengkap, sepemakai; 2. ark segolongan; pengangkatan perihal (perbuatan, cara, dsb) mengangkat (dgn berbagai-bagai erti); pengangkat 1. alat utk mengangkat; 2. orang yg mengangkat; 3. orang yg suka memuji-muji. | Kamus Dewan Edisi Keempat |