Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tali (kata nama)
Bersinonim dengan serat, benang, dawai, wayar, kabel, rafia, rantai, rotan, reben, kenur, ketaya, keluan, untai, tambang, temeralang;,
Kata Terbitan : bertali, bertalian, bertali-tali, mempertalikan, pertalian,

Puisi
 

Saya tak pandai memintal tali,
     Tali berpintal di tepi pintu;
Saya tak boleh membuat janji,
     Kerana janji selalu palsu.


Lihat selanjutnya...(93)
Peribahasa

Pecah kapi,
     putus suai.

Bermaksud :

Sesuatu yang tak dapat diperbaiki lagi; mencerita malu yang amat sangat. kapi = kerek, takal; suai = tali penarik, tali kapi.

 

Lihat selanjutnya...(49)

371

All men are mortal

Semua orang pasti mati.

Mana tali berpunca tak berhujung?

I just couldn't believe it when my brother passed away that morning. He was still young.But all men must mortal. Only God is immortal.

Aku tak percaya yang adikku pergi buat selama-lamanya. Dia masih muda. Namun mana tali berpunca tak berhujung? Hanya Tuhan sahaja yang daim.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pintalpilin, terpilin (tali dll); tali ~ tali yg ter­pilin; berpintal-pintal berpilin-pilin (dawai, rambut, dll), berpiuh-piuh; memintal 1. memilin supaya jadi tali: ~ tali rami; 2. membuat benang, mengantih: perusahaan-perusahaan ~ benang dan menenun kain kapas; pemintalan 1. hal atau perbuatan memintal; 2. perkakas (tempat dll) memintal; pemintal 1. perkakas utk memintal benang atau tali, pengantihan; 2. orang yg memintal (benang, tali dll): ia ~ tali.Kamus Dewan Edisi Keempat
tali I1. serat yg dipintal panjang-panjang: ~ itu dibuat drpd sabut kelapa; 2. benda yg halus panjang-panjang utk mengikat sesuatu: bungkusan itu diikat dgn ~ pisang; ~ agas = ~ anggas = ~ kala = ~ keleleh = ~ senam = ~ singkil tali yg dipegang oleh perempuan ketika bersalin; ~ air a) saluran utk mengalirkan air ke sawah dll; b) = ~ arus aliran arus (air); c) ark pengairan (sawah dll); ~ alir tali kail utk menangkap buaya; ~ alit = ~ gasing = ~ sering tali utk memusingkan gasing; ~ ambin tali pengikat beban; ~ anduh kain dll yg digunakan utk menggantungkan tangan yg patah ke bahu; ~ api (api-api) tunam, murang, sumbu; ~ ari-ari tali pusat; ~ barut a) tali pembebat (pembarut); b) tali pinggang; c) ki orang yg menjadi ampama orang lain, barua; ~ batung selepang tempat menyisipkan peluru; ~ bawat tali yg diikatkan pd palang layar (utk menggerakkan layar supaya mendapat angin); ~ belati tali buatan Eropah (drpd sisal); ~ besi ark tali drpd besi, kabel; ~ bicara ark Id telefon; ~ bosa (kap) tali utk menahan kabel (bergoyang dll); ~ bubut tali utk menurun-naikkan layar; ~ cemat tali utk menunda (menarik) perahu dll; ~ dahi layar tali yg mengikat bahagian layar yg di sebelah atas; ~ dogang tali yg dipegang apabila hendak mengimbangkan perahu dgn badan; ~ duga (penduga) tali utk menentukan dalamnya laut; ~ gantung tali utk menggantung orang (yg dihukum mati); ~ kail tali tempat diikat mata kail; ~ kajai (kejai) tali leher kuda (kalung kuda); ~ kang (kekang, kendali, tum) tali utk mengemu­dikan kuda; ~ kelat a) tali utk menarik layar; b) tali utk menarik pohon yg ditebang; ~ keledar tali yg dipasang pd pinggang dsb utk keselamatan (dlm kapal terbang, kereta, dsb); ~ kendit (kemendit) tali pinggang (drpd kulit dll); ~ kipas tali yg berupa gelung yg dibuat drpd getah, bahan sintetik dsb yg memusingkan kipas utk menyejukkan enjin kereta dsb; ~ ladung tali tempat bergantung batu unting; ~ leher jalur kain sutera, linen dsb yg dipakai di bawah kolar kemeja dan tergantung di dada; ~ leher kupu-kupu tali leher yg diikat dgn cara simpul pulih; ~ lenggang tali utk me­negakkan tiang layar; ~ liung sj selempang tempat menyisip peluru; ~ pendarat tali yg menambatkan kapal dll ke pangkalan; ~ pendendang tali yg mengikatkan andang-andang pd tiang layar; ~ pengandak (setop, setu) tali utk mengecilkan layar; ~ pengang­guk tali utk menggantungkan layar; ~ perampat tali utk mengikat kemudi pd tiang goyang; ~ perimping (aris, eris, ris) tali pd tepi layar supaya layar jangan koyak; ~ persaudaraan hubungan persaudaraan; ~ perut a) usus; b) = ~ benang tali yg mengikat pelana (ringga) ke perut kuda (gajah); ~ pinggang tali utk mengikat seluar supaya jangan lucut (drpd kulit dll); ~ pupuh tali yg direntangkan utk menandakan kawasan la­rangan atau pantangan; ~ pusar Id a) = ~ pusat bahagian usus yg menghubungkan bayi dgn urinya; b) bahagian buah yg menghu­bungkan biji dgn kulit buahnya; ~ rafia a) tali drpd serat pelepah rafia; b) tali yg diperbuat drpd plastik dlm pelbagai warna utk mengikat barang, kotak dsb; ~ relap tali yg diberi berambu-rambu (berjurai-jurai) utk menghalau ikan; ~ sas tali yg mengikat pelana kuda supaya jangan tergelongsor ke hadapan; ~ sauh tali utk mengikat sauh; ~ sawar tali utk menghela kerbau; ~ sawat jalur tali bundar atau bulat yg digunakan utk menggerakkan bahagian tertentu mesin dsb; ~ semberang (sidai, penyidai kain) tali utk ampaian kain; ~ sepatu (kasut) tali utk mengikat kasut; ~ sira tangga drpd tali; ~ sifat a) tali hitam utk menandai kayu yg akan digergaji; b) tali pd batu unting; ~ suai tali yg menyangga layar; ~ tajuk tali utk mengikat dayung pd bibir perahu; ~ tandur tali utk menurun-naikkan bidai; ~ tangsi tali (benang) yg dilumas dgn lilin utk tali kail; ~-temali bermacam-macam tali di kapal (perahu); ~ tudung a) tali yg diikatkan ke dagu; b) jambang yg nipis sampai ke bawah dagu; ~ tep pita utk mengukur; ~ tunda tali utk menunda perahu dll; ~ ulang tali yg digunakan melalui beberapa kapi; ~ di dlm bungkusan, digerek tikus apa guna­nya prb seorang perempuan yg dlm pingitan telah melakukan perbuatan salah dgn diam-diam; ~ jangan putus, kaitan jangan sekah prb menyelesaikan sesuatu perkara hendaklah dgn seadil-adilnya; ~ yg tiga lembar itu tak suang-suang putus prb orang yg sekutu atau sebicara dlm sebarang hal ehwal itu selalu berjaya dlm pekerjaan; bagai ~ berlembar empat, bagai tungku sejerangan prb per­buatan yg dimesyuaratkan oleh empat orang atau difikirkan oleh seorang yg berilmu lagi berakal dan mahir tentulah jadi dgn sempurna; bagai menghela ~ jala prb melakukan sesuatu pekerjaan dgn hati-hati supaya tidak kerugi­an; digantung sehasta ~ prb perempuan yg ditinggalkan oleh suaminya dgn tidak diberi belanja dan tidak juga diceraikan; sepanjang-panjang ~, sekenyang-kenyang banting prb telah habis ikhtiar (tidak ada daya upaya lagi); sepanjang-panjang ~, tidak sepanjang mulut manusia prb sesuatu rahsia jika diketahui orang sebentar itu juga akan tersiar ke mana-mana; setali bersambung (berhubung) menjadi satu, berhubungan; bertali 1. ada talinya, memakai tali: pd bahunya tersandang sebuah bungkusan kain yg diberi ~ panjang; 2. = ki sudah ber­tunang­an (gadis), berikat; ~ arus banyak sekali (orang lalu lalang dll); ~ darah ada perhubungan keluarga dgn; ~ boleh diheret, bertampuk boleh dijinjing prb hal kejahatan yg cukup keterangan dan buktinya; diberi ~ panjang prb membiarkan memilih apa yg disukainya; tali-bertali bertali-tali; bertali-tali 1. ada kaitannya dgn, ber­hu­bung­an dgn: Ungku Tanjung itu ialah keluarga tali-bertali dgn Datuk Bendahara dan Yamtuan Besar; 2. sambung-menyambung, bersam­bung-sambung, terus-menerus, berterusan: di luar hujan masih ~; 3. berkait-kait, berjalin-jalin, berlibat-libat;bertalian ada kaitannya dgn, berhubungan, berkaitan: ketua-ketua agama mereka tidak lagi ~ atau berhubung dgn Paus di Rom; menali menangkap lembu (kuda dsb) dgn menggunakan tali: pertunjukan kemahiran ~ lembu, menunggang kuda liar dsb; mempertalikan 1. mengikatkan berbelit-belit: ia menyerah diri lalu dirantai di­per­tali-talikan; 2. mengait-ngaitkan dgn, meli­bat-libatkan dgn, memperhubung-hubung­kan, memperkaitkan, menjalin-jalin­kan: jangan di­pertalikan hal ini dgn perkara tadi; 3. meng­hubungkan (dgn), menyam­bungkan (dgn): jalan raya ini ~ Kuala Lumpur dgn Seremban; 4. menjadikan ber­tali-tali, me­nyambung-nyam­bungkan, meng­hubung­kan: bukankah yg ~ hati suami isteri itu kecintaan yg penuh diikat oleh kese­tiaan? 5. men­jo­doh­kan dgn, mengahwinkan: Ramli tidak ma­hu dipertali­kan dgn orang yg belum dilihatnya; talian 1. wayar dsb yg menjalinkan atau menghubungkan alat-alat atau pesawat-pesa­wat elektrik dsb: pastikan ~ mikrofon, alat pera­kam dsb semuanya teratur; 2. aliran (laluan atau sambungan) hubungan telefon; dalam ~ (Komp) a) berada di bawah kawalan langsung unit pemprosesan utama komputer; b) berada dlm keadaan giat dan bersambung terus pd sistem utama komputer; luar ~ (Komp) ber­ada di luar kawalan atau tidak lagi bersambung dgn sistem utama komputer atau unit pemprosesan utama komputer; pertalian 1. perhubungan (kekeluargaan, persahabatan, dll) perkariban, sangkut paut: apa ~ kita dgn dia, maka ia hendak memberi aku barang-barang? 2. rangkaian yg mem­punyai nilaian yg sama (spt 2x + 5=11), per­samaan; ~ batin perhubungan yg tidak kelihatan; ~ darah perhubungan kekeluargaan; ~ silatu­rahim perhubungan persahabatan (persau­daraan); penali 1. sesuatu yg digunakan utk mengikat, pengikat; 2. ark takrif, kesimpulan.Kamus Dewan Edisi Keempat
merelapmenangkap ikan dlm sungai dgn menggunakan perahu, jala, pancing dan tali: tali ~ tali berambu-rambu yg panjangnya selebar sungai dan direntangkan utk menghalau atau utk menakut-nakutkan ikan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
relap I; merelap menangkap ikan dlm sungai dgn menggunakan perahu, jala, pancing dan tali: tali ~ tali berambu-rambu yg panjangnya selebar sungai dan direntangkan utk menghalau atau utk menakut-nakutkan ikan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
punca I1. hujung (benang, obor, tali, dll); ~ tali kail hujung tali kail yg dipegang; 2. sudut kain (sebai, selendang, dll) yg lepas tergantung: terpandang ~ baju layang dlm tiang seri; ~ sebai hujung sebai yg tergantung; 3. tingkatan permulaan (pengetahuan), pengantar, pendahuluan (pengetahuan dll); kitab ~ usuluddin; perpustakaan sekolah mestilah berkhidmat sbg ~ pengajaran; 4. pangkal, perdu (asal mulanya, kerana, lantaran, sebab), pokok, tajuk (perbicaraan dll): ~ pertengkaran yg umum sekarang ialah soal-soal pilihan raya; harta akan terus menjadi ~ ketegangan yg hebat; ibu dan anak-anak yg sihat itu adalah satu drpd ~-~ kebahagiaan rumah tangga; apa ~nya apa sebabnya; mula ~nya mulanya (sebabnya); tidak tentu ~nya tidak tentu pokok persoalannya; tenggelam (kehilangan) ~ tidak tentu lagi pokok pemikiran (perbualan, pemikiran, dll); tidak tahu apa yg hendak dibuat; ~ ganda dua ( ) (spt 4 = 2), akar (Id); ~ ganda tiga (3 ) (spt 3 8 = 2 dll); ~ persamaan (Mat) nilai nombor yg tidak diketahui dlm ilmu hisab (spt 2n + 7 = 25 dll); 5. sumber, asal (berita, penghidupan, pendapatan, dll): berita ini diperoleh drpd ~ yg boleh dipercayai, matahari boleh dikatakan sbg satu ~ kehidupan; dinamo itu merupakan suatu ~ tenaga elektrik; wang yg didapati drpd segala ~; ~ hasil sumber pendapatan; ~ kekayaan sumber kekayaan; ~ pendapatan perkara yg mendatangkan pendapatan; berpunca; ~ drpd berasal drpd, bersumber drpd: masalah-masalah yg kita hadapi kini ~ drpd penjajahan juga.Kamus Dewan Edisi Keempat
hulur I; menghulur 1. membiarkan sesuatu (spt tali dll) lepas menjadi panjang, me­ngumbai: ~ tali kail; ~ tali layang-layang; 2. menjadi panjang, memanjang, mulur: plastik kalau ditarik boleh ~; 3. keluar memanjang, mengunjur: sebelah tangannya ~ keluar; 4. memanjangkan (umur, perbincangan, dll), mengundurkan masa, menunda-nunda: penu­karan jantung dapat ~ umur orang yg men­derita penyakit jantung; ~ perdebatan; 5. memberi sesuatu kpd seseorang dgn me­manjangkan tangan sedikit, mengun­jukkan: sambil ~ minuman dan buah-buahan ia merenungi muka suaminya; menghulur-hulur 1. memanjang-man­jang­­kan (waktu, perbicaraan, dsb), mena­ngguh-nangguh (janji, persetujuan, dsb); 2. Id, bp mentafsirkan (fasal dlm undang-undang, perjanjian, dll) mengikut kehendak sendiri (di­luaskan atau disempitkan mengikut kehen­dak sendiri); menghuluri memberikan (menyampaikan) sesuatu kpd: maka oleh Kapitan Mor di­suruhnya huluri cindai Tun Amat Ali dibawa­nya naik ke atas kapal; menghulurkan 1. melepaskan sesuatu (spt tali dll) agar menjadi panjang: maka tali pun dihulurkan ke bawah dan raga pun di­kosongkan; 2. mengeluarkan memanjang, menganjurkan, menjulurkan, menyembulkan (kepala dll): ~ lidah utk menjilat; lazimnya, batang tumbuh tegak ke atas dan ~ daun-daun ke satu arah yg sesuai utk mendapat sebanyak-banyak cahaya; ia meman­jang­kan badannya yg di bahagian haluan dan ~ kepalanya; 3. memanjangkan, memperpan­jang (masa, perbincangan, dll): jika perlu, waktu perundingan itu boleh dihulurkan sampai beberapa hari lagi; 4. mengun­jukkan, memberikan (dgn tangan dianjurkan): ia mengambil segelas air dan ~nya kpd suaminya; ~ pertolongan; 5. Mn menghan­tar atau membawa sesuatu utk: ~ makanan ayah ke kebun; 6. menuruti (kehendak, hawa nafsu, dll): jangan dihulurkan sangat kehendak orang itu; ~ tangan a) mengan­jurkan tangan (utk bersalaman dll); b) mem­berikan bantuan, membantu; c) berbaik-baik kembali; huluran sesuatu yg dihulurkan, bantuan, pemberian, pertolongan; penghuluran perihal atau perbuatan meng­hulur(kan).Kamus Dewan Edisi Keempat
kap Iark; tali ~ tali di kapal, tali bosa.Kamus Dewan Edisi Keempat
sipat Iarah; ~ kuping Jw berlari lintang-pukang; tali ~ tali utk mengetahui lurus tidaknya (sesuatu), tali pengukur; menyipat, menyipatkan mengukur (utk mengetahui lurus tidaknya) dgn tali sipat.Kamus Dewan Edisi Keempat
kang IIsingkatan bagi kekang; tali ~ tali ke­kang (tali utk mengarahkan atau mengen­dalikan jalan kuda); berkang dikekang.Kamus Dewan Edisi Keempat
busur1. kayu (buluh dll) yg dilengkungkan dan direntangkan tali utk melepaskan anak panah; anak ~ anak panah; tali ~ tali yg direntangkan pd busur; 2. alat utk membersihkan kapas drpd bijinya (dibuat drpd kayu dll yg dilengkungkan dan direntangkan tali); 3. Kl kayu dll yg direntangkan tali dan dipasang pd layang-layang supaya berbunyi;membusur 1. lengkung spt busur; 2. memanah dgn memakai busur; 3. membersihkan kapas dll dgn busur.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas