Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seba dan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bersuluhkanmenggunakan (sesuatu) seba­gai suluh; ~ bulan tidur di bawah langit (tidak berumah); bagai ~ tengah hari prb a) = lagi terang lagi bersuluh perkara yg sudah terang dan nyata (sehingga diketahui umum); b) mensia-siakan wang (tenaga dll); bukannya ~ batang pisang, ~ bulan matahari prb sudah terang dan nyata sekali (perbuatan, kejahatan, dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
rapel(rapél) IB 1. bayaran (wang) kebela­kangan, tunggakan: ia telah menerima seba­ha­gian wang ~ kenaikan pangkatnya; 2. ke­naikan pangkat atau gaji yg dinanti masa pe­lak­­sanaannya kerana sesuatu sebab (spt ter­lupa dll): dua kali ~ pangkat dan dua kali kenaikan gaji.Kamus Dewan Edisi Keempat
tebusj tumbuhan (rumput berbatang tinggi dan beruas-ruas) yg menghasilkan gula, Saccharum officinarum; jenis-jenisnya: ~ batang, ~ betung, ~ gading, ~ hitam, ~ kapur, ~ madu, ~ telur, dll; ~ gajah sj tumbuhan (pokok memanjat yg boleh dibuat ubat demam kepialu), akar (kulit) manis, Albizzia myriophylla; ~ kera sj tum­buhan (herba), pokok sampu landak, setawar hutan (jantan), Forrestia gracillis; ~ salah a) sj tumbuhan (rumput yg tingginya sampai 20 kaki atau 6.09 meter), buluh teberau, riung, Saccharum arundinaceum; b) sj tumbuhan (rumpai), rumput gedabung, Phragmites communis; akar ~ gajah sj tumbuhan (pokok memanjat), akar cius (kayu manis, kepah), Acacia pennata; ~ masuk mulut gajah prb binasa sama sekali, tidak dapat ditolong lagi; ~ seruas berulat pula prb anak seorang tetapi penyakitan atau buruk pula perangainya; ~ setuntung masuk geraham gajah prb pemberian yg sedikit kpd orang yg kaya tentu tidak dihargainya; ber-tanam ~ di bibir = tanam ~ di bibir mulut prb mengeluarkan kata-kata yg manis utk me-mujuk (memuji dll); dapat ~ rebah prb mendapat keuntungan dgn tiada bersusah payah; diminta ~, diberi tembarau prb yg diminta dikabulkan tetapi kurang drpd yg diminta; jangan difikirkan kalau ~ itu bengkok, manisnya itu pun bengkok juga prb jangan disangka nasihat atau kata-kata orang yg jahat itu selamanya jahat; seliang bagai ~, serumpun bagai serai prb (orang yg) seia sekata; seruas ~ yg berulat (seba­tang­­nya dibuang) prb Mn oleh sebab seorang yg bersalah (dlm sesuatu kaum) seluruh kaumnya dihukum; spt ~, airnya dimakan, hampasnya dibuang prb tiap-tiap perkataan yg didengar dr mulut orang hendaklah dipilih yg baik drpd yg jahat; tebu-tebu 1. ruas-ruas (berbentuk spt ruas pd gelang dll); 2. gelang-gelang (pd batang tombak, hulu keris, dll);bertebu-tebu 1. beruas-ruas; 2. bergelang-gelang; bertebu-tebukan sl menggunakan sbg gelang-gelang (tebu-tebu): maka baginda pun meng-anugerahi akan Laksamana keris dr Bukit Seguntang itu, bersangkar emas, bertatah-kan ratna mutu manikam, ~ emas dipahat; menebu-nebu menjadikan (membuat) bertebu-tebu.Kamus Dewan Edisi Keempat
setia1. teguh hati (dlm hal perkahwinan, persahabatan, dll), tetap hati: ia sanggup berkorban kerana orang lain, kerana kasih, dan kerana ~; sumpah ~ a) sumpah utk tetap setia selama-lamanya; b) sumpah yg tidak akan diubah lagi; 2. berpegang teguh (pd janji dll), patuh, taat: anak-anak mudanya menuruti langkah bapanya dgn rajin dan tekun dan para gadisnya menuruti cara ibunya dgn patuh dan ~; tidaklah diragui lagi bahawa dia or­ang yg ~ kpd ketuanya; ~ lencana Id pingat tanda kesetiaan (dlm tentera); S~ Mahkota Johor nama bintang kehormatan yg dianugerahkan oleh Sultan Johor; ~ rahsia pembantu yg mengurus hal-hal peribadi dan urusan-urusan sulit, pembantu khas; bersetia mengaku setia, bermuafakat: lalu ~ dan berjanji penghulu Linggi itu dgn Bugis; kesetiaan perihal setia, keteguhan hati (dlm hal perkahwinan, persahabatan, dll), ketaat­an: Pahang yg dahulunya menjadi seba­hagian drpd kerajaan Melaka, sekarang mengubah ~nya kpd Sultan Johor; persetiaan perjanjian mengaku setia: jika akan mungkir drpd sumpah dan drpd ~ itu , janganlah bersembunyi-sembunyi; Matelieff menandatangani satu ~ baharu dgn Sultan Johor.Kamus Dewan Edisi Keempat
meja(méja) sj perkakas perabot (dibuat drpd papan, batu marmar, dll) yg berkaki, rata permukaannya dan banyak kegunaannya: ~ makan; ~ tulis; ~ bulat perundingan (perbincangan) atau cara berunding yg menggunakan meja bulat utk melambangkan bahawa para pesertanya mem­punyai kedudukan atau taraf yg sama; ~ hijau Id pengadilan; ~ kopi meja kecil dan rendah yg merupakan sebahagian drpd set sofa ruang tamu yg lazimnya digunakan utk meletakkan hidangan; ~ samping = ~ sisi meja yg lebih kecil drpd meja kopi, yg merupakan seba­hagian drpd set sofa ruang tamu; ~ (sisi) katil meja kecil di sisi katil, biasanya digunakan utk meletakkan telefon atau lampu tidur.Kamus Dewan Edisi Keempat
tindan= tindan-tindih; bertindan 1. bertimbun-timbun (bertindih-tindih) dgn tidak teratur: pokok-pokok yg ditebang bertindan-tindan dan bertumpang tindih merata-rata; 2. mencakupi atau meliputi bahagian-bahagian (aspek, bidang, dsb) yg sama (setidak-tidaknya sebahagian­nya); menindankan menimbunkan, menindih­kan: padi yg berguni-guni itu ditindankan-nya di atas penjemuran; pertindanan 1. keadaan dsb bertindan; 2. keadaan meliputi bahagian (aspek, bidang, dsb) yg sama setidak-tidaknya pd sebahagian­nya, keadaan mencakupi bahagian-bahagian tertentu yg sama: terdapat ~ antara beberapa kategori. tindan-tindih cakupan atau liputan yg seba-hagiannya sama, pertindanan; bertindan-tindih bertindih-tindih dgn tidak teratur: puluhan ribu mati berkaparan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
suluh I1. sesuatu yg digunakan utk menerangi (daun kelapa kering yg dibakar dll), jamung, obor: di sana sini kelihatan ~ terkelip-kelip; lampu ~ sj lampu yg menggunakan bateri, lampu picit; 2. = penyuluh sl orang yg mencari rahsia, mata-mata gelap, pengintip, perisik; bersuluh menggunakan suluh (utk mene­rangi): sudah terang lagi ~; bersuluhkan menggunakan (sesuatu) seba­gai suluh; ~ bulan tidur di bawah langit (tidak berumah); bagai ~ tengah hari prb a) = lagi terang lagi bersuluh perkara yg sudah terang dan nyata (sehingga diketahui umum); b) mensia-siakan wang (tenaga dll); bukannya ~ batang pisang, ~ bulan matahari prb sudah terang dan nyata sekali (perbuatan, kejahatan, dll); menyuluh, menyuluhi 1. menerangi dgn suluh: sinar neon yg benderang ~ sekitar bandar raya itu; di bawah bantalku ada lampu picit, aku ambil utk ~ jalan keluar; 2. mencari ikan (berburu dll) dgn suluh: ~ burung; 3. mencari-cari rahsia (keterangan dll), menye­lidiki, merisik: kawan-kawannya pergi ~ gerakan lanun yg dikatakan sedang ber­gerak ke utara Tanah Melayu; 4. ki menerangi (memberi penerangan), memberi petunjuk: ~ manusia supaya mengikuti jalan yg benar; penyuluhan 1. perihal menyuluh (mengin­tip, mengintai, dll), pengintaian, penyeli­dikan; 2. ki penerangan; penyuluh 1. orang yg tugasnya mencari rah­sia, pengintip, perisik, suluh: ia akan dibicarakan atas tuduhan menjadi ~ musuh; 2. ki pemberi penerangan (petunjuk dll): ibu memberi pelajaran utk ~ kehidupanmu.Kamus Dewan Edisi Keempat
pecah I1. berbelah-belah menjadi kecil-kecil (benda keras): pinggan itu terlepas dr tangannya lalu ~; duit (wang) ~ duit kecil; 2. retak atau merekah (kulit, bibir, dll): penyakit itu menyebabkan kulit menjadi ~-~; bibir orang tua itu ~-~; 3. terbelah kulitnya hingga terkeluar isinya (bisul, telur, dll): bisulnya tidak juga ~; 4. menjadikan bergumpal-gumpal dan cair (susu atau santan yg basi); 5. tersebar (khabar, rahsia, dll): tiba-tiba ~ khabar mengatakan askar-askar Jepun telah masuk; disuruhnya orang kepercayaan supaya tidak ~ rahsia itu; 6. bermula (perang, darurat, dll): harga getah meloncat naik apabila ~ perang Korea; 7. sl kalah: maka segala rakyat Ghori pun ~ perangnya lalu lari; 8. menggeletar (bunyi); 9. = berpecah berpisah­-pisah, tidak bersatu lagi: persatuan itu ~ menjadi beberapa badan kecil; 10. sl cerai­-berai, bersurai: maka segala rakyat Pasai pun habis ~, lari cerai-berai dgn banyak matinya; ~ amanah perbuatan menyia-nyiakan atau melanggar amanah; ~ bau merata (tersebar) baunya; ~ daun Kl keluar daun; ~ hati tawar hati; ~ kepercayaan hilang kepercayaan; ~ keringat (peluh) keluar peluhnya; ~ minyak keluar minyak (masakan); ~ perang a) mula terbit peperangan; b) sl kalah perang; ~ perut berasa sakit perut kerana terlalu banyak ke­tawa; ~ rumah memasuki rumah utk me­rompak; ~ tembelang terbuka rahsia; ~ bunyi (tepi) buruk berita prb Mn kejadian yg kecil diperbesar orang ke sana sini; ~ kapi putus suai prb sesuatu yg tidak dapat diper­baiki lagi; ~ menanti sebab, retak menanti belah prb hanya menanti masa utk membalas dendam dll; pecah-pecah pecah pd banyak tempat atau bahagian (sesuatu); berpecah terbahagi (bercerai) menjadi bebe­rapa kelompok (golongan dll): kumpulan itu ~ menjadi beberapa cawangan yg lebih kecil; berpecah-pecah tidak bersatu padu (masing­-masing dgn haluannya sendiri), berpecah be­lah: masyarakat yg dilanda perang saudara itu masih hidup ~; memecah 1. menjadi pecah-pecah (ombak dll): sekali-sekali ombak ~ di jambatan kapal; 2. = memecahkan: Halim ~ kesunyian; ~ masuk memecahkan sesuatu (spt pintu, ting­kap, dll) dan memasuki (rumah, bilik, dsb); memecahkan 1. menjadikan pecah, menyebabkan menjadi kepingan-kepingan dsb yg lebih kecil, menyebabkan sesuatu atau seba­hagian drpd sesuatu pecah: budak itu telah ~ cermin tingkap mereka; kecurian tak boleh berlaku sebelum pintu atau tingkap dipecahkan; 2. memecah-belahkan, mencerai­-beraikan, membahagi-bahagi(kan), menghuraikan (ayat dll): mereka hendak ~ perpaduan nasional; harta dipecahkan menjadi empat bahagian; ~ cerita kpd komponennya; pecahkan 893 025 menjadi pengisi tunggal; 3. merosakkan (kesunyian), memusnahkan (sesuatu suasana): bunyinya itu ~ suasana sunyi di tengah rimba; 4. menyiarkan (berita, rahsia); 5. menyelesaikan membuat kepastian (ketetapan dll) bkn sesuatu soal (kerumitan dll): masalah itu sukar sekali hendak dipecahkan; mukanya keruh memikirkan sesuatu yg tidak dapat dipecahkan; 6. sl mengalahkan: maka Tun Pikrama digelar baginda Paduka Tuan dianugerahi ia Buru oleh jasanya ~ Pasai itu; ~ kepala (otak) a) memerah otak; b) susah sekali; ~ rekod = ~ rekor Id membaiki atau mengatasi rekod yg telah ada; ~ telinga sangat kuat bunyinya (suaranya); terpecah-pecah terpisah-pisah, bercerai-cerai; pecahan 1. sesuatu yg sudah pecah atau dipecahkan, bahagian yg sudah dipisahkan dsb drpd sesuatu yg lain atau yg lebih besar atau lengkap: ~ kaca berselerak di tempat pergaduhan itu berlaku; ~ bom; lihat Rajah 2 utk melihat ~ tajuk; 2. angka (bilangan) yg bukan angka bulat (spt 1/2 , 2/3 , dll); ~ berulang = ~ repeten pecahan persepuluhan yg bilangan seluruhnya atau sebahagiannya selalu berulang-ulang; ~ biasa pecahan yg pengatasnya lebih kecil drpd pembawahnya (spt 3/4); ~ janggal pecahan yg pengatasnya sama atau lebih besar drpd pembawahnya (spt 8/8, 11/4, dll); ~ perpuluhan = ~ persepuluhan Id pecahan yg menggunakan titik perpuluhan (spt 0.5, 0.8, dll); kepecahan perihal pecah; perpecahan keadaan berpecah-pecah atau berpecah belah, keadaan tidak lagi bersatu padu: pertentangan itu menimbulkan ~ di kalangan rakyat; pemecahan perbuatan memecahkan: ~ cahaya putih kpd berbagai-bagai warna; pemecah 1. orang yg memecahkan: ~ amanah; 2. orang yg selalu (suka) memecahkan: budak itu ~; 3. alat utk memecahkan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas