| litar antara muka(interface circuit) | 1. Litar yang menyambungkan pemproses utama atau sistem komputer dengan peranti sokongannya. 2. Litar yang boleh menyambungkan dua sistem yang tidak sepadan. | Kamus Komputer |
| kritikal | 1. menunjukkan atau mungkin menimbulkan krisis, boleh atau mungkin menerbitkan kegentingan: ancaman terbesar terhadap ekologi dunia sekarang ialah pemusnahan hutan pd kadar yg ~ serta membimbangkan; 2. bersifat mengkritik, mengandungi kritikan (terhadap sesuatu atau seseorang): beberapa buah akhbar Soviet telah menyiarkan surat-surat yg agak ~ terhadap pelibatan negara itu utk menegakkan sebuah pemerintahan sokongannya di Kabul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |