| jengkel | (jéngkél) berasa sangat kesal (kerana tidak sampai maksud dll), sebal hati, mendongkol: ~ hatiku melihat kelakuan gadis itu; menjengkeli sebal hati terhadap: kebanyakan orang kampung ~nya kerana tingkah lakunya; menjengkelkan 1. berasa jengkel tentang sesuatu hal, mengesalkan hati: tidaklah ini membosankan dan ~ hati; 2. menyebabkan kesal (sebal dll): perbuatan Ahmad ~ orang tuanya; kejengkelan perihal jengkel (sebal dll): tindakan yg diambil itu ialah akibat ~nya melihat keadaan yg serba tidak terurus itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sebal I | = ~ hati berasa dongkol atau marah dlm hati (kerana kecewa dll), berasa kesal (kecewa), jengkel, mendongkol: melegakan hati yg ~; dgn perasaan yg ~, kami bertujuh pulang hampa; menyebal menjadi (berasa) sebal, menjadi jengkel (mendongkol); kalau pujuk makin ~, kalau marah baharu ketawa prb kelakuan yg tidak pd tempatnya; menyebalkan menyebabkan sebal, menim-bulkan rasa dongkol, mengesalkan; penyebal orang yg mudah berasa sebal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sebal hati | berasa kesal atau mendongkol kerana kecewa dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| sebal III | Jw; menyebal menyimpang (drpd yg sepatutnya), tidak menurut peraturan, menyeleweng. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sebal II | Jw tidak beruntung, malang, sial. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sebal hati | berasa dongkol atau marah dlm hati (kerana kecewa dll), berasa kesal (kecewa), jengkel, mendongkol: melegakan hati yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sebal, = ~ hati | berasa kesal atau mendongkol kerana kecewa dll. | Kamus Pelajar |
| sebal, = ~ hati | kesebalan perasaan sebal; kekesalan. | Kamus Pelajar |
| sebal, = ~ hati | menyebalkan menyebabkan menjadi sebal: Keputusan peperiksaan itu sangat-sangat ~ hati kami. | Kamus Pelajar |
| sebal | , = ~ hati berasa kesal atau mendongkol kerana kecewa dll. menyebalkan menyebabkan menjadi sebal: Keputusan peperiksaan itu sangat-sangat ~ hati kami. kesebalan perasaan sebal; kekesalan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |