Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
eksperimentasi(ékspérimentasi) perihal (proses, perbuatan, tindakan dsb) membuat atau melakukan eksperimen, biasanya dlm bidang seni spt seni lukis, seni teater dsb: fesyen ini merupakan ~ terhadap keupayaan pereka fesyen tempatan.Kamus Dewan Edisi Keempat
seni murniseni mengenai penciptaan barang yg indah-indah (seni lukis, seni pahat, dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
keseniansegala sesuatu yg berkaitan dgn seni: ilmu ~ (seni) pengetahuan ttg seni secara umum.Kamus Pelajar Edisi Kedua
seni II1. karya (sajak, lukisan, muzik, dll) yg dicipta dgn bakat (kecekapan), hasil drpd sesuatu ciptaan: kalau perut kosong, politik dan sastera, ilmu pengetahuan dan ~ tidak akan menarik perhatian orang yg paling intelektual sekali pun; 2. kebolehan mencipta sesuatu (lukisan, ukiran, dll) yg indah-indah; ~ bahasa keindahan (susunan kata-kata) bahasa; ~ bina = ~ bangunan Id seni mengenai bangunan (penyediaan reka bentuk dan pe-nyeliaan pembinaan bangunan dsb); ~ drama seni mengenai lakonan pentas (sandiwara); ~ foto seni tentang pengambilan gambar dgn kamera dan penghasilan gambar; ~ halus cabang dan karya seni yg mempunyai nilai keindahan dan memberikan kepuasan cita rasa kpd peminatnya, spt lukisan, muzik, puisi dan ukiran; ~ jarum kecekapan atau seni tekat-menekat (sulam-menyulam, jahit-men-jahit); ~ kata susunan kata-kata yg indah (utk lagu dll); ~ khat seni (kemahiran) menulis tulisan Arab atau tulisan Jawi dgn gaya yg khas atau unik sehingga menghasilkan tulisan yg indah-indah; ~ kraf tangan seni kemahiran pekerjaan tangan (spt ukir-mengukir, mem-buat barang-barang dgn kemahiran tangan, dsb); ~ kreatif apa sahaja seni yg dapat men-cipta sesuatu; ~ lakon seni drama; ~ lukis seni mengenai lukis-melukis; ~ murni seni mengenai penciptaan barang yg indah-indah (seni lukis, seni pahat, dll); ~ muzik seni mengenai muzik termasuk lagu; ~ pahat (ukir) seni mengenai pahat-memahat (spt membuat patung dll), kemahiran menghasilkan (mencipta) sesuatu dgn pahat; ~ rupa seni pahat dan seni lukis; ~ sastera seni mengenai karang-mengarang (prosa dan puisi); ~ silat seni mengenai bersilat atau berpencak; ~ suara seni mengenai suara atau bunyi (nyanyian, muzik, dll); ~ tari seni mengenai tari-menari; ~ ukir(an) seni atau kemahiran ukir-mengukir; berseni mempunyai (memperlihatkan) seni, berasaskan seni: tidak pula bermakna ia menghargai tulisan yg tidak ~; kesenian perihal seni, yg berkaitan dgn seni, keindahan (kehalusan): kaulah seorang seni-man yg tahu menikmati ~ alam.Kamus Dewan Edisi Keempat
seni II1 kecekapan atau kepandaian membuat sesuatu yg indah-indah. 2 hasil karya yg dicipta dgn kebolehan atau dgn kepandaian yg luar biasa; hasil drpd sesuatu ciptaan. ~ bina (bangunan) seni ttg pembuatan bangunan. ~ drama seni ttg lakonan pentas (sandiwara). ~ jarum kepandaian dlm hal jahit-menjahit atau sulam-menyulam. ~ halus cabang seni dan karya seni yg mempunyai nilai keindahan dan memberikan kepuasan cita rasa kpd peminatnya, spt lukisan, muzik, puisi dan ukiran. ~ kata susunan kata yg indah-indah (dlm sesebuah lagu dll). ~ lukis kepandaian dlm hal lukis-melukis. ~ pahat (ukir) kepandaian membuat ukiran. ~ suara seni ttg suara dan lagu. ~ tari seni ttg tari-tarian. kesenian segala sesuatu yg berkaitan dgn seni: ilmu ~ (seni) pengetahuan ttg seni secara umum. seniman 1 orang yg mencipta sesuatu hasil seni spt pelukis, penyair. 2 bintang filem lelaki.Kamus Pelajar Edisi Kedua
binabangunan: aku jumpa dia di atas ~ stesen; tapak ~ tapak bangunan; seni ~ a) seni atau ilmu merancang, mereka bentuk, dan membina bangunan; b) gaya sesuatu bangunan direka bentuk dan dibina, terutamanya pd zaman atau di tempat tertentu: seni ~ Islam; membina 1. membuat sehingga terdiri sesuatu (spt rumah, bangunan, jalan raya, dll), membangunkan, mendirikan: kerajaan ~ rumah murah utk golongan yg berpendapatan rendah; 2. membantu dlm proses menjadi besar: makanan yg ~ badan; 3. mengusahakan supaya lebih maju, membangunkan: ~ negara; 4. mewujudkan, membentuk: ~ satu masyarakat baru; ~ sikap baru; ~ rumah tangga yg bahagia; 5. mengembangkan: ~ plot cerita; 6. memajukan dan meninggikan mutu dan taraf serta memperkukuh kedudukan sesuatu (spt bahasa dll): ~ bahasa Melayu; 7. mendatangkan kebaikan, membawa manfaat, dapat memajukan (membaiki dsb) sesuatu: teguran yg ~;terbina 1. dibina, terbangun, terdiri: bangunan-bangunan tinggi yg ~ di bandar raya Kuala Lumpur; 2. terbentuk drpd beberapa unsur (bahan dll): bumi yg ~ drpd batu-batan dan logam yg keras; 3. ki (sudah) wujud: memupuk kasih sayang sehingga ~ istana cinta; binaan 1. benda yg dibina, bangunan, susunan; ~ jantung susunan (bentuk) jantung; 2. pembentukan; ~ nitrat pembentukan nitrat oleh kuman, penitratan; ~ tulang pembentukan tulang; pembinaan 1. perbuatan (kegiatan, usaha, dsb) membina (mendirikan, membangunkan): ~ jambatan; 2. pembangunan: ~ negara; 3. perihal membina (tubuh dsb): zat-zat yg membantu ~ tubuh; 4. perbuatan membina (bahasa): ~ bahasa; pembina orang (syarikat dll) yg membina (mendirikan, membangunkan, dsb) sesuatu: ~ bangunan; ~ negara.Kamus Dewan Edisi Keempat
bersenimempunyai (memperlihatkan) seni, berasaskan seni: tidak pula bermakna ia menghargai tulisan yg tidak ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
berslogankanmenggunakan (sesuatu) sbg slogan: pertubuhan itu ~‘Seni Untuk Seni’.Kamus Dewan Edisi Keempat
barokgaya yg halus dan indah, terutamanya dlm seni bina, seni lukis, muzik dsb, yg sangat popular di Eropah pd abad ke-17 dan ke-18.Kamus Dewan Edisi Keempat
seni IIkesenian segala sesuatu yg berkaitan dgn seni: ilmu ~ (seni) pengetahuan ttg seni secara umum.Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas