| masih lagi | tinggal lagi: beras ~ secupak lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sakar I | gula: nasi segantang, susu searai, dan ~ secupak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| asonansi | (Lin) pengulangan bunyi vokal dlm deretan kata spt secupak dan sesukat, atau pokok dan tokoh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| imbuh | tambahan pd barang yg ditimbang (dibeli dll); tokok: Dia telah memberikan ~ secupak. mengimbuh memberikan tambahan; menokok; menambah. imbuhan 1 wang yg dibayarkan sbg sagu hati; bayaran tambahan. 2 penambah dlm ilmu bahasa spt ber-, ter-, -i, -kan yg dpt ditambahkan, atau -el-, -er- atau -em- yg dpt disisipkan pd kata dasar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| imbuh | tambahan pd barang yg ditimbang (dibeli dll); tokok: Dia telah memberikan ~ secupak. mengimbuh memberikan tambahan; menokok; menambah. imbuhan 1. wang yg dibayarkan sbg sagu hati; bayaran tambahan. 2. Penambah dlm ilmu bahasa spt ber-, ter-, -i, -kan dll yg dpt ditambahkan, atau –el-, -er- atau –em- yg dpt disisipkan pd kata dasar. | Kamus Pelajar |
| masih I | 1. lagi (dlm keadaan): pintu ~ terbuka; ia ~ muda; 2. = ~ lagi tinggal lagi: beras ~ secupak lagi; semasih ark selama (masih, belum). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| arai I | ukuran isi padu yg bersamaan dgn dua cupak atau 2.27 liter: maka disantap oleh bendahara, habis nasi segantang dan susu se~ dan sakar secupak itu habis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| gantang | 1. sukatan atau ukuran banyak yg sama dgn 4 cupak atau 4.54 liter (lazimnya utk beras); 2. alat utk menyukat (beras dll); melukut di tepi ~ prb perkara kecil yg tidak mendapat perhatian; mengisi ~ pesuk prb membuat pekerjaan yg tidak menguntungkan; secupak tak akan jadi se~ prb sesuatu yg tetap dan sukar diubah lagi; menggantang menyukat dgn gantang; ~ asap mengingini sesuatu yg sukar dicapai; ~ anak ayam prb membuat pekerjaan yg amat susah; penuh sudah bagai ~ prb cukup (benar-benar) penuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |