| sapa | 1. tegur: “Duduklah nona,” ~nya lembut; 2. ramah: raja itu murah sekali serta dgn tegur ~nya kpd rakyatnya; bersapa keteguran (oleh hantu dll); bersapaan, bersapa-sapaan saling bertegur (bercakap-cakap), tegur-menegur; menyapa mengajak bercakap-cakap, menegur: seorang pun tidak ~ atau mengendah-kan dia; sapa-menyapa saling menyapa atau bertegur sapa, bersapa-sapaan: banyak teman mulai ~; mereka sudah lama tidak ~; tersapa 1. ark ditegur, diajak bercakap-cakap; 2. disapa, keteguran (oleh hantu, orang halus, dll); sapaan teguran, ajakan utk bercakap-cakap: tiba-tiba terdengar ~ di dapur rumah; ~ salam ucapan salam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tahiyat | Ar 1. penghormatan; 2. ucapan penghormatan terhadap Allah dan Rasul-Nya semasa duduk dlm solat; ~ akhir salah satu rukun solat pd rakaat akhir sebelum salam; ~ awal tahiyat yg dibaca pd rakaat kedua, kecuali solat dua rakaat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lafaz | Ar 1. bunyi perkataan yg disebut atau yg diucapkan dgn baik, sebutan atau ucapan yg baik: hendaklah kita memberi salam kpd orang yg kita temui sekurang-kurang ~nya ‘assalamualaikum’; 2. kata-kata yg disebut (diucap atau ditulis): maka berkenanlah ~ surat itu kpd Sultan Muzaffar Shah; berlafaz dilafazkan, diucapkan: niat di hati yg tidak ~ sebenarnya tidak berbahasa; melafazkan mengucapkan (kata, perkataan, doa, dll): beta sangat sukacita dapat ~ sepatah dua kata pd petang ini; terlafaz dapat dilafazkan: “Maaf, Mira!” hanya itu yg ~ olehnya; pelafazan perihal (proses) melafazkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mengucap | 1. bp = ~ dua kalimah syahadat menyebutkan atau melafazkan dua kalimah syahadat (yg mengakui bahawasanya tiada Tuhan yg sebenar-benarnya disembah melain-kan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad ialah rasul Allah): ~lah Tok, ~lah, mudah-mudahan Tuhan melindungi kita; 2. = mengucapkan menyebutkan, melafazkan (kata-kata tertentu): tiba-tiba datang se-orang yg tidak dikenali dan ~ salam pada-nya; kotor spt babi, adalah satu perum-pamaan yg diucapkan orang; 3. = meng-ucapkan menyebutkan sesuatu (kata, huruf, dll), melafazkan, melisankan: kata ini diucapkannya dgn penuh perasaan; 4. = mengucapkan mengatakan sesuatu (ceramah, kata-kata, syarahan, dll), memberi syarahan: seorang pelajar yg tertua tampil ke depan mengucapkan suatu pidato; 5. = meng-ucapkan melahirkan perasaan dll dgn kata-kata, menyatakan (bersyukur, terima kasih, turut bersedih, dll): mereka datang ke tempat kami kerana mengucapkan selamat jalan dan terima kasih kerana khidmat kami di situ; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kirim | bp = berkirim, mengirim, mengirimkan; berkirim (sedang) menyampaikan atau meminta supaya disampaikan: ada lagi Raja ~ kpd Tuan Bonham seekor kambing kembiri; ~ surat; ~ salam (sembah); ~ diri sl menyerahkan diri utk diperlindungi; berkirim-kiriman saling berkirim (surat dll): mereka berdua sudah kerap kali ~ surat; mengirim 1. menyampaikan atau menghantar (surat dll) menerusi sesuatu (spt pos dll): biasanya Karim ~ surat sebulan sekali; 2. = mengirimkan menyuruh pergi ke sesuatu tempat, menghantar, mengutus: Amerika sedia ~ rombongan pakar itu bila-bila masa sahaja; 3. Jk menyerahkan (mengamanatkan, menumpangkan) barang pd seseorang atau sesuatu tempat (utk disimpan, dijual, dll), menitipkan; mengirimi berkirim (mengirim, mengirimkan) kpd: selalu dia ~ saya surat menceritakan keadaan dirinya; terkirim sudah dikirim (dikirimkan); kiriman 1. sesuatu yg dikirim, pemberian (yg dihantar, dikirim): ia sangat mengharapkan wang ~ anaknya; terimalah pula limau manis ~ dr Semarang; ~ pos wang yg dikirim dgn cara tertentu melalui pos; 2. Jk sesuatu yg diamanatkan (diserahkan) utk disimpan (dijual dll), titipan; pengiriman perihal (perbuatan, usaha, dsb) mengirim (menghantar): mereka membantah keras ~ tentera ke negeri tersebut; pemogokan pekerja-pekerja pelabuhan mengganggu ~ barang ke luar negeri; pengirim orang dll yg mengirim: surat ini untukmu tetapi nama ~nya tidak dinyatakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tumpang | ; ~ sekaki bp turut sama melakukan sesuatu yg sedang dilakukan oleh orang lain: seronok juga mendengar orang mengumpat, bolehlah ~ sekaki; bertumpang; ~ tindih saling tindih-menin-dih (bersusun-susun, bertompok-tompok): beberapa buah buku yg ~ tindih di atas rak disusun semula dgn penuh hati-hati; menumpang 1. terletak (terdapat, berada) di atas sesuatu yg lain; pokok ~ tumbuhan yg hidup pd pokok lain, bendalu; ganja ~ ganja yg melekat (bukan ganja iras); 2. diam (tinggal, bermalam) di rumah orang, singgah (utk bermalam, tinggal) buat sementara sahaja: buat sementara ini biarlah saya ~ di sini dahulu; 3. naik dan berpergian (dgn kereta, kapal, dll): dr Singkarak ia ~ kereta api ke Padang dgn selamat; 4. turut berpergian dgn kenaikan orang (dgn percuma), membonceng: apabila dilihatnya saya mahu belayar juga maka pergilah ia hendak ~; 5. bersama mengerjakan (melakukan) sesuatu, ikut serta; ~ mati bersama-sama mati, ikut mati; 6. meminta atau memohon supaya mendapat keizinan (kebenaran dll): boleh saya ~ ber-tanya, apa nama kampung ini?; ~ hidup tinggal bersama supaya dapat hidup; ~ makan (tidur dll) turut serta makan (tidur dll); menumpangi ikut tinggal di, menumpang pd atau di, menaiki (kereta, kapal, dll) utk berpergian: maka ditumpanginya sebuah bas dr Jogja ke Semarang; menumpangkan 1. meletakkan di atas benda lain, meletakkan bertindih: sebelah kakinya ditumpangkannya pd lutut kaki lain; 2. menyuruh tinggal (bermalam) di, membiarkan menumpang, menyuruh menumpang: anak isterinya sudah ditumpangkan di rumah orang; 3. menyuruh menaiki kapal dll (utk berpergian), membiarkan menumpang kapal dll: anak yg cedera itu telah ditumpangkan di kapal TUDM utk dibawa ke Kuala Lumpur; 4. meminta supaya dibawa bersama, memberikan sesuatu supaya dibawa bersama, menyertakan: kalau tuan hendak ke Singapura, saya hendak ~ sedikit kuih utk anak saya; 5. menyerahkan sesuatu supaya diurus (dijagai dll), mengamanahkan, menitip-kan: di kedai itulah ibu Nurshahid ~ kuihnya utk dijual; ~ diri (hidup, nyawa) kpd menyerahkan diri (hidup, nyawa) kpd seseorang (supaya diselamatkan dll); tertumpang 1. (telah) ditumpangkan: kerana kemiskinan maka ia ~ di biduk tiris aku di sini; 2. dikembarkan, disertakan: bersama surat ini ~ sekeping cek berharga RM45.00 utk anakanda; ~ salam drpd terimalah salam drpd; ~ salam kpd sampaikan salam kpd; tumpangan 1. sesuatu yg ditumpangkan (utk diurus, dikirim, dibawa, dll); barang ~ barang yg diamanahkan (utk diurus dll); 2. tempat menumpang yg ditumpangi (rumah, kapal, perahu, dll): ia sedang duduk berehat-rehat di serambi luar rumah ~nya; enam hari lamanya sahaya dalam negeri Alfiah itu, sebab hendak menantikan kapal ~; wang ~ bayaran kerana menumpang, sewa; mencari ~ a) mencari tempat utk menumpang; b) mencari orang utk ikut serta (berpergian); penumpangan perihal menumpang atau menumpangkan; penumpang 1. orang yg menaiki kereta dll (utk berpergian): setelah kereta api berhenti, berebut pula ~ hendak turun; kapal ~ kapal yg membawa orang (bukan yg membawa barang); 2. orang yg tinggal (menginap, singgah, dll) di tempat orang; ~ transit penumpang yg singgah sebentar di sebuah lapangan terbang utk mengambil penerbangan sambungan lain yg berikutnya ke destinasi yg ditujui. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ucap | apa yg dilafazkan, bunyi lafaz, sebutan kata, ujar; ~ jasa kenyataan rasmi tentang jasa atau khidmat seseorang: Encik Arthur Tanner, dr Royal College of Surgeons, Ireland, membaca ~ jasa dlm majlis itu; ~ selamat kata-kata yg disampaikan sbg mendoakan supaya selamat (utk menyatakan tahniah); ~ habis, niat sampai prb hasil yg diperoleh (dicapai) dgn segera (dilaksanakan sesuatu selepas dikatakan); berucap 1. mengeluarkan kata-kata, berkata, bercakap di hadapan orang ramai; 2. ber-syarah, berpidato: beliau akan tiba esok dan ~ dlm satu rapat raksasa di padang Istana Maziah; mengucap 1. bp = ~ dua kalimah syahadat menyebutkan atau melafazkan dua kalimah syahadat (yg mengakui bahawasanya tiada Tuhan yg sebenar-benarnya disembah melain-kan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad ialah rasul Allah): ~lah Tok, ~lah, mudah-mudahan Tuhan melindungi kita; 2. = mengucapkan menyebutkan, melafazkan (kata-kata tertentu): tiba-tiba datang se-orang yg tidak dikenali dan ~ salam pada-nya; kotor spt babi, adalah satu perum-pamaan yg diucapkan orang; 3. = meng-ucapkan menyebutkan sesuatu (kata, huruf, dll), melafazkan, melisankan: kata ini diucapkannya dgn penuh perasaan; 4. = mengucapkan mengatakan sesuatu (ceramah, kata-kata, syarahan, dll), memberi syarahan: seorang pelajar yg tertua tampil ke depan mengucapkan suatu pidato; 5. = meng-ucapkan melahirkan perasaan dll dgn kata-kata, menyatakan (bersyukur, terima kasih, turut bersedih, dll): mereka datang ke tempat kami kerana mengucapkan selamat jalan dan terima kasih kerana khidmat kami di situ; mengucapi sl menyebutkan (melaungkan, me-manggil) nama orang; terucapkan dapat diucapkan; ucapan 1. apa yg diucapkan, perkataan (kata-kata) yg diucapkan: aku seolah-olah terpesona dgn segala ~nya itu; 2. cara menyebut sesuatu kata, lafaz, sebutan: ~ setiap kata haruslah jelas; 3. syarahan, pidato: dia telah memberi suatu ~ pendek; 4. kata-kata yg mengandungi harapan supaya selamat (sejahtera dll), kata-kata yg menyatakan terima kasih dll: Yang di-Pertuan Agong telah mengirim ~ selamat kpd Presiden India; 5. = ~ bahasa sj peri-bahasa, simpulan bahasa, ungkapan; pengucapan perihal mengucap (mengucap-kan), pelahiran: ~ dua kalimah syahadah; kita terpaksa menerima hakikat bahawa puisi baru adalah ~ jiwa perseorangan penyair-nya; ~ mantera sakti; pengucap orang yg berucap: ~nya benar-benar mengetahui apa yg dikehendaki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| selamat | 1. terpelihara atau terhindar drpd bencana, terlepas drpd bahaya: tidak ~ berdiri tegak di dlm perahu yg kecil; ~ dr nahas jalan raya; 2. aman sentosa, sejahtera, tidak mendapat apa-apa gangguan: si kecil berasa ~ di dlm pelukan ibunya; 3. ucapan atau doa dgn harapan supaya sejahtera (terhindar drpd segala bencana, sampai hajat, dll) atau sbg tanda bersyukur: ketiga-tiga ratu itu pun me-nyuruh penggawanya membawa persembah dan memberi ~ akan baginda sesudah ber-putera; doa ~; kenduri ~; 4. harapan supaya aman sentosa (sejahtera dll) yg diucapkan sbg tegur sapa (salam): ~ datang; ~ jalan; ~ malam dll; berselamat mengucapkan kata-kata sapaan spt selamat pagi atau selamat petang kpd seseorang: tidak pernah aku ~ pagi kepada-nya; menyelamati ark mengadakan kenduri utk; menyelamatkan 1. menjauhkan bencana (bahaya dll) drpd seseorang dll, mengusahakan (melindungi dsb) supaya selamat: berlari dan berterjunanlah orang-orang Cina itu ~ diri masing-masing; sangatlah sukar hendak ~ bangunan yg terbakar manakala angin yg kencang sedang bertiup-tiup; 2. menjimatkan wang (waktu, tenaga) supaya tidak terbuang dgn sia-sia: berfikirlah dahulu sebelum melaku-kan sesuatu supaya masa dan tenaga dapat diselamatkan; 3. mengebumikan (mayat): mayat orang mati itu telah diselamatkan; 4. meng-adakan kenduri utk, menyelamati; terselamat terhindar atau terpelihara drpd bencana (bahaya dll), (telah) dijauhi drpd sebarang kecelakaan: saya sedia perhamba-kan diri asalkan saya ~ drpd pengkhianat-pengkhianat itu; selamatan kenduri utk mendapat selamat: tidak lama lagi ia akan mengadakan ~ di rumahnya; berselamatan 1. mengadakan kenduri (selamatan); 2. ark saling mengucap selamat; keselamatan perihal selamat, kesejahteraan, keamanan: saya memang selalu menjaga ~ seseorang yg berkerabat dgn saya; ~ dlm negeri; penyelamatan perbuatan (usaha dsb) menyelamatkan; penyelamat orang yg menyelamatkan: se-karang saya telah menjadi isterinya, dan ia telah mengaku akan menjadi ~ bukan perosak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sambut | ; bersambut 1. ada balasan (jawaban dll): pertanyaan tadi tidak ~; 2. disertai (oleh): bunyi tapak sepatu berdentum-dentum dihentakkan kuat-kuat pd anak tangga ~ dgn cakap-cakap kasar dan bangga; 3. membeli sesuatu dgn membayar kemudian; dagangan ~ yg dijualnya ki mengatakan sesuatu dgn hanya menurut kata orang lain; bersambutan 1. berpadanan, sesuai (dgn): rambutnya ikal terlalu panjang ~ dgn leher-nya jinjang; 2. = bersambut-sambutan, sambut-menyambut berbalas-balasan, ber-sahut-sahutan: maka berbunyilah nobat nafiri, ~ pula dgn bunyi-bunyian sekalian; bunyi jeritnya tersangat kuat, bergaung bersambut-sambutan bunyinya; menyambut 1. menerima (menangkap dll) dgn tangan: maka surat itu disambut oleh bentara, dan dipersembahkannya kpd Sultan Pahang; saya menghulurkan tangan kepadanya dan disambutnya; 2. menerima (perkhabaran, cadangan, dll), memberi (me-nunjukkan) reaksi kpd: ibu ~ berita itu dgn menghamburkan air mata; ini dilakukan sbg ~ cadangan Angkatan Sasterawan 50; 3. = menyambuti sl menerima kedatangan orang, mengalu-alukan (tetamu dll), me-nyongsong: maka pergilah segala bentara dan biduanda ~ orang dua belas itu; 4. menjawab (percakapan dll), menyampuk: Wan Derus ~ cakap isterinya; 5. menjawab (cabaran, tentangan, dll), melawan (serangan, kecaman, dll): ia ~ cabaran itu; 6. meneruskan (giliran), melanjutkan (kerja yg berganti-ganti): dua orang polis khas datang dgn senapang bercekah ~ giliran mereka bertugas malam itu; 7. membeli dgn membayar beransur-ansur: dia dapat ~ dulu barang di kedai Malabari itu; ~ baik menerima baik, berkenan, ber-setuju: jurubicara konsulat Filipina di Kuala Lumpur hari ini ~ baik langkah Malaysia itu; sambut-menyambut 1. berbalas-balasan (perbualan, nyanyian, dll): mereka berpantun ~; 2. berturut-turut, berganti-ganti, sambung-menyambung; sambutan 1. penerimaan (ketibaan tetamu dll), cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu (hari raya, tetamu, dll): bagaimana nanti ~ yg akan diterimanya kalau ia pergi ke sana? 2. perhatian (pandangan, anggapan, dll) terhadap sesuatu hal, reaksi: buku karangannya telah mendapat ~ yg baik drpd masyarakat; 3. jawaban terhadap cabaran (tentangan dll), balasan, perlawanan: cabaran itu mendapat ~ drpd orang-orang muda; 4. barang yg dibeli dgn bayarannya ditangguh-kan, barang yg diamanahkan utk dijual; ~ baik penerimaan baik, perkenanan, per-setujuan; ~ permaidani merah sambutan istimewa yg diberikan kpd tetamu kenamaan atau orang yg terkenal, biasanya ketibaannya disambut dgn hamparan permaidani merah; penyambutan perihal menyambut: sebuah senyum telah diberikannya sbg salam ~; penyambut 1. orang yg menyambut (tetamu dll), penerima: ~ tetamu; 2. kayu yg dipasang utk menyangga gelegar (pd rumah); 3. angka pembahagi yg besar (dlm kira-kira pecahan); 4. pelengkap (dlm sesuatu ayat). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| minta | 1. = meminta menyatakan mahu (akan sesuatu), memohon (utk mendapat sesuatu), pinta: semalam Aini ada ~ ubat drpd Pak Ludin; mamak itu tersenyum sedikit apabila laki-laki cengkung itu ~ dia buatkan dua piring mi goreng; 2. = meminta mengucapkan (doa dll), melafazkan; 3. = meminta melamar anak gadis supaya menjadi isteri, meminang; 4. = diminta diharap (supaya), haraplah, sudilah: ~ diam sebentar tuan-tuan; ~ aman = ~ nyawa mohon supaya tidak dibunuh; ~ ampun = ~ maaf mohon supaya diberi ampun (maaf); ~ berhenti memberitahu hendak berhenti (drpd pekerjaan); ~ diri mohon supaya diizinkan pulang (pergi); ~ doa a) berdoa, mendoa; b) kenduri utk meminta selamat, selamatan; ~ jalan minta supaya diberi jalan (utk lalu); ~ janji meminta supaya menunaikan janji (menepati janji); ~ sedekah mengemis; ~ selamat minta supaya selamat; ~ tabik a) memberi hormat (salam); b) minta maaf (kerana hendak bertanya dll); ~ tangan minta diajar (dipukuli); ~ terima kasih mengucapkan terima kasih; ~ tolong mohon pertolongan (drpd orang lain); minta-minta 1. = berminta-minta, me-minta-minta minta sedekah, mengemis; orang ~ pengemis; 2. bp mudah-mudahan, moga-moga: ~ luluslah aku dlm peperiksaan tahun ini; berminta diminta (lwn dibeli); licin kerana minyak ~ prb sindiran utk merendahkan orang yg angkuh kerana barang yg dipinjam; meminta 1. minta; 2. menentukan (nasib, hidup mati); memintai memohonkan sesuatu berkalikali, banyak yg diminta, memohon, memohon kpd; memintakan meminta sesuatu utk (orang lain dll); permintaan 1. perihal (perbuatan) meminta: ~nya supaya menceraikannya itu sungguh berat dirasa oleh suaminya; 2. sesuatu yg diminta, permohonan: ~ orang tampan itu diterimanya dgn segala senang hati; 3. Mn peminta (nasib yg ditakdirkan Tuhan): sudah-lah nasib ~ badan, kita di bawah kehendak Allah; 4. (Eko) pernyataan kehendak atau kemahuan pembeli (utk barang atau perkhidmatan) dgn kesediaan membayar harga yg tertentu; peminta 1. orang yg meminta; ~ sedekah pengemis; 2. = sl permintaan permohonan, apa yg diminta; 3. Mn nasib (yg ditakdirkan Tuhan); buruk ~ nasib buruk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |