| pemali | larangan (selalunya utk selama-lamanya), pantang: jika perang ~ menghadap ke matahari mati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| persona non grata | (Latin) orang yg tidak dapat diterima oleh sesebuah negara selama-lamanya setelah didapati bersalah melakukan kesalahan (jenayah) yg tidak dapat dimaafkan (berat) semasa dia berada di negara tersebut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sementara | 1 tidak tetap selama-lamanya; tidak utk selama-lamanya; utk beberapa ketika saja: Sebuah bangunan ~ telah didirikan sehingga bangunan yg baru selesai dibina. 2 dlm tempoh atau dlm waktu tertentu; selama; selagi: Lebih baik berjagung-jagung, ~ menanti padi masak. ~ tidak berduit, janganlah membeli-belah. 3 dlm pd itu; pd ketika itu: ~ ibu memasak, saya membasuh pinggan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| keujian | 1. Mn telah diketahui (kejahatannya dll), kelihatan, ketahuan; sekali lancung ~, seumur hidup orang tak percaya prb sekali ketahuan perangai yg tidak baik, selama-lama-nya orang tidak percaya; 2. sl gagal dlm sesuatu ujian, mendapat kekalahan dlm pertandingan dll: maka sangatlah sukacita baginda mendengarkan serta memuji-muji kepandaian dan kebijaksanaan ahli nujum Pak Belalang itu, belum pernah ~ lagi, yakni tiada mendapat malu olehnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tahan I | 1. tidak berubah keadaannya, tidak lekas rosak (luntur, berubah, dll): perkakas itu kalau dijaga dgn baik akan ~ bertahun-tahun; 2. sanggup menderita sesuatu, tabah menanggung (kesusahan dll): orang kampung tidak ~ lagi hidup menderita selama-lamanya; 3. dapat menguasai dirinya, betah: mereka hendaklah ~ menyimpan rahsia; 4. tidak mudah jemu (kasihan dll), kuat menguasai perasaan, tidak lekas jijik dll: mana ~ makan ubi tiap-tiap hari; 5. mencukupi, memadai (pd makanan, bekalan, dll): beras ini ~ utk seminggu; 6. tidak roboh (runtuh), kuat: bahagian hadapannya ditopang dgn dua batang kayu besar supaya ~ dan tidak tumbang terus; 7. lebih baik, bertambah baik (drpd sakit), sihat sedikit: semalam Bibah ni demam, ini dah ~ sedikit;~ air tidak dapat dimasuki atau dirosaki air, kalis air, kedap air; ~ api tidak boleh terbakar, kalis api; ~ besi (peluru, tembak) tidak lut senjata, kebal; ~ cuci tidak turun warna (apabila dicuci); ~ gelombang (ombak) dapat belayar dgn baik (tidak oleng); ~ harga tetap harganya (tidak turun harganya); ~ hati cekal atau teguh hati; ~ hina tidak lekas marah apabila dihina; ~ kias tidak lekas menjadi marah apabila disindir; ~ kulit Jh tidak lut senjata; ~ lama tidak lekas rosak atau busuk; ~ lapar kuat berlapar; ~ lasak a) kuat dan cekap membuat kerja; b) teguh, awet (pakaian); ~ palu (pukul) tidak sakit jika dipukul; ~ sabar sabar, tidak pemarah; ~ sesah tidak turun warna; ~ tangan tidak sakit kena pukul; ~ tonggak Mn ditanggung oleh tonggak; ~ uji a) boleh diuji; b) terbukti kebaikannya (keelokannya dll); bertahan 1. tidak berganjak (dr tempat atau kedudukannya), tidak undur: mereka ~ hingga musuh berundur kembali; 2. = ~ diri mempertahankan diri (drpd serangan, ancaman): Folley kelihatan melepaskan tumbukan-tumbukan ringan yg tidak memberi kesan manakala Muhammad Ali ~; 3. tidak mahu mengalah, berteguh hati, berkeras hati: penjudi yg sedang malang nasibnya, kalah dlm perjudian, namun dia ~; Makhdum pun terlalu marah mendengar kata Seri Rama itu, lalu pulang, berapa ditahani oleh Bendahara, tiada mahu Makhdum ~; 4. mencukupi (utk beberapa lamanya): kalau kita berhemat, akan ~ juga; 5. sl tersekat, terhambat: barang siapa dapat memanah pohon lontar yg hamba tanam empat puluh itu terus tiada ~ maka hamba berikan Sita Dewi ini; ~ larat = bertahan-tahan larat a) mengurangkan kesukaran yg dideritai; b) mempertahankan supaya tahan lebih lama lagi, melambat-lambatkan habisnya sesuatu, menjimat-jimatkan; menahan 1. tidak membiarkan berlalu (mengalir dll), menghentikan, menyekat: ada sebuah tandup yg ~ air sungai itu utk digunakan di sawah; 2. memberi bersokong supaya jangan rebah (jatuh), menopang, menyangga: mereka sedang mencacak buluh di kaki tebing sungai itu utk ~nya supaya jangan runtuh; 3. melambaikan tangan supaya (bas, kereta sewa, dll) berhenti: aku ~ bas itu; 4. mencegah, mengelakkan atau menjauhkan (penyakit dll): ~ diri drpd diperdaya; 5. melawan dan memukul mundur (musuh), menangkis (serangan): dia pun menyuruhlah membuat beberapa kubu sepanjang-panjang sungai itu akan ~ angkatan dr Sabukit; 6. menguasai perasaan (hawa nafsu dll), mengekang: saya akan mencuba ~ nafsu muda sehingga pengajian saya di universiti tamat; 7. tidak memanjangkan (permohonan dll) kpd yg lebih tinggi, tidak disampaikan kpd: surat permohonannya telah ditahan oleh ketua bahagian; 8. tidak membiarkan pergi, tidak membenarkan (masuk, pergi, dll): kami bertiga telah ditahan di luar dan Said Abu Bakar seorang sahaja yg disuruh masuk; 9. memasukkan dlm penjara (utk sementara sahaja), memenjarakan, mengurung: polis ada kuasa ~ seseorang yg disyaki selama empat belas hari; 10. menyekat sesuatu drpd sampai kpd yg berhak, tidak memberikan sesuatu kpd yg berhak: permintaan isteri utk membeli itu dan ini dan perbelanjaan anak-anak ditahan sedikit; 11. menyimpan (utk persediaan dll): dua karung beras ditahan utk bekalan dlm pelayaran; 12. menguatkan diri supaya sanggup menderita dll, menderita: dia kelihatan terkial-kial ~ kesakitan; menahani tidak membenarkan (melakukan sesuatu), menegah, mengekang, merintangi: barang kehendak kamu tiada aku tahani; maka Makhdum pun terlalu marah mendengar kata Seri Rama itu, lalu dia pulang, berapa ditahani oleh Bendahara tiada mahu Makhdum bertahan; menahankan 1. menjadikan tahan; 2. menggunakan sesuatu utk menahan, menahan dgn: maka oleh orang tua itu dilambung-lambung lembing itu, ditahankannya belakangnya maka lembing itu mengambul jatuh ke tanah; 3. menguatkan diri supaya tahan, menahan: Nor Hamidah tidak dapat ~ tangisnya; 4. menggalang, menyekat, merintangi, menahan: tidak boleh ditahankan kehendak raja; mempertahankan 1. mengikhtiarkan supaya tidak berubah, mengusahakan supaya tetap (kekal): kaum tua mahu tetap ~ adat yg mendapat kritikan paling hebat drpd kaum muda; 2. tidak mahu melepaskan, memegang teguh-teguh: kemerdekaan yg dicapai itu mesti dipertahankan; 3. menjaga supaya tidak terancam (dikuasai orang dll), melindungi, membela: jika kompeni menyerang Bonjol, serahkan pd kami ~ negeri; ~ diri; tertahan 1. dapat ditahan, tercegah, terhambat, terhenti, tersekat: maka dilakukan serangan terus-menerus yg tiada ~ oleh musuh; lama dia membiarkan nafasnya ~; 2. = tertahani sanggup mengekang atau mengawal (perasaan dll), sanggup menanggung (kesakitan dll), sabar: segala rakyat itu tiada lagi terderita, tiada lagi ~; tiadalah boleh ~ lagi hati saya lalu tertawa besarlah saya; tiadalah patik ~ hawa nafsu segala wujud patik ini; tertahan-tahan tidak lancar (langsung), terhenti-henti, terputus-putus: beliau terus bercerita dgn suara yg ~; tahanan 1. sesuatu yg menahan, halangan, rintangan: benda itu bergerak terus kerana tidak ada ~; 2. simpanan utk masa depan, cadangan, persediaan; 3. sesuatu yg ditahan (orang, barang, dll): kerajaan sepatutnya membantu dan memberi layanan baik kpd anak dan isteri orang ~ politik; 4. tempat menahan orang, penjara: saya telah dilemparkan ke dlm ~ selama lapan puluh enam hari; 5. perihal menahan (dlm penjara dll): beliau pernah meletakkan Perdana Menterinya dlm ~ rumah di Kahirah dahulu; ketahanan keadaan tahan (kuat), sifat tahan atau keupayaan menanggung (menderita dll) sesuatu, kebetahan (hati), kekuatan (hati); pertahanan 1. hal mempertahankan (menjaga supaya selamat dll): hak ~ tubuh dan harta; 2. perihal membela, pembelaan: sekarang, dgn tidak menerima ~ diriku, engkau usir aku dr rumahmu; 3. sesuatu (spt kubu atau benteng) yg digunakan utk mempertahankan diri dll drpd serangan, perihal menjaga keselamatan negeri dll: kekuatan ~ awam Malaysia akan diperbesar; memperkukuh ~ negara; penahanan 1. perbuatan menahan (menangkis), penangkisan; 2. perbuatan menahan (mengekang), pengekangan: ~ hawa nafsu; 3. perbuatan (tindakan) menahan (permohonan dll); 4. perbuatan (tindakan) menahan orang (drpd memasuki sesuatu kawasan dsb); 5. perbuatan (tindakan) menahan (mengurung, memenjarakan, dsb utk sementara sahaja), pemenjaraan, pengurungan: ~ mereka dianggap tidak sah; penahan orang dll yg menahan, penyekat, perintang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| uji | percubaan utk menentukan buruk baiknya (betul tidaknya, murni tidaknya, dll); bahan ~ bahan kimia yg digunakan utk meng-uji; batu ~ sj batu yg digunakan utk mengetahui mutu emas; tabung ~ sj alat atau bekas drpd kaca yg digunakan dlm makmal (utk melaku-kan percubaan kimia dll); tahan ~ (akan) terbukti atau ternyata keasliannya (kebaikan-nya dll kalau dicuba atau diperiksa), terjamin; beruji mengadakan percubaan utk menentu-kan mana yg lebih baik (handal, kuat, dll), mengadu kekuatan (kepandaian dll); menguji 1. memeriksa mutu emas dgn meng-gunakan batu uji; 2. memeriksa sesuatu utk mengetahui keadaannya yg sebenar (kekuatan-nya, kebaikannya, dll): dia mengambil lading pusaka itu serta ~-uji ketajaman matanya dgn belakang kuku; dia benar-benar hendak ~ cakap saya; 3. menduga kepandaian (ke-cekapan, kecerdasan, dll), memeriksa (supaya mengetahui sesuatu), menduga (perasaan sese-orang dll): memberikan markah itu hanya berguna kalau guru hendak ~ kanak-kanak dlm sesuatu perkara; akhbar-akhbar ini banyak ~ perasaan para pembaca melalui liputan yg agak berani; diuji sama merah, ditahil (dikati) sama berat prb sudah sepadan benar (suami isteri); teruji (telah) diuji utk mengetahui kemampu-annya dsb: pemain-pemain muda yg belum begitu ~; ujian 1. pemeriksaan utk mengetahui buruk baiknya (keasliannya dll); 2. percubaan utk memeriksa (mengetahui, memastikan, dsb) sesuatu hal dll (dlm bidang sains dll): membuat suatu ~ supaya gas dapat dilihat; 3. peme-riksaan utk mengetahui kebijakan (kecerdikan dll), peperiksaan: apabila dia lulus dlm ~ yg berat itu, barulah dia boleh mengharapkan apa yg dikehendakinya; 4. sesuatu yg dilaku-kan utk mencuba atau menduga kesungguhan (kebenaran, kesetiaan, dll), cubaan: ~ kesetiaan; 5. yg digunakan utk atau ketika menguji; bahan ~ Id soalan utk peperiksaan; batu ~ batu uji; keujian 1. Mn telah diketahui (kejahatannya dll), kelihatan, ketahuan; sekali lancung ~, seumur hidup orang tak percaya prb sekali ketahuan perangai yg tidak baik, selama-lama-nya orang tidak percaya; 2. sl gagal dlm sesuatu ujian, mendapat kekalahan dlm pertandingan dll: maka sangatlah sukacita baginda mendengarkan serta memuji-muji kepandaian dan kebijaksanaan ahli nujum Pak Belalang itu, belum pernah ~ lagi, yakni tiada mendapat malu olehnya; pengujian perihal menguji, pemeriksaan; penguji 1. orang yg menguji, pemeriksa; 2. alat utk menguji; 3. sesuatu yg menguji: hijrah adalah ~ iman yg sebenar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lama | 1 panjang masanya; lw sekejap: Anaknya sudah ~ pergi ke luar negara. 2 panjangnya waktu: Tiga jam ~nya ia menunggu di situ. 3 telah ada sejak dahulu: lw baru (moden); kuno: Ia sedang mempelajari kesusasteraan Melayu ~. 4 tua (tidak baru): Baju ini sudah ~. lama-lama 1 akhirnya; kesudahannya: Kalau kita beransur-ansur membuat kerja, ~ selesai juga. 2 dgn lama: Dia merenung muka adiknya ~. berlama-lama berbuat sesuatu dgn lama: Jangan ~ bersiap, nanti ketinggalan bas. melamakan memanjangkan masa; sengaja membuat lama-lama: Dia sengaja ~ masa membuat kerja itu kerana ia malas. memperlama menjadikan lebih lama (ttg sesuatu tempoh). lama-kelamaan akhir-akhirnya; lambat laun: ~, mereka pun sampailah di tempat yg dituju. selama sepanjang masa yg tertentu: Dia pergi berkursus ~ tiga bulan. selama-lamanya 1 tidak berkesudahan; kekal: Ia akan bertapa di gua itu ~. 2 paling lama: Ia akan tinggal di sana ~ dua tahun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| rendam | ; berendam 1. berada di dlm air dll: jangan dibiarkan kain ~ lama-lama dlm air; mandi ~ di sungai; 2. = terendam tenggelam (dlm air), terbenam (dlm air), tergenang (dlm air): tanah yg sudah ditenggala itu dibiarkan ~ selama beberapa hari; 3. = terendam ki tidak berbuat kerja, tinggal di rumah sahaja, terbenam (dlm sesuatu hal pekerjaan dll): buat apa dia ~ di rumah sahaja?; ~ air mata tergenang dlm air mata, selalu menangis; ~ sesajak air, berpaut sejengkal tali prb perihal seseorang yg susah hidupnya (serba kekurangan); merendam menaruh sesuatu di dlm air dll beberapa lamanya: padi itu direndam di dlm air, kemudian diwap, dijemur, dan dikeringkan; melemaskan lipas dgn ~nya dlm air; merendamkan menjadikan digenangi (air dll): sawah itu direndamkan dahulu; direndam tak basah prb a) sangat licin (tidak mudah dikalahkan, ditipu, dll); b) belum ada keputusannya (perkara); c) orang yg degil atau kikir; terendam 1. sudah direndam; 2. terbenam dlm air, tergenang; 3. ki tinggal lama di rumah (di suatu tempat dll); ~ sama basah, terampil sama kering prb sama-sama mahu mengerjakan sesuatu pekerjaan (baik ringan mahupun berat), sangat setia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| muka | 1. bahagian hadapan kepala (dr kaki rambut sampai ke dagu): dia memalingkan ~nya; ~nya pucat; 2. = air ~ rupa muka, wajah, paras: sekali-kali janganlah engkau menunjukkan ~ masam kepadanya; 3. sebelah hadapan, bahagian depan: dgn cepat ia melangkah ke pintu ~; 4. hadapan, lwn belakang: mereka berjalan beriring-iringan, Mangkut di belakang, Yusof di ~; 5. (ke) pengetahuan, (pd) kehadiran, di hadapan: Duria dituduh oleh pemerintah dan dibawa ke ~ pengadilan; selalu juga ia membuat ucapan di ~ umum; 6. = ~ surat halaman (buku): berita ~ depan surat khabar itu ialah berita kapal “Undan” ditembak Belanda; 7. = permukaan bahagian sebelah atas sesuatu (spt bumi, laut, dll), bidang atau lapisan yg menutup sesuatu, bahagian sesuatu yg pipih atau rata dan yg terdedah kpd pandangan (tidak terselindung): kerana ~ jalan yg mereka lalui itu lekuk-lekak, jadi perjalanan kereta itu spt perahu yg dipukul gelombang; duit syiling mempunyai dua ~; 8. yg terdahulu, permulaan, pendahuluan; wang ~ wang yg dibayar pd mulanya; 9. yg akan datang (tiba); bulan (tahun, minggu) ~ bulan (tahun, minggu) yg akan datang; ~ baru orang baru, pemain baru (dlm sesuatu pasukan), orang yg baru melibatkan diri dlm sesuatu kegiatan (usaha dsb); ~ bumi bidang bumi; ~ keratan permukaan sesuatu (batang dll) yg dipotong melintang; ~ lama orang lama, pemain dll yg sudah lama melibatkan diri (dlm sesuatu); ~ papan = ~ pot Kd orang yg tidak tahu malu; ~ pintu ambang pintu; ~ selamba muka yg tidak berubah-ubah (sama ada sedih, riang, dll); ~ taip a) permukaan cetakan bagi sesuatu jenis taip; b) reka bentuk permukaan jenis taip tertentu; ~ tarpal = ~ tebal = ~ tembok tidak bermalu; ~ bagai ditampal dgn kulit babi prb hal orang yg tidak tahu malu; ~ berpandangan, budi berkedapatan, kasih bagai selama juga prb kejahatan yg dilakukan oleh seseorang kpd orang lain sungguhpun diketahui tetapi tidak dihiraukan; ~ licin, ekor (penuh) berkudis prb orang yg pd lahirnya banyak wang tetapi sebenarnya banyak hutang; buruk ~, cermin dibelah prb kerana buruk keadaan diri, orang lain yg disalahkan; mengambil ~ prb membuatbuat laku baik atau manis supaya disayangi orang; tarik ~ dua belas prb hal orang yg sangat kecewa, kelihatan selalu kesal; di muka 1. hadapan muka, dgn terang-terang: kalau berani jangan di belakang tetapi ~; 2. di hadapan, di depan; ~ umum di khalayak ramai; 3. dahulu, pendahuluan; ~ puasa menjelang puasa; wang ~ cengkeram; ke muka maju ke hadapan, mara; sekarang ~ dr masa ini hingga seterusnya; mengemukakan 1. membawa ke hadapan atau ke muka; 2. mengetengahkan (sesuatu pendapat dll supaya dipertimbangkan), memberi pendapat bkn sesuatu: kertas kerja ini disediakan dan dikarang dgn teliti oleh kementerian yg ~ perkara yg hendak dibin-cangkan itu; 3. mencadangkan (supaya diterima), mengusulkan: pengundi hanya dapat mengundi calon yg dikemukakan oleh parti, calon lain tidak ada; 4. menyampaikan (pertanyaan, tuntutan, permohonan, dll): ia sendiri masih malu hendak ~ pertanyaan ini kpd Maskam; 5. ki menceritakan, mengisahkan (sesuatu hal dll): Nora ~ kisah dirinya dan pengalamannya dlm kelima-lima cer-pennya itu; terkemuka terkenal, ternama: dia memang orang yg ~ dlm kampungnya dan disegani dlm daerahnya; muka-muka; dgn ~ tidak tulus ikhlas, pd zahirnya sahaja; semuka sama mukanya, berhadapan muka; bersemuka berhadapan muka (dgn), bertemu muka (dgn): belum pernah ia ~ dgn orang yg mahu menjawab selekas itu; per-temuan ~ boleh menimbulkan masalah; menyemukakan menemukan berhadap-hadapan, membuat supaya berhadapan muka; bermuka memiliki (mempunyai) muka, ada mukanya; ~ dua ki suka belot, tidak jujur; ~ dinding (kayu, papan, tebal, tembok) orang yg tidak bermalu; ~ manis memperlihatkan muka yg manis; tidak ~ ki malu; bermuka-muka 1. berhadapan muka, di depan muka; 2. Id secara terus-terang, tidak bersembunyi-sembunyi (melakukan sesuatu dll); 3. tidak dgn ikhlas, hanya pd lahirnya sahaja, berpura-pura: isteri mudanya itu pandai ~ sebab itulah apa sahaja hajatnya dapat belaka; 4. beberapa atau banyak muka (surat): ucapannya ~ panjangnya; permukaan bidang di sebelah atas yg rata (air, meja, dll), muka, paras; ~ laut muka laut; berpermukaan mempunyai permukaan: kawasan yg ~ konkrit; pengemukaan perihal (perbuatan dsb) mengemukakan: nama beliau sering dihubung-kan dgn ~ aspek kelemahan karya; pemuka pemimpin, pembimbing, penganjur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lama | 1. panjang masanya; lw sekejap: Anaknya sudah ~ pergi ke luar negeri. 2. panjangnya waktu: Tiga jam ~nya ia menunggu di situ. 3. telah ada sejak dahulu: lw baru (moden); kuno:Ia sedang mempelajari kesusasteraan Melayu ~. 4. tua (tidak baru): Baju ini sudah ~. lama-lama 1. akhirnya; kesudahannya: Kalau kita beransur-ansur membuat kerja, ~ selesai juga. 2. dgn lama:Dia merenung muka adiknya ~. berlama-lama berbuat sesuatu dgn lama:Jangan ~ bersiap, nanti ketinggalan bas. melamakan memanjangkan masa; sengaja membuat lama-lama: Dia sengaja ~ masa membuat kerja itu kerana ia malas. memperlama menjadikan lebih lama (ttg sesuatu tempoh). lama-kelamaan akhir-akhirnya; lambat laun: ~ mereka pun sampailah di tempat yg dituju. selama sepanjang masa yg tertentu: Dia pergi berkursus ~ tiga bulan. selama-lamanya 1. tidak berkesudahan; kekal: Ia akan bertapa di gua itu ~. 2. paling lama: Ia akan tinggal di sana ~ dua tahun. | Kamus Pelajar |