Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rupa-rupawan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
rupawancantik (bkn rupa seseorang); elok: gadis yg ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rupawancantik (bkn rupa seseorang); elok: gadis yang ~.Kamus Pelajar
rupa1 sifat atau keadaan sesuatu benda yg kelihatan: ~ kepala binatang itu spt kepala kuda. Puncak menara masjid itu ~nya spt roket. 2 = ~ muka paras muka; roman muka seseorang: ~nya yg elok itu sangat menawan hati. ~ bentuk rupa dan bentuk. ~ bumi bentuk muka bumi. rupanya 1 kelihatannya; tampaknya: Bagaimana ~ perempuan itu? 2 pd zahirnya; nampaknya: ~ kita akan berhari raya pd hari Sabtu. 3 sebenarnya; sebetulnya: Kusangka dia ada di rumah, ~ dia sudah keluar. rupa-rupanya 1 sebaliknya; melainkan: Saya menyangka bahawa bom yg digugurkan di Hiroshima dan di Nagasaki itu hanya bom biasa, ~ bom itu bom atom. 2 agaknya; barangkali; kalau-kalau: ~ rundingan damai di Paris itu akan berhasil. berupa 1 ada rupanya; berwujud: Roh dpt berfikir dan berperasaan tetapi tidak ~. 2 berbentuk sbg: Lambang persatuan itu ~ bulan sabit merah. 3 terdiri atau terjadi drpd; dlm bentuk: Bantuan ~ wang dan makanan telah diberikan kpd mangsa-mangsa banjir itu. 4 elok rupanya; cantik: Gadis yg berada, berpelajaran dan ~ sukar dicari. merupa memperlihatkan rupanya; menjadi ada atau kelihatan (bkn hantu, roh dll). merupai berupa spt: Penduduk pulau itu ~ orang Melayu. merupakan 1 membentuk atau me­lukis supaya mempunyai rupa; mem­beri berupa: Hulu keris itu dirupakan kepala burung helang. 2 menjadi sbg: Gunung-gunung yg tinggi dan lurah yg dalam ~ benteng pertahanan yg kuat. 3 ki melambangkan; menggambarkan: Pak Kaduk dan Lebai Malang ~ manusia yg bodoh tetapi mempunyai daya berfikir. ~ diri menampakkan diri; menjelmakan diri: Malaikat Jibrail telah ~ dirinya sbg orang muda yg segak dan bersayap. terupa dpt dibayangkan rupanya: ~ di hadapannya wajah anaknya yg nakal itu. rupawan cantik (bkn rupa seseorang); elok: gadis yg ~. serupa 1 sama jenisnya atau sama rupanya: Kereta saya ~ dgn keretanya. 2 tidak berbeza; sama saja: Perangaimu ~ dgn perangai ayahmu. 3 sama bentuknya, warnanya dll: Mereka memakai pakaian yg ~. Rajah tiga segi ~ ABC dan XYZ. menyerupai menjadi serupa dgn: Janganlah engkau berlagak ~ dia. menyerupakan 1 menjadikan serupa; menyamakan rupanya dll: Orang yg dibunuh itu diserupakan dgn Nabi Isa. Kerajaan telah ~ sistem dan kadar kutipan zakat di seluruh negara. 2 menganggap sama; mengatakan sama: Ijazah dr universiti tsb diserupakan dgn diploma saja. keserupaan sifat atau keadaan serupa; kesamaan rupa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rupa1 sifat atau keadaan sesuatu benda yg kelihatan: ~ kepala binatang itu spt kepala kuda. Puncak menara masjid itu ~nya spt roket. 2 = ~ muka paras muka; roman muka seseorang: ~nya yg elok itu sangat menawan hati. ~ bentuk rupa dan bentuk. ~ bumi bentuk muka bumi. rupanya 1 kelihatannya; tampaknya: Bagaimana ~ perempuan itu? 2 pd zahirnya; nampaknya: ~ kita akan berhari raya pd hari Sabtu. 3 sebenarnya; sebetulnya: Kusangka dia ada di rumah, ~ dia sudah keluar. rupa-rupanya 1 sebaliknya; melainkan: Saya menyangka bahawa bom yg digugurkan di Hiroshima dan di Nagasaki itu hanya bom biasa, ~ bom itu bom atom. 2 agaknya; barangkali; kalau-kalau: ~ rundingan damai di Paris itu akan berhasil. berupa 1 ada rupanya; berwujud: Roh dpt berfikir dan berperasaan tetapi tidak ~. 2 berbentuk sbg: Lambang persatuan itu ~ bulan sabit merah. 3 terdiri atau terjadi drpd; dlm bentuk: Bantuan ~ wang dan makanan telah diberikan kpd mangsa-mangsa banjir itu. 4 elok rupanya; cantik: Gadis yg berada, berpelajaran dan ~ sukar dicari. merupa memperlihatkan rupanya; menjadi ada atau kelihatan (bkn hantu, roh dll). merupai berupa spt: Penduduk pulau itu ~ orang Melayu. merupakan 1 membentuk atau melukis supaya mempunyai rupa; memberi berupa: Hulu keris itu dirupakan kepala burung helang. 2 menjadi sbg: Gunung-gunung yg tinggi dan lurah yg dalam ~ benteng pertahanan yg kuat. 3 ki melambangkan; menggambarkan: Pak Kaduk dan Lebai Malang ~ manusia yg bodoh tetapi mempunyai daya berfikir. ~ diri menampakkan diri; menjelmakan diri: Malaikat Jibrail telah ~ dirinya sbg orang muda yg segak dan bersayap. terupa dpt dibayangkan rupanya: ~ di hadapannya wajah anaknya yg nakal itu. rupawan cantik (bkn rupa seseorang); elok: gadis yang ~. serupa 1 sama jenisnya atau sama rupanya: Kereta saya ~ dgn keretanya. 2 tidak berbeza; sama saja: Perangaimu ~ dgn perangai ayahmu. 3 sama bentuknya, warnanya dll: Mereka memakai pakaian yg ~. Rajah tiga segi ~ ABC dan XYZ. menyerupai menjadi serupa dgn: Janganlah engkau berlagak ~ dia. menyerupakan 1 menjadikan serupa; menyamakan rupanya dll: Orang yg dibunuh itu diserupakan dgn Nabi Isa. Kerajaan telah ~ sistem dan kadar kutipan zakat di seluruh negara. 2 menganggap sama; mengatakan sama: Ijazah dr universiti tsb diserupakan dgn diploma saja. keserupaan sifat atau keadaan serupa; kesamaan rupa.Kamus Pelajar
gaya1. sikap, kesukaan, ketaksukaan dan cara berkelakuan yg menjadi ciri seseorang; 2. kombinasi kesajakan, keanggunan dan ketrampilan yg menarik perhatian: wanita itu ada ~; 3. cara, jalan, laku: bukan begini ~nya memikat hati orang; 4. cara menulis atau bertutur, cara membuat sesuatu, terutamanya yg menjadi ciri sesuatu zaman atau seseorang: gedung ini dibangunkan ~ barat; ~ hidup orang Malaysia pd peringkat integrasi nasional; ~ bahasa cara pemakaian bahasa; ilmu ~ bahasa pengetahuan tentang penggunaan kata-kata dan penyusunan ayat; 5. irama dan lagu, langgam: ~ muzik itu sama dgn lagu-lagu Hindustan; 6. elok, rupawan: gadis Sumatera Timur yg ~; 7. daya (utk bergerak, bekerja, dll), kuasa, tenaga: kalah ~ kalah kuat; 8. Kl pujuk, muslihat, tipu; ~ bawa cara menulis dll sendiri; ~ bebas gaya berenang yg membolehkan perenang meng­gunakan apa sahaja gaya berenang selain gaya yg khusus spt gaya kuak dada, kuak kupu-kupu dan kuak lentang; ~ hidup cara tertentu seseorang individu atau sesuatu kumpulan menjalani kehidupan (dgn agak sederhana, mewah dsb); ~ tarik Id kekuatan yg menarik (sesuatu benda); ~ tulis cara mengarang; ~ sahaja, rasanya wallah prb rupanya sahaja yg elok tetapi kelakuannya buruk; biar kurang garang, asal lebih ~ prb biarpun pakaian seseorang buruk asal saja sikapnya elok; gaya-gayanya rupa-rupanya, agaknya;bergaya 1. menunjukkan kesajakan, (keanggunan, ketrampilan), menunjukkan lagak, beragam, berlagak, berperangai, bersikap: dia nak ~ juga, tapi duitnya tidak ada; langkahnya ~ langkahnya teratur baik; 2. menunjukkan corak, bentuk, rupa atau sifat yg tertentu: sajak ini ~ realis dan romantis; 3. berdaya, berkekuatan, bertenaga: ia tidak ~ lagi berhadapan dgn adiknya;menggaya melagak: ia ~ pula di depan cermin; menggayakan 1. menunjukkan gaya (rupa, bentuk, dll), memperagakan: kebetulan dia pandai ~ julingnya seolah-olah dia menjeling manis; ~ lenggang; 2. melagukan, mengiramakan: masing-masing berlumba ~ kata-kata indah; 3. membangkitkan daya (kuasa);penggayaan cara pengolahan atau persembahan sesuatu, pembentukan dan pencorakan: masih terlalu sedikit diketahui tentang bagaimana nilai abstrak, alam bukan semula jadi, ~ watak, tempat dan masa boleh dipersembahkan dlm cara baru; pertandingan itu tidak memberi erti dr segi pengukuhan dan ~ bahasa.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas