| tenaga kerja | orang yg mengerjakan sesuatu; pekerja; kakitangan: Wanita ialah ~ manusia yg belum dihargai sepenuhnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| intensif buruh | memerlukan atau menggunakan tenaga kerja yg banyak supaya dapat menjalankan sesuatu tugas dlm jangka masa yg singkat (bkn industri dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sumber(resource) | Komponen dalam sistem komputer ,seperti perkakasan, perisian, masa, tenaga kerja, dan wang yang perlu digunakan untuk melakukan sesuatu tugas. | Kamus Komputer |
| kerjantara | ark usaha mempertemukan orang yg mencari pekerjaan dgn orang yg mencari tenaga kerja (iaitu antara bakal pekerja dgn bakal majikan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| intensif | (inténsif) dgn giat dan sungguh-sungguh: pertanian dijalankan secara ~; latihan dlm bidang penangkapan ikan laut dalam hendaklah diadakan secara ~; penggunaan tanah yg terlalu ~; ~ buruh memerlukan atau menggunakan tenaga kerja yg banyak supaya dapat menjalankan sesuatu tugas dlm jangka masa yg singkat (bkn industri dsb); ~ modal memerlukan pelaburan sejumlah besar wang utk membeli jentera moden dsb dlm proses pengeluaran sesuatu industri dsb; mengintensifkan menjadikan intensif, memperhebat, mempergiat, memperkuat; keintensifan perihal (keadaan) intensif, intensiti; pengintensifan perbuatan mengintensifkan sesuatu usaha: ~ penyelidikan sains. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sawat II | pesawat (dlm kata majmuk): tenaga ~; kerja ~; pesawat 1. alat perkakas, jentera, mesin: banyak ~ moden digunakan utk membuat kerja itu; ilmu ~ ilmu mengenai alat jentera (mesin); 2. alat (tali, rantai, bahagian jentera, dsb) yg menggerakkan jentera dsb: jarum alat ini digerakkan oleh ~ tertentu; tali ~ tali utk menggerakkan jentera atau roda; 3. = ~ terbang = ~ udara kapal terbang: ~ PIA; ~ asap (wap) mesin yg dijalankan dgn tenaga wap; ~ capung Id kapal terbang kecil (utk berlatih dsb); ~ jet kapal terbang jet (digerak-kan dgn semburan gas yg terbakar, tidak dgn kipas); ~ peluncur sj kapal terbang yg tidak bermotor (berjentera); ~ pengebom (pem-buang bom, pelempar bom) Id kapal terbang yg digunakan utk menggugurkan bom; ~ pemburu kapal terbang yg dapat bergerak deras (digunakan utk mengejar kapal terbang musuh dll); ~ penempur kapal terbang utk bertempur; ~ pengintai kapal terbang utk mengintai di sesuatu kawasan dll; ~ radio radio (alat) utk menerima siaran radio; ~ telefon alat utk berhubung dgn telefon; berpesawat memakai pesawat (alat, mesin). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kolar I | bahagian baju (kemeja) yg berlipat di keliling leher: sebentar-sebentar dibetulkan tali lehernya dan ~ kemejanya; (kerja, pekerja, dsb) ~ biru (kerja, pekerja, dsb) yg berkaitan dgn pelaksanaan tugas-tugas yg lebih memerlukan kekuatan dan tenaga fizikal (spt kerja-kerja kilang dsb); (kerja, pekerja, dsb) ~ putih (kerja, pekerja, dsb) yg tergolong dlm bidang pengurusan (profesional, perkeranian, dsb) yg lebih memerlukan daya berfikir dan bukannya kekuatan tenaga; berkolar mempunyai kolar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| (kerja, pekerja, dsb) kolar biru | (kerja, pekerja, dsb) yg berkaitan dgn pelaksanaan tugas-tugas yg lebih memerlukan kekuatan dan tenaga fizikal (spt kerja-kerja kilang dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tenaga | 1 kekuatan utk memungkinkan seseorang melakukan sesuatu; daya: Dia tidak mempunyai ~ hendak membuat kerja itu. 2 = ~ kerja orang yg mengerjakan sesuatu; pekerja; kakitangan: Wanita ialah ~ manusia yg belum dihargai sepenuhnya. 3 kuasa yg dikeluarkan atau yg terdapat drpd sesuatu. ~ atom tenaga yg dikeluarkan oleh atom. ~ elektrik tenaga yg diperoleh drpd geseran atau drpd tindakan kimia. ~ gerak (kinetik) tenaga yg terdapat pd sesuatu yg bergerak (spt pd air yg mengalir). ~ haba tenaga dlm bentuk haba (utk memanaskan sesuatu). ~ ikatan ist tenaga yg diperlukan utk memutuskan ikatan dlm molekul. ~ kimia tenaga yg dimiliki oleh sesuatu bahan kimia, yg akan dibebaskan semasa tindak balas kimia. ~ kuda ukuran utk menyukat kekuatan enjin dll. ~ nuklear tenaga yg terhasil drpd tidak balas nukleus; tenaga atom. ~ pengajar orang yg ahli atau yg berkelayakan utk mengajarkan sesuatu mata pelajaran, bidang ilmu, kemahiran dsb. ~ pengionan ist tenaga minimum yg diperlukan utk menyingkirkan satu elektron drpd satu atom atau ion gas. ~ sawat (mekanik) tenaga yg terdapat pd mesin. ~ suria tenaga yg diperoleh drpd cahaya matahari. ~ wap (stim) tenaga yg diperoleh drpd wap. bertenaga mempunyai tenaga; berdaya: Dia tidak ~ lagi utk meneruskan perlawanan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| mengerahkan | 1. memanggil orang berkumpul utk mengerjakan (membuat) sesuatu beramai-ramai, mengumpulkan (rakyat tentera dll) utk menghadapi ancaman musuh dll: Australia telah ~ rakyatnya utk berkhidmat dlm tentera di seberang laut; 2. mengumpulkan (menyatukan) serta menggunakan (tenaga dll): ~ tenaga rakyat utk menyiapkan kerja-kerja pembukaan tanah baharu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |