| sebut harga | (Eko) pernyataan harga yg diberi-kan oleh pembekal kpd bakal pembeli utk sesuatu barangan yg dipesan; menyebut harga menyatakan atau memberikan sebut harga bagi sesuatu barang atau perkhidmatan yg ditawarkan: kontraktor itu ~ RM2000.00 bagi kerja membaiki longkang berkenaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sebut | ; menyebut 1 mengucapkan (benda, orang dsb); memanggil atau menyeru nama: Pesakit itu sering ~ nama anaknya. 2 memberi nama (gelaran, panggilan) pd sesuatu; menggelar: Orang ~ batu yg demikian itu, batu lada. 3 mengucapkan sesuatu perkataan; melisankan atau melafazkan (kata dsb): Selepas diajar mengeja, mereka diajar pula cara ~ kata-kata yg dieja itu. 4 mengatakan atau membincangkan sesuatu; memperkatakan: Berita itu tidak pula ~ sebarang kemalangan jiwa. menyebut-nyebut selalu benar menyebut: ~ nama anaknya. tersebut pernah disebut; telah disebut: Surat ~ telah saya terima. sebutan 1 cara menyebut atau cara melafazkan sesuatu perkataan dll; apa-apa yg disebut: ~ pembaca warta berita itu kurang jelas. 2 = sebut-sebutan sesuatu yg selalu disebut atau dipercakapan: Tingkah lakunya yg sopan dan berbudi bahasa itu menjadi ~ seluruh kampung. 3 panggilan sbg ejekan (julukan dll): Kerana perutnya buncit, dia telah mendapat ~ Mat Labu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| mempraktikkan | menjalankan spt yg tersebut dlm teori dll, melaksanakan, mengamalkan, melakukan: sekarang mereka cuba ~ apa yg mereka pelajari di Pusat Latihan Perguruan dahulu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menghalalkan | 1. membenarkan (membolehkan, memperkenankan, mengizinkan), memandang atau menganggap halal: adalah salah besar ~ sesuatu yg haram; ada kemungkinan besar bahawa kegiatan tersebut yg selama ini diharamkan di negeri itu akan dihalalkan; 2. menganggap selesai atau jelas (hutang dll): baki hutangnya itu sudah dihalalkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| justifikasi | sesuatu alasan (yg kuat) yg menjadikan sesuatu wajar dilakukan (diusahakan dsb) atau diberikan, hujah (pendapat dsb) yg dikemukakan sbg alasan bagi sesuatu: RTM mungkin mempunyai ~ sendiri utk menyiarkan majlis itu secara langsung; berbagai-bagai alasan atau sebab-musabab dikemukakan sebagai ~ kpd kelemahan tersebut; menjustifikasikan memberikan justifikasi kpd: mereka perlu memberikan bukti yg nyata utk ~ permohonan pinjaman itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| momok | 1. sj hantu yg disebut-sebut utk menakut-nakutkan kanak-kanak; 2. ki sesuatu yg ditakuti (ancaman, tipu helah, dll): agak sukar utk kita melihat ~ politik di sebalik sikap mereka itu; memomokkan 1. mendatangkan rasa takut, menakutkan, mengerikan, menggelisahkan: pihak penjajah telah ~ gerakan utk menegak-kan semula asas keturunan Melayu; 2. membenci, memusuhi: kaum penjajah ~ orang yg masuk politik; memomok-momokkan menimbulkan atau menyebabkan rasa takut-takut, menakutnakutkan: hari ini juga anak bangsa terus dibuai dan dimomok-momokkan dgn kisah silam yg semakin kusam; momokan bayangan perasaan yg menghantui atau menakutkan: mungkin imaginasi anda sendiri akan menimbulkan pelbagai masalah, halangan, dan ~ tentang diri anda. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pendapat | 1. kesimpulan yg dibuat atau diperoleh drpd berfikir (dan membayangkan sikap atau pendirian seseorang tentang sesuatu), pandangan, fikiran: ~ Hussain dlm hal tersebut bertentangan dgn pendirian ayahnya; ~ umum pendapat orang ramai; 2. orang yg mula-mula memikirkan (mendapatkan, menciptakan) sesuatu yg baru (belum ada, belum diketahui sesiapa), penemu: ~ utama dlm hal televisyen ialah Mr. Baird dr Scotland; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menekankan | 1. menekan dgn sesuatu (pd), menindihkan sesuatu (pd), mendesakkan sesuatu (pd): Kamal ~ kepalanya pd pintu kuat-kuat; 2. mengucapkan kata (suku kata) dgn keras, mengeraskan suara utk menegaskan: ia ~ suku kata yg terakhir; 3. sangat-sangat mementingkan, mengutamakan, menitikberatkan, menegaskan: Menteri Besar itu ~ bahawa semua rakyat drpd semua lapisan keturunan telah bersatu padu; tulisan ini ~ hubungan antara karya novelis-novelis ter-sebut dgn masyarakat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| halal | 1. hukum membenarkan sesuatu perbuatan dilakukan (dlm Islam), diperbolehkan (tidak ditegah oleh syarak), diizinkan, dibenarkan, lwn haram: makanlah makanan yg ~ dan minumlah minuman yg ~; daging lembu ~ dimakan oleh orang-orang Islam; ~ nikah dibenarkan menikahi seseorang; 2. ki (yg diperdapat, diperoleh atau diperbuat) dgn jalan yg sah: anak ~; wang ~; 3. ark ampun, maaf, (me)relakan: yg hutang tuan hamba sekati emas itu ~lah dunia akhirat; 4. ark izin: menyembah minta ~lah segala pengajarannya; menghalalkan 1. membenarkan (membolehkan, memperkenankan, mengizinkan), memandang atau menganggap halal: adalah salah besar ~ sesuatu yg haram; ada kemungkinan besar bahawa kegiatan tersebut yg selama ini diharamkan di negeri itu akan dihalalkan; 2. menganggap selesai atau jelas (hutang dll): baki hutangnya itu sudah dihalalkan; kehalalan perihal (sifat, taraf, dsb) halal: kalau hati masih waswas tentang ~nya, apa yg kita makan itu akan menjadi haram; penghalalan perbuatan dsb menghalalkan, perihal menjadikan halal atau sah: Marx mengambil ideologi borjuis sbg satu gambaran sistem, idea, despotisme moden mencari ketaakulan dan ~ menjalankan kuasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| praktik | 1. perbuatan melaksanakan teori (keyakinan dll), pelaksanaan: biarpun cinta pd teorinya tidak dibatasi oleh kaya miskin, tetapi pd ~nya begitu; 2. perihal melakukan (menjalankan) pekerjaan profesional (doktor, peguam dll): sudah bertahun-tahun dia membuka ~; mempraktikkan menjalankan spt yg tersebut dlm teori dll, melaksanakan, mengamalkan, melakukan: sekarang mereka cuba ~ apa yg mereka pelajari di Pusat Latihan Perguruan dahulu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |