| kejangan | sj penyakit pd kaki (menyebabkan urat betis terasa spt ditarik-tarik), sakit ular-ularan: ~ otot di bahagian betisnya mengakibatkan rasa sakit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kekejangan | 1. = kejangan sj penyakit pd kaki (menyebabkan urat betis terasa spt ditarik-tarik), sakit ular-ularan: ~ otot di bahagian betisnya mengakibatkan rasa sakit; 2. keadaan kejang (kaku), kekakuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| singkat | 1. tidak panjang (waktu, umur, dll), pendek: kunjungannya sangat ~; kain pendek, tarik ke atas ~, tarik ke bawah senteng; 2. ringkas (berita, cerita, percakapan, dll): “Besok aku ke mari lagi,” katanya ~, lalu melangkah hendak pergi; 3. ki picik atau cetek (fikiran dll): orang-orang yg ~ pemikirannya dan yg sangat tamak terlalu ramai; ~ akal (faham, fikiran) tidak bijak, pendek akal, cetek akal, picik; ~ bayang alamat tidak panjang umur; ~ kata = ~nya pendek kata, pendeknya; ~ pengetahuan lekas mati; ~ sungu Mn (orang yg) pemarah; ~ tangan orang yg kedekut (kikir); ~ umur (usia) tidak panjang umurnya, lekas mati; ~ diulas, panjang dikerat prb yg kurang hendaklah ditambah sedangkan yg lebih hendaklah dikurangkan; ~ tidak terulas, panjang tidak terkerat prb tiap-tiap orang akan mati apabila telah sampai ajalnya dan kalau belum ajal berpantang mati; senteng dibilai, ~ diulas prb yg kurang ditambah dan yg pendek disambung; menyingkatkan 1. menjadikan singkat (pendek dll), memendekkan (waktu dll): kerana kekurangan wang, saya terpaksa ~ lawatan saya itu; 2. meringkaskan (karangan dll), mengikhtisarkan; mempersingkat menjadikan lebih singkat; singkatan, kesingkatan sesuatu yg disingkatkan, kependekan, ringkasan: ~ spt pakdr bapak, bu dr ibu, merupakan gejala umum dlm pemakaian bahasa; penyingkatan perihal menyingkatkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| senteng I | (sénténg) 1. pendek atau singkat (baju, kelambu, dll): spt kain pendek, tarik ke atas, singkat, tarik ke bawah , ~; 2. kekurangan (wang dll), tidak mencukupi: ~ wang; 3. bp sudah tidak menentu lagi ingatannya, cacau; menyentengkan 1. menjadikan senteng (pendek, singkat) sedikit, memendekkan; 2. menjadikan kurang (tidak cukup), mengurang-kan; kesentengan perihal senteng. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tarik-menarik | saling menarik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| tarik tali | acara atau pertandingan mengadu tenaga dgn menghela tali. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| tarik muka dua belas | bp tidak keruan air mukanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tarik layar | menaikkan layar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tarik harga | bp a) meletakkan harga yg tinggi; b) (bkn pihak yg menyedari bahawa dirinya dikehendaki ramai) mengambil kesempatan memilih atau mengenakan syarat-syarat tertentu kpd pihak yg menghendakinya; 2. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tarik(pull) | Lihat pop. | Kamus Komputer |