| hujung | 1 bahagian yg akhir pd sesuatu yg panjang (tali, jalan dll): tongkat besi yg tajam ~nya. 2 akhir; penghabisan (bulan, minggu, tahun dll): Dia pulang ke kampungnya pd tiap-tiap ~ bulan. 3 bahagian yg tajam atau lancip: ~ pensel; ~ hidung. 4 tempat yg dekat dgn tepi; tempat yg terjauh dr pusat: Mereka tinggal di ~ bandar Kuala Lumpur. berhujung ada hujungnya; mempunyai hujung: tongkat yg ~ tajam. hujungan sesuatu yg letaknya di hujung: Dlm ~ buku itu, ada dinyatakan keterangan ttg vitamin A. penghujung akhir; penghabisan: ~ bulan (minggu, tahun dll) akhir bulan (minggu, tahun dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| hujung | 1. bahagian yg akhir pd sesuatu yg panjang (spt tali, jalan dll): tongkat besi yg tajam ~nya. 2. akhir; penghabisan (bulan, minggu, tahun dll): Dia pulang ke kampungnya pd tiap-tiap ~ bulan. 3. bahagian yg tajam atau lancip: ~ pensel; ~ hidung. 4. tempat yg dekat dgn tepi; tempat yg terjauh dr pusat: Mereka tinggal di ~ bandar Kuala Lumpur. berhujung ada hujungnya; mempunyai hujung: tongkat yg ~ tajam. hujungan sesuatu yg letaknya di hujung: Dlm ~ buku itu, ada dinyatakan keterangan ttg vitamin A. penghujung akhir; penghabisan: ~ bulan (minggu, tahun dll) akhir bulan (minggu, tahun dll). | Kamus Pelajar |
| dagu | bahagian muka yg di bawah mulut: ~nya tajam dan berjanggut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| dagu | bahagian muka yg di bawah mulut: ~nya tajam dan berjanggut. | Kamus Pelajar |
| tugal | batang kayu dll yg tajam hujungnya utk membuat lubang di tanah yg akan ditanami padi dll: padi ~ padi yg ditanam di tanah kering; padi huma. menugal membuat lubang dgn tugal di tanah kering utk menanam padi, jagung dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| pancit II | menjadi kempis kerana keluar anginnya akibat tertusuk benda tajam, pecah dsb (bkn tayar kereta, basikal dsb), bocor: tayar kiri keretanya ~; dia lewat sampai ke pejabat kerana tayar motosikalnya ~; memancitkan menyebabkan tayar, belon dsb kempis kerana keluar anginnya akibat tertusuk benda tajam, dibuka injapnya dsb, membocorkan: dia sudah berani ~ tayar kereta gurunya; pemancitan perbuatan memancitkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tusuk | barang yg runcing lagi tajam utk mencucuk (penyemat, jarum, dll), cucuk, pencucuk; ~ kundai cucuk (penyemat) sanggul; menusuk 1. mencucuk dgn barang yg tajam, mencucuk hingga tembus: mereka harus menurut sahaja spt unta yg telah ditusuk hidungnya; 2. melukai dgn senjata tajam, menikam: tiba-tiba ditusuknya dgn pisau yg putih matanya; 3. = menusuk-nusuk menjadikan orang marah, memanaskan hati orang, menghasut: menusuk-nusuk orang; 4. ki masuk ke dlm, meresap: kesejukan akan ~ ke tulang kalau kipas itu bertambah ligat; ~ hati ki menyakiti (menyakitkan) hati; menusukkan 1. mencucuk sesuatu pd, me-nembuskan (dgn barang yg tajam); 2. mena-namkan sesuatu (yg tajam) pd, menikamkan: secepat kilat puntung itu ditusukkannya ke muka Pandekah; tertusuk tertikam, tercucuk: besi tajam yg terpasang itu ~ pd perut kerbau itu; ~ hati berasa tersinggung atau sakit hati; tusukan 1. hasil atau akibat menusuk, tikaman: ia telah dijumpai terbunuh di antara batu-batu bukit Tragan kerana ~ pedang di rusuknya; ~ jarum-jarum halus ini sebenar-nya tidak sakit; 2. hasutan: masakan orang tuanya mahu mendengar ~ Engku Baginda Mais! | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| fikiran | 1. daya berfikir, akal, ingatan; hilang ~ hilang akal; kurang (panjang, tajam) ~ kurang (panjang, tajam) akal; sakit ~ gila; 2. hasil pemikiran, pendapat, pertimbangan akal, upaya, muslihat: itu bukan ~nya sendiri; apa ~mu sekarang ini, kita sudah kena tipu; mendapat ~ mendapat muslihat; 3. niat, cita-cita, angan-angan: tidak ada ~ hendak bekerja; 4. perhatian, minat: sangat sedikit ~nya pd pelajaran; menaruh ~ menaruh perhatian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mata I | 1. alat utk melihat (pd manusia atau binatang), pancaindera utk melihat: ~nya hitam dan besar sedikit dan selalu pula ter-kejip-kejip; ~ hitam bahagian mata yg berwarna (di tengah-tengah); 2. bahagian yg tajam pd alat pemotong (kapak, pisau, dll): pisau itu ~nya tumpul; ~ cangkul; ~ kapak; ~ tenggala (bajak); 3. sesuatu yg menyerupai mata (spt lubang kecil, lubang jala, dll): ~ jarum; 4. sela antara dua senggat (pd kayu pembaris dll), sela antara dua anak tangga: tempat betara itu dihadap orang tinggi, tiga ~ anak tangganya; 5. ki yg di tengah-tengah benar, pusat: ~ bisul; ~ alamat sasaran, tujuan; 6. tunas pd ubi (dahan dll); 7. punca, sumber (air, pencarian, dll); 8. markah yg diperoleh (dlm peperiksaan, pertandingan, dll): pasang-an dr Malaysia telah memenangi set pertama dgn ~ 15–10; 9. sl jenis-jenis (masakan, hidangan, dll); beratus-ratus ~ gulai beratusratus jenis gulai; ~ air a) tempat air terbit dr tanah; b) bp kekasih; ~ anggaran Id bahagian (pos) anggaran belanja; ~ angin arah yg ditunjukkan oleh jarum kompas, arah angin datang (timur, barat, dll); ~ batin perasaan dlm hati, rasa hati; ~ bedil butir-butir pembidik pd laras bedil; ~ belanak pusat pusingan (lingkaran); ~ benda barang(-barang) yg berharga (spt permata dll); ~ bisul lubang bisul; ~ buku buku jari dll; ~ bulan bentuk bulan yg tampak samar-samar; ~ cemperling mata yg merah warnanya; ~ cincin permata (intan, berlian, dll) pd cincin; ~ dabus besi tajam yg digunakan dlm permainan dabus; ~ dacing garis-garis pd dacing (utk menunjukkan berat); ~ dagangan barang-barang dagangan; ~ duitan tamak akan wang; ~ duli buku lali; ~ gaji tangga gaji; ~ gawai ark pembantu; ~ gelap mengamuk kerana marah dll; ~ gergaji a) bahagian yg tajam dan bergerigi pd gergaji; b) Kl orang yg bermuka-muka (dgn dua pihak); ~ gobek (gunting) bahagian yg tajam pd gobek (gunting); ~ hati a) perasaan hati; b) sl wakil peribadi, ganti diri; ~ hitam bahagian biji mata yg hitam; ~ huruf tiap-tiap satu huruf; ~ ikan sj kudis yg bernanah (pd kaki dll); ~ jahitan bahagian yg dijahit; ~ jala (jaring) lubanglubang yg terdapat pd jala (jaring); ~ jalan penunjuk jalan, peninjau; ~ kail kawat yg bengkok dan tajam hujungnya pd kail; ~ kain corak kain; ~ kakap lubang kecil pd bahagian bawah perahu (digunakan utk mengeluarkan air); ~ kaki tulang yg membonggol pd pergelangan kaki (buku lali); ~ kasar mata sahaja (tidak menggunakan teropong dll); ~ kati (tahil) garis pd dacing yg menunjukkan kati (tahil); ~ kayu a) tanda bekas dahan yg telah dipotong pd kayu (berwarna hitam); b) tidak tahu menulis atau membaca (buta huruf); ~ kemung mata yg besar; ~ keranjang suka melihat perempuan; ~ kerek bulatan pd kerek; ~ ketam besi tajam pd ketam kayu; ~ kotak orang yg tidak tahu memilih mana yg baik dan mana yg buruk; ~ kucing a) sj batu permata; b) sj damar yg jernih warnanya; c) Id sj lampu berwarna pd peti radio; ~ kumpuan = ~ majmuk mata yg terdiri drpd beberapa mata yg kecil-kecil (spt mata lalat dll); ~ lembu = ~ sapi = ~ kerbau telur yg digoreng bulat-bulat (tidak dipecahkan bahagian merahnya); ~ lipas a) mata yg tidak berwarna (pd kuda); b) mata yg suram; ~ lolong Kl mata yg tersembul; ~ luka lubang atau liang luka; ~ pajak ark (Palembang) orang yg wajib membayar cukai; ~ panah bahagian hujung anak panah (yg tajam); ~ pedoman jarum pedoman yg menunjukkan mata angin, mata angin dlm pedoman; ~ pelajaran jenis ilmu pengetahuan yg diajarkan (di sekolah, maktab, dll); ~ pena bahagian hujung pena yg digunakan utk menulis; ~ pencarian (peng-hidupan) pekerjaan yg dilakukan utk mendapatkan sara hidup; ~ perdagangan barangbarang dagangan; ~ petai ki mata yg tidak dapat melihat dgn betul; ~ petir pancaran kilat yg diikuti oleh petir; ~ piano bahagian piano yg diketuk-ketuk (utk mengeluarkan bunyi); ~ punai lubang yg bersegi enam (pd anyaman dll); ~ rantai gelang-gelang pd rantai; ~ ringkas mata serangga dsb yg mempunyai satu kanta, mis labah-labah dan kala jengking; ~ sangkur benet, bayonet; ~ surat Id tulisan (huruf) pd surat; ~ susu puting susu; ~ tangga sela antara dua anak tangga; ~ telinga ganti diri sendiri, wakil peribadi; ~ tombak hujung tombak yg tajam; ~ tunas tunas yg baru bercambah; (di) ~ umum (pd) pandangan umum, di khalayak ramai; ~ wang a) wang yg bukan wang kertas, wang drpd logam (duit syiling); b) jenis atau unit wang yg digunakan di sesebuah negeri; ~ wang asing mata wang negara lain selain mata wang negara itu sendiri, mis mata wang asing bagi Malaysia ialah yen, dolar dan rupiah; dgn ~ kepala sendiri sendiri (melihat); ~ memandang apa hendak sakit, bahu memi-kul timpa perasaan = berapa berat ~ meman-dang, berat lagi bahu memikul prb walau bagaimana susah pun seseorang melihat kesusahan yg ditanggung orang lain, tetapi lebih susah orang yg menanggung kesusahan itu; ~ tidur bantal berjaga prb perihal perempuan yg melakukan kejahatan pd waktu suaminya percaya betul padanya; hilang di ~, di hati jangan prb walaupun telah jauh tetapi janganlah melupakan orang yg ditinggalkan; jadi ~ telinga prb orang yg jadi harapan dan yg selalu memberi pertolongan; kerana ~ buta, kerana hati mati prb perihal orang yg menurutkan hawa nafsunya akhirnya mendapat kesusahan; silap ~ pecah kepala prb kalau kurang hemat dlm sesuatu pekerjaan yg berbahaya tentu akan mendapat kesusahan; tentang ~ dgn ~ prb berhadapan satu sama lain; mata-mata 1. polis; 2. Id penyuluh; ~ gelap polis rahsia, penyuluh; ~ khas polis yg mempunyai tugas-tugas tertentu (pd zaman darurat); ~ tentera polis tentera (utk mengawasi tatatertib tentera); memata-matai 1. mengawasi secara diamdiam (gerak-geri seseorang dll), mengamat amati: mereka disuruh mencari rahsia kita, ~ segala sikap dan gerak-geri kita; 2. Br membaiki siratan jala (jaring dll); termata-mata jelas sekali kelihatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tajam I | 1. mudah memotong (mengerat, menghiris, melukai), mudah makan (pisau dll), lwn tumpul: parang yg ~; 2. runcing hujungnya, lancip: paku yg ~; 3. dapat melihat (mendengar, merasai, dll) dgn cepat atau dgn cekap: dgn menggunakan pendengarannya yg ~ sbg orang gunung, Rijnhaard dapat menggesek biola spt bapanya itu; 4. mudah menangkap atau mengerti (akal, fikiran), pintar, cerdik: ~ juga otak budak sekolah menengah ini; 5. kelihatan garang atau galak (pandangan, air muka): ia memerhati dgn pandangan yg ~; 6. keras atau pedas (kritikan, teguran, sindiran, dll): walaupun mulut Mak Siti itu ~ dan perkataannya pedas-pedas, hatinya baik juga; 7. boleh menyakiti (sabun, asap, asid, dll), dapat melukai: walaupun matanya tertutup oleh asap itu tiada sekali juga dikejapkannya, seakan-akan tidak pedih rasanya kena asap yg ~ itu; 8. menjadi genting, memuncak: pertelingkahan antara mereka semakin hari semakin ~; 9. kuat, berpengaruh: budi bahasa yg baik ialah satu drpd daya penarik yg ~ bagi pekedai; 10. jelas, ketara: ketidaksamaan taraf sosioekonomi akan memperlihatkan perbezaan yg ~ antara sektor; ~ akal = ~ fikiran pintar, cerdik; ~ mata lekas dapat melihat; ~ mulut suka mengeluarkan kata-kata yg pedas; ~ pendengaran lekas dapat mendengar; berapakah ~ pisau parang ~ lagi mulut manusia = keris lembing (pedang) tiada ~, ~ lagi lidah (mulut) manusia prb, kata-kata atau percakapan lebih menyakiti hati orang drpd dilukai dgn senjata tajam; yg ~ tumpul, yg bisa tawar prb, Mn a) kerana berkat ubat atau doa penyakit sembuh; b) kerana percakapan yg manis sengketa hilang; menajam menjadi tajam: keningnya berkerut dan cemas ~ matanya memandang kpd gadis di sisinya itu; menajamkan menjadikan tajam: pensel itu mesti ditajamkan; dia ~ telinga mendengar-dengar ke tengah rumah dan ke dapur; mempertajam menjadikan lebih tajam: pemakaian bahasa setiap hari dgn sendirinya akan ~ perasaan kita terhadap bahasa yg kita pakai; pembacaan yg luas dan mendalam pasti berfungsi ~ pemikiran; ~ sanding ki membesarkan perselisihan; adakah duri dipertajam prb a) orang yg cerdik tidak perlu diberi nasihat lagi; b) musuh tidak perlu diberi pertolongan; ketajaman hal atau sifat tajam: ia bertambah kagum dan ghairah memikirkan ~ otak gadis itu; penajaman perihal (proses, perbuatan dsb) menajamkan: ~ mata pisau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |