Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata suruhannya


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berpesan1. meminta supaya amanatnya (kehendaknya, nasihatnya, suruhannya, dll) diterima atau diteruskan kpd orang, memberi pesan (kpd): sebelum ia bertolak ia ~ kpd Kak Loyah supaya menjaga anaknya; 2. memberi nasihat (amanat, wasiat, dll) ketika hampir akan meninggal: sebelum ia meninggal ia ~ beberapa kali supaya Dewi berbanyak sabar dan bertenang; 3. membuat permintaan (utk membeli dll barang dagang­an), menyuruh membuatkan (menyediakan, mengirimkan), menempah: “Kek”, katanya ~, sebelum kuih tiba ia minum seteguk; ~ berturut, harap ada, percaya tidak prb tidak mempercayai sepenuh-penuhnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
pengalamatan tentu(specific addressing)Pengalamatan yang bahagian alamat suruhannya ialah alamat sebenar yang dikehendaki.Kamus Komputer
mendatukkanmenjadikan (memanggil) datuk: Tok Embong dituankan oleh orang-orang suruhannya, diayahkan oleh peringkat anak-anak dan didatukkan oleh peringkat cucunya.Kamus Dewan Edisi Keempat
pengalamatan segera(immediate addressing)Pengalamatan yang kedudukan kendaliannya terletak selepas kod suruhan di kawasan kedudukan ingatan yang sama. Ini berbeza daripada kaedah biasa yang kod suruhannya disimpan pada kedudukan yang juga mengandungi alamat kedudukan lain.Kamus Komputer
mikropemproses(microprocessor)Unit pemproses utama dalam bentuk satu atau sekumpulan cip litar bersepadu separuh pengalir. Pada aras paling minimum, mikropemproses mengandungi satu unit aritmetik dan logik dan satu unit pengawal. Mikropemproses dikelaskan mengikut kelajuan, kepanjangan kata kendalian, seni bina dan set suruhannya.Kamus Komputer
pesan1. amanat (nasihat, permintaan, suruh­an, dll) yg diterima (diteruskan kpd orang lain): ia teringat ~ ayahnya supaya surat itu jangan diberi kpd tangan orang lain; ada ditinggalkan ~ sebelum ia berangkat tadi; 2. amanat (nasihat, wasiat, dll) yg penghabisan drpd orang yg akan meninggal: emaknya yg baru mati tidak sempat meninggalkan apa-apa ~ kepadanya; 3. permintaan barang utk dibeli, tempahan; ~ dituruti, petaruh dimalami, berserah berkehendak hati prb mem­percayakan sesuatu kpd orang dgn tidak per­caya bulat-bulat; berpesan 1. meminta supaya amanatnya (kehendaknya, nasihatnya, suruhannya, dll) diterima atau diteruskan kpd orang, memberi pesan (kpd): sebelum ia bertolak ia ~ kpd Kak Loyah supaya menjaga anaknya; 2. memberi nasihat (amanat, wasiat, dll) ketika hampir akan meninggal: sebelum ia meninggal ia ~ beberapa kali supaya Dewi berbanyak sabar dan bertenang; 3. membuat permintaan (utk membeli dll barang dagang­an), menyuruh membuatkan (menyediakan, mengirimkan), menempah: “Kek”, katanya ~, sebelum kuih tiba ia minum seteguk; ~ berturut, harap ada, percaya tidak prb tidak mempercayai sepenuh-penuhnya; memesan 1. memberi pesan (nasihat, arahan, dll): sejak dr rumah tadi ia sudah ~ anak-anaknya supaya jangan berenggang jauh; 2. meminta supaya dibawakan (dikirim, dibuatkan, dll), menempah: tidak lama kemudian pelayan tadi muncul pula dgn makanan dan minuman yg dipesan; ~ tempat menempah tempat; memesani berpesan (memesan) kpd: maka kata orang yg dipesani itu, “Baiklah”; memesankan 1. memesan kpd; 2. memesan (barang dll) utk orang: sudah saya pesankan tuan buku itu; 3. meminta (menerusi orang lain) supaya datang dll: apa maksud ~ saya ke mari? pesanan 1. pesan: ~ ibu tidak akan kami lupakan; 2. sesuatu yg dipesan (dipesankan); pemesanan perbuatan memesan (memesan­kan); pemesan orang yg memesan atau menempah (barang dll): ~ buku diharap akan mengirim wang harganya sekali.Kamus Dewan Edisi Keempat
datuk I1. bapa kpd ayah atau ibu seseorang; 2. panggilan oleh seseorang terhadap bapa kpd ayahnya (ibunya) atau terhadap se­se­orang lain yg sedemikian tuanya, aki, kakek; ~ nenek nenek moyang, leluhur; 3. ark panggilan orang ramai kpd anggota polis atau panggilan mata-mata kpd pegawai atasannya; 4. Mn penghulu adat; 5. hantu (puaka, pe­nunggu) sesuatu tempat: ~ di pokok itu kononnya selalu mengganggu orang-orang yg lalu di situ; 6. topekong, berhala, atau dewa (kpd orang Cina yg mempunyai ke­percayaan tertentu); rumah ~ rumah berhala; 7. bp sebutan bagi harimau; ~ betina sl ketua dayang-dayang dlm istana; ~ kayu ark pegawai dan kakitangan jabatan hutan; mendatukkan menjadikan (memanggil) datuk: Tok Embong dituankan oleh orang-orang suruhannya, diayahkan oleh peringkat anak-anak dan didatukkan oleh peringkat cucunya.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas