| seberapa | sekian banyaknya; sebanyak itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| seberapa | sekian (banyaknya), sebegitu (banyaknya): tidak ~ lama. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| seberapa | sekian banyaknya; sebanyak itu. | Kamus Pelajar |
| sedalam-dalamnya | 1. seberapa dalam yg mungkin: menggali ~; 2. dgn seberapa teliti atau terperinci: perlu difikirkan ~ cadangan yg dikemukakan itu sebelum dibuat sesuatu keputusan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| setinggi-tinggi | 1. seberapa banyak yg mung-kin, tidak terhingga banyaknya, sebanyak-banyaknya: baginda mengucapkan ~ terima kasih kpd sekalian rakyat; beliau juga mengucapkan ~ tahniah dan penghargaan atas kejayaan sahabatnya itu; 2. seberapa tinggi yg mungkin, paling tinggi: ~ terbang bangau, hinggap ke bubungan juga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sedaya upaya | seberapa yg dapat diusahakan, (dgn) segenap akal atau sepenuh ikhtiar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sedapat-dapatnya | seberapa dapat, sedapat mungkin, seboleh-bolehnya: ~ rumah itu diatur dgn sebaik-baiknya; semua pihak telah berusaha ~ utk mengelakkan berlakunya pertumpahan darah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| secepat mungkin | seberapa cepat yg dapat, selekas mungkin; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| rapat-rapat | dgn seberapa rapat yg boleh, dgn betul-betul rapat: tutup pintu itu ~; jemaah diminta meluruskan saf dan berdiri ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mengetik | 1. mencuri (benda-benda yg tidak seberapa harganya); 2. memagut atau menggigit (bkn ular, lipan, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |