| setampuk pinang | ki masih muda benar dan kurang berpengalaman; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| umur | 1. jangka masa hidup atau hayat seseorang (sesuatu) mulai dilahirkan (diada-kan dsb), jangka waktu sejak dilahirkan (diadakan dsb), usia: ~ budak ini baharu enam tahun; cukup (sampai) ~ sudah dewasa; di bawah ~ belum dewasa; dimakan ~ sudah tua; dlm ~ tuanya pd ketika dia telah tua; lanjut (lewat) ~ sudah tua; panjang ~ lama hidupnya; pendek (singkat) ~ tidak lama hidupnya (mati semasih muda); 2. ki hidup, hayat, nyawa: kalau ada ~, kita akan bertemu lagi; ~ setahun jagung (darah setampuk pinang) prb seseorang yg masih muda, kurang berakal dan belum berpendapat; seumur 1. sama umurnya (dgn), sama tua, sebaya: budak itu ~ dgn adik saya; 2. sama lamanya, sama lama adanya, selama; ~ hidup selama hidup; ~ jagung a) setahun jagung, (jangka masa) tiga atau empat bulan; b) tidak lama, sekejap sahaja; berumur 1. mempunyai umur, berusia: tiap-tiap ahli Dewan Negara mestilah ~ tidak kurang drpd tiga puluh tahun; puisi Melayu moden telah ~ lima dekad; 2. sudah agak tua (lanjut) umurnya, tidak dapat dianggap muda lagi; penuntut-penuntut itu termasuk orang-orang muda dan juga yg sudah ~, dan drpd berbagai-bagai lapangan hidup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pinang I | sj tumbuhan (palma yg buahnya dimakan dgn sirih), Areca catechu; ~ kotai = ~ kosi a) buah pinang tua yg dikeringkan; b) sj binatang spt halipan, gonggok; c) Kl orang bodoh yg mempunyai sifat-sifat kekerasan; ~ masak a) warna kuning kemerah-merahan; b) buah pinang yg sudah masak; ~ muda a) buah pinang yg masih muda; b) alku, muncikari; ~ raja sj tumbuhan (palma), Cyrtostachya lakka; ~ sebatang a) tidak mempunyai sanak saudara; b) ki kurus dan tinggi; spt ~ dibelah dua prb dua orang (suami isteri, teman dll) yg hampir-hampir serupa (sama cantik dan sama padan); ~ pulang ke tampuk prb sudah cocok benar (sudah pd tempatnya); ~ tua merah ekor prb, Mn perempuan yg sudah berumur tetapi berkelakuan spt perempuan muda; bak ~ dianduh, putus tali dia berdiri prb, Mn melakukan sesuatu pekerjaan kerana dipaksa; darah baru setampuk ~ prb masih muda benar; kasihkan ~ sebatang drpd aur serumpun prb, Mn lebih sayang kpd orang lain drpd kaum keluarga sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| darah I | 1. cecair berwarna merah yg mengalir dlm tubuh manusia atau binatang: orang yg cedera parah itu banyak mengeluarkan ~; 2. ki keluarga, sanak saudara, keturunan; pertalian ~ hubungan kekeluargaan atau keturunan; 3. ki sifat (kebolehan) semula jadi, bakat: ~ seni memang sudah lama mengalir di dlm jiwanya; 4. ki semangat, jiwa: ~ perwira memang terdapat di kalangan orang Melayu; (sudah) menjadi ~ daging a) (sudah) mendarah daging (sudah) sebati dgn atau meresap di dlm jiwa: ajaran sosialis sudah menjadi ~ dagingnya; b) = (sudah) menjadi kaum kerabat sendiri atau saudara sendiri; ~ gemuruh mudah gugup, lekas hilang ketenangan; ~ hidup darah yg masih cair (belum beku); ~ ikan warna merah tua; ~ lintah pekat, kental, likat (bkn air kopi dll); ~ manis mudah mendapat bahaya atau kecederaan (bkn orang yg bertunang dll); ~ mati darah yg sudah beku; ~ muda semangat atau perasaan orang muda; ~ panas pemarah, lekas marah; ~ putih keturunan orang bangsawan; ~ raja keturunan raja-raja; ~ tinggi sj penyakit yg menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi; ~ baru setampuk pinang prb masih terlalu muda; bersukat ~lah baru kuberi prb biar mati drpd menyerah kalah; bersukat ~ bertimbang daging prb melawan sampai mati; menakik ~ di batu (dialu) prb kerja yg sia-sia (bekerja teruk, hasilnya sedikit); minta ~ pd dabung (daing) prb minta bantuan drpd orang yg tidak berupaya membantu;sedarah 1. satu keturunan, sama asalnya: bukankah Brunei negeri Melayu, orangnya ~ dgn kita; 2. ki sejenis, sebangsa, serupa: kalimat itu senafas dan ~ dgn kalimat-kalimat yg lain;berdarah 1. bkn sesuatu peristiwa (kemalangan, pertempuran, dll) yg mengakibatkan kecederaan atau kematian: kejadian ~ 13 Mei 1969; 2. mempunyai darah, lazimnya merujuk pd pengelasan haiwan, sama ada berdarah panas atau berdarah sejuk: binatang mamalia ~ panas; 3. mengeluarkan (mengalirkan) darah: luka tangan tampak ~, luka di hati siapakah tahu; 4. ada (terdapat) darah yg melekat atau menyerap (pd kain, pisau, dll): kain pembalut itu penuh ~; 5. berketurunan, drpd keturunan: ~ bangsawan; ~ raja; 6. bersifat, bersemangat, berjiwa: orang Melayu memang ~ perwira; 7. berkebolehan semula jadi, berbakat: ~ seni; ~ bali Mn penakut; ~ dingin Id berdarah sejuk; ~ hangat Id berdarah panas; ~ hati sakit hati; ~ panas a) mempunyai darah yg panas dan agak tetap suhunya tanpa dipengaruhi oleh suhu keadaan sekitar (bkn mamalia); b) pemarah; ~ putih berketurunan bangsawan (orang baik-baik); ~ sejuk mempunyai darah yg berubah suhunya mengikut suhu keadaan sekitar;mendarah spt darah; ~ daging (menjadi) sebati, meresap ke jiwa: kerja demikian sudah ~ daging dengannya; ~ lintah (menjadi) pekat atau kental;mendarahi melumuri (menyapu dgn) darah;perdarahan keadaan keluar darah atau berdarah akibat cedera atau penyakit: terdapat sebilangan mereka yg hamil anak sulung yg mengalami ~ sehingga tiba proses kelahiran; pendarahan Id pengeluaran (pengaliran keluar) darah, turun darah: gangguan yg agak berbahaya ialah terjadinya ~ pd perempuan; jika ~ berlaku semasa mengandung, ini semestinya merupakan suatu keadaan yg luar biasa; ~ dalam (luar) Id pengeluaran darah di dlm (di luar) tubuh; pendarah sakti (sudah banyak dipakai utk melukai orang): keris ~; ketujuh-tujuh bilah keris itu baik-baik belaka serta dgn bisanya dan ~nya dan tajamnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |