| tenung | ilmu utk mengetahui sesuatu yg akan terjadi pd masa yg akan datang (melihat nasib, mencari barang hilang, dll), nujum, ramal; ilmu ~ ilmu tilik-menilik (nasib orang dll); juru~ = tukang ~ = pandai ~ orang yg pekerja-annya menilik nasib orang; membaca (membukakan) ~ = melihat dlm ~ menengok nasib orang dgn tenung; bertenung 1. membaca tenung, meramalkan, menelah: jikalau orang itu gempar kehilangan kerbaunya, katakan aku tahu ~ menentukan di mana tempat kerbau itu berada; 2. = ~ kpd meminta supaya diramalkan nasibnya pd; menenung 1. = menenungkan menilik nasib dll dgn tenung, meramalkan, menelah: marilah kita sekalian pergi kpd Pak Belalang minta ditenungkan; 2. melihat tepat-tepat, me-mandang, memerhati, menatap, merenung: dia mengelamun di kerusi ~ rumah depan; tenungan ramalan (nasib dll), telahan; penenungan perihal menenung; penenung tukang tenung, jurutenung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pandai tenung | orang yg pekerjaannya menilik nasib orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tukang tenung | orang yg pekerjaannya menilik nasib orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| juru tenung | orang yg pekerjaannya menilik nasib orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tilik | pelihatan (yg teliti dan sungguh-sungguh), tenung; kurang ~ kurang selidik, kurang teliti; pd ~nya pd pelihatannya, pd fikirannya (pandangannya); tukang ~ orang yg meramalkan sesuatu (spt nasib orang dll), jurutenung; menilik 1. melihat (mengkaji) dgn teliti, mengamat-amati: dibukanya album itu, ditilik-nya gambar-gambar di dalamnya satu per-satu; 2. melihat nasib (untung malang orang dll), merenung, meramalkan sesuatu, menelah: ia konon pandai ~, kita suruh lihat benarkah khabar orang itu; ~ ketika menelah baik buruk waktu dgn berpandukan sesuatu perhitungan; ~ nujum menelah sesuatu dgn berpandukan bintang; 3. mengawal, mengawasi, mengen-dalikan, menjaga: lembaga pengelola ~ perjalanan badan itu; 4. menganggap (sbg), menyifatkan (sbg); 5. = ~ kpd = ditilik drpd (kalau) memandang (mengingat) ..., (kalau) diperhatikan (ditinjau, diperhitungkan) drpd ...: ~ mukanya, begitulah tapi kalau umurnya tidak mungkin; kalau ditilik sepintas lalu memang benar perkataan engku-engku tadi; 6. menengok, mengunjungi: aku datang ~ ke sini, ke Solo sudah sampai khabar-khabar-nya kamu berdua sudah tidak berbaik lagi; tilik-menilik 1. saling menilik; 2. perihal menilik; ilmu ~ ilmu tenung; tilikan 1. pandangan, pelihatan: licin muka ~ manusia, suci hati ~ Tuhan; 2. tenungan, ramalan, telahan: ~nya tidak menyimpang, belum setahun berlalu kejadian telah berlaku; 3. = penilikan pimpinan, pengendalian, kawalan, pengawasan: Marah Adil dimintanya agar belajar berniaga lebih dahulu di bawah ~nya dan pimpinannya; penilikan 1. perihal atau perbuatan dsb menilik (menenung, meramal): beberapa orang pawang mengatakan dr ~ mereka si Tenggang masih hidup; 2. tilikan, pengawasan, kawalan; di bawah ~ di bawah kawalan; 3. pelihatan, pemerhatian, pandangan, pene-litian; ~ sains penelitian sains; pd ~nya pd pandangannya (pendapatnya); penilik 1. pengawas (sekolah dll), pengawal: sekolah-sekolah dikunjungi oleh ~-~ sekolah pd waktu-waktu tertentu; 2. orang yg menilik (menenung, meramal): datuk saya sebenarnya terkenal sbg ~ barang-barang yg hilang; 3. sl tepat tiliknya (tenungnya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| buka | 1. ukuran panjang dan lebar sesuatu, luas: sebuah gua yg luas, ~nya tiga puluh hasta dr kiri ke kanan dan tiga hasta dr atas ke bawah; ruang tamu itu ~nya 7m × 5m; 2. jarak lintang sesuatu: ~ jalan itu tiga depa; jambatan yg sedang dibina itu ~nya 10 meter;berbuka = ~ puasa mengakhiri puasa dgn makan dan minum ketika masuknya waktu maghrib;membuka 1. menjadikan tidak tertutup (bertutup): ~ almari; ~ ungkusan; ~ mata; ~ peti; ~ pintu; ~ tabir; 2. menanggalkan, melucutkan: ~ baju (pakaian); ~ kupiah (songkok, topi, dll); ~ kasut; 3. melepaskan, menguraikan, menetaskan: ~ buhul; ~ simpul; ~ tali; 4. membentangkan, mengembangkan: ~ tangan; 5. bp menghidupkan (lampu, kipas, radio, dsb) dgn memetik suisnya, memasang; 6. menebang-nebas (utk membuat atau mengusahakan sesuatu), merintis, meneroka; ~ hutan menebang kayu-kayan utk dijadikan tempat menanam dll; ~ jalan a) menebas semak dll utk membuat jalan; b) membenarkan orang (kenderaan dsb) lalu, memberi jalan; c) ki pertama-tama mengerjakan sesuatu (yg memudahkan usaha seterusnya oleh orang lain), merintis jalan, memelopori; d) memastikan kemungkinan (mendapat sesuatu yg dipohon dsb), memberikan panduan; ~ kebun menebas semak dll utk dijadikan kebun; ~ negeri menebas hutan utk dijadikan negeri; ~ tanah menebas hutan utk mendapat tanah bagi pertanian; 7. memberikan, mengadakan (peluang dll): ~ peluang pekerjaan yg luas kpd penduduk; 8. memulai atau memulakan (sesuatu), mula menyelenggarakan (menguruskan, menggerakkan, dsb); ~ bicara = ~ kata memulakan bicara; ~ mesyuarat (perundingan, rapat, sidang) memulai mesyuarat dll; ~ kedai (toko, perusahaan, sekolah) memulakan kegiatan kedai dll; ~ serangan memulakan serangan; 9. mendedahkan, memperlihatkan: ~ hati; ~ rahsia (tembelang); ~ warna; ~ faal melihat tenung (utk meramalkan); 10. menimbulkan rasa ingin atau mahu melakukan sesuatu (spt makan dll): ~ selera (nafsu dsb); 11. mengumumkan dgn rasmi (bahawa sesuatu itu sudah sedia utk digunakan dsb), merasmikan: Menteri Pendidikan akan ~ bangunan baru sekolah itu; 12. membenarkan (memberi peluang kpd) orang ramai utk menyertai (menyaksikan dsb): pameran ini dibuka kpd orang ramai dr pukul 9.00 pagi hingga pukul 9.00 malam; ~ hati menimbulkan perasaan ingin akan sesuatu; ~ langkah seribu lari meninggalkan sesuatu tempat (kerana takut dsb); ~ mata a) meluaskan pandangan serta pengalaman dgn melawat tempat orang; b) menyedarkan, menginsafkan; ~ mulut a) bercakap, berkatakata, mengeluarkan kata-kata; b) mengadukan hal kpd seseorang yg difikirkan boleh memberi bantuan (mengambil tindakan sewajarnya dsb); ~ pintu ki memberikan peluang (kesempatan), tidak menyekat; ~ telinga mendengar baik-baik;membukai 1. membuka utk: tidak dibukai pintu utk ia masuk; 2. membuka banyak kali: ~ segala beg untuk pemeriksaan kastam; membukakan 1. membuka: ~ mata; 2. membuka utk: dia ~ suaminya pintu; dibukakan oleh isterinya dan ia pun masuk; terbuka 1. tidak tertutup (bertutup), terdedah; 2. terlepas, terurai, tertetas (ikatan, jahitan, dsb); 3. terkembang, terbentang (layar, payung, dsb); 4. terluang, ada (peluang pekerjaan dsb), tersedia: peluang pekerjaan ~ luas kpd anak-anak muda di kawasan perusahaan luar bandar; 5. telah dilihat (diketahui) orang (rahsia dsb), terdedah, terbongkar: rahsianya telah ~; 6. tidak terhad (tersekat) kpd orang tertentu sahaja; rapat ~ rapat yg boleh dihadiri oleh setiap orang; rumah ~ rumah yg dapat dikunjungi oleh semua orang biasanya pd hari-hari perayaan tertentu spt Hari Raya Aidil Fitri dsb); surat ~ surat kpd orang tertentu tetapi dihantar utk disiarkan dlm akhbar (sbg menyatakan bantahan dsb); ~ kpd dibenarkan (boleh) disertai oleh (orang yg dinyatakan dsb); 7. secara terang-terangan, tidak secara rahsia, tidak tersembunyi; perang ~ perang secara terang-terangan (bukan perang gerila dsb); 8. terus terang (sikap, kelakuan); 9. senang dan lega (fikiran, hati, dsb), lapang: fikiran yg ~; 10. luas: pandangan yg ~; laut ~ laut yg luas; 11. mudah menerima (pengaruh luar dsb), terdedah: masyarakat di pinggir bandar lebih ~ kpd pengaruh kemajuan di bandar; 12. timbul keinginan utk melakukan sesuatu (spt makan dsb): ~ nafsu (selera); ~ di hati terasa (timbul, terlintas) dlm hati (sanubari); ~ rezeki, mudah mendapat rezeki, murah rezeki; dgn tangan ~ a) dgn murah hati; b) dgn senang hati, dgn rasa gembira; keterbukaan perihal terbuka (hati), sikap berterus terang, perihal atau sikap sedia melayani atau menunjukkan minat kpd apa sahaja pengaruh (unsur, rangsangan, dll); bukaan (Fiz) lubang (biasanya bulat) pd kamera (teropong kembar dsb) yg mengawal banyaknya cahaya yg masuk; perbukaan makanan dan minuman yg disajikan utk berbuka puasa; pembukaan perihal atau perbuatan membuka, permulaan; pembuka 1. orang yg membuka; 2. alat utk membuka (sesuatu): ~ botol; ~ surat; 3. awal, permulaan: ~ kata; ~ jalan a) perintis, pelopor; b) sesuatu yg memberikan atau mengadakan peluang (kesempatan); ~ jalan fikiran sesuatu yg menimbulkan kesedaran: petunjuk Allah adalah ~ jalan fikiran dan penyuluh hidup yg sebenar; ~ langkah sesuatu yg memulakan (kegiatan dll); ~ mata sesuatu yg menyedarkan orang atau pihak yg tertentu drpd kesilapan, kekurangan atau sesuatu yg tidak diketahui sebelum ini: kebangkitan pemain senior yg menyerlah dlm beberapa kejohanan besar menjadi ~ mata masyarakat tempatan dan antarabangsa; ~ pintu sesuatu yg memberi kesempatan kpd, sesuatu yg merintis jalan kpd; ~ selera makanan yg boleh mendatangkan selera. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| runut | bekas tapak kaki dll, jejak, alur di tanah (bekas roda pedati dll): ~ harimau; ~ kereta; mendapat ~ mendapat keterangan (bkn perkara yg sedang diselidiki; putus ~ kehilangan jejak (bekas); songsang ~ Mn sj tenung; merunut, merunuti 1. mengikuti (menuruti, mengekori) jejak, mengesani: dirunutinya tapak itu sampai ke hujung kampung; 2. ki menyelidiki (mengusut) perkara dll: ~ perkara kecurangan dlm pembinaan rumah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bintang I | 1. salah satu cakerawala (yg beribu-ribu banyaknya) yg mengeluarkan cahaya dan kelihatan berkelip-kelip di langit pd waktu malam: di langit tiada bulan yg mengambang dan tiada ~ yg mengerlip; 2. gugusan bintang yg merupakan lukisan (benda atau binatang): ~ biduk; ~ pari; 3. rasi (dua belas gugusan bintang dlm mintakulburuj atau garis lengkung di langit): ~ mayang (virgo); 4. nasib, untung; ~nya sudah jatuh nasibnya sudah mulai buruk; 5. pingat (tanda kebesaran atau jasa): beliau dikurniai ~ kehormatan kerana jasanya kpd masyarakat; 6. benda (lukisan) yg menyerupai bintang: bendera bulan ~; ~ tanjung; 7. orang yg terkemuka (terkenal) dlm lapangan sukan (filem dll): ~ bola sepak; ~ filem; ~ radio; ~ barat (timur, johar, kejora, pagi, zorah, babi penganjur) bintang yg kelihatan terang pd petang dan dinihari; ~ belantik (tiga beradik) gugusan bintang tiga buah yg tampak besar dan terang; ~ beralih = ~ gugur bintang yg berpindah atau jatuh; ~ berapit dua bintang yg berdekatan; ~ berasap (berekor, berbuntut, berkotek, sapu) bintang yg tampak spt berekor atau berasap; ~ beredar (siarah, sayarat) planet yg berada di cakerawala spt planet Marikh, Musytari, Zuhal, Utarid, dll; ~ biduk (jong) gugusan tujuh bintang yg kelihatan di langit Hemisfera Utara; ~ dua belas zodiak; ~ gandingan pelakon yg digandingkan dgn pelakon lain yg sama pentingnya dlm sesebuah filem; ~-gemintang (-kemintang, -mintang) berbagai-bagai bintang; ~ hati kekasih; ~ kala sj gugusan bintang; ~ laut sj binatang laut (bentuknya spt bintang); ~ mayang sj gugusan bintang; ~ pari (tohok) gugusan bintang yg berupa salib; ~ sapu bintang berasap; ~ tanjung Id tanda pangkat tentera atau polis yg menyerupai bintang (drpd emas atau perak); B~ Tiga golongan komunis yg hendak merampas kekuasaan di Tanah Melayu pd masa kekalahan Jepun; ~ tujuh gugusan bintang yg tujuh banyaknya; ilmu ~ ilmu falak, astronomi; ~ di langit dapat dibilang, tetapi arang di mukanya tak sedar prb kesalahan orang lain tampak, kesalahan sendiri tidak sedar; sepuluh ~ bertabur, bolehkah sama dgn bulan yg satu prb tempat menambatkan kasih sayang yg sesungguhnya itu tidak dapat diganti (walaupun berpuluh penggantinya); sebintang serasi, sesuai, secocok;berbintang ada bintang, mempunyai (memakai dll) bintang: langit tiada ~; ~ gelap bernasib buruk, sial; ~ naik baru mula mujur; ~ terang bernasib baik, mujur; berbintang-bintang 1. banyak bintangnya (di langit dll): langit bersih ~; 2. = bintang-bintangan berpendar-pendar, berkunang-kunang (mata): apabila aku keluar bilik itu, pandanganku ~; 3. = bintang-bintangan berlubang-lubang dan ditembusi cahaya (atap, dinding, dll): dia mendongak melihat atap rumah yg ~ itu;membintangi memainkan peranan sbg bintang (filem, sandiwara, dsb): seniwati yg ~ peranan Puteri Bidasari;bintangan 1. bintang tiruan; 2. ark gugusan bintang;perbintangan ilmu bintang, ilmu tenung (ramalan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tukang I | 1. orang yg mahir dlm sesuatu pekerjaan tangan, pandai; ~ besi orang yg pandai membuat alat drpd besi (parang, pisau, dll); 2. orang yg pekerjaannya membuat (menjual, mengurus, dll) sesuatu yg tertentu: ~ catat; 3. orang yg suka atau biasa melakukan sesuatu (yg umumnya kurang baik); ~ copet orang yg gemar mencopet; 4. ahli (sbg kata cemuhan); ~ kritik orang yg gemar mengkritik orang lain; ~ air penjual atau pengangkat air; ~ ampu orang yg suka mengampu (bermuka-muka dgn ketuanya dll); ~ andam orang yg pandai mengandam pengantin biasanya pengantin perempuan); ~ api orang yg menjaga api (di kapal dll); ~ arloji orang yg pekerjaannya membaiki jam; ~ asah sl orang yg pandai mengasah gigi; ~ bang bilal, muazin; ~ batu orang yg pandai membuat perkakas drpd batu; ~ beca penarik beca; ~ bendera = ~ kebut Id penjaga garisan (dlm permainan bola sepak dll): ~ botol = ~ loak orang yg membeli dan menjual barang-barang lama; ~ canai tukang mengasah pisau dll; ~ catut broker (cangkau); ~ cerita orang yg suka bercerita; ~ cetak orang yg pekerjaannya mencetak (buku dll); ~ cuci dobi, penatu; ~ cukur orang yg pekerjaannya mencukur (janggut, rambut, dll); ~ daging penjual daging; ~ dobi pencuci kain (pakaian); ~ elektrik orang yg memasang dan membaiki alat-alat elektrik; ~ emas orang yg pandai membuat barang-barang perhiasan dll drpd emas; ~ es Id penjual air batu (aiskrim); ~ gambar orang yg kerjanya mengambil gambar dgn kamera; ~ gerobak orang yg pekerjaannya menjalankan gerobak; ~ gunting orang yg pekerjaannya meng-gunting rambut; ~ hias jurusolek (pesolek); ~ ikan penjual ikan; ~ jahit orang yg pekerja-annya mengambil upah dgn menjahit; ~ karang orang yg mengarang(kan) sesuatu (lagu, cerita, dll); ~ karut orang yg paling penting dlm persembahan dikir barat yg menyampaikan lagu dan pantun secara spontan dan agak rancak; ~ kasut = ~ sepatu orang yg pandai membuat (membaiki) kasut; ~ kayu orang yg pandai membuat barang-barang (kerusi, meja, dll) drpd kayu; ~ kebun orang yg menjaga kebersihan kawasan rumah (sekolah dll); ~ kelarah orang yg pandai sedikit-sedikit membuat bermacam-macam kerja tetapi tidak mahir betul; ~ kereta orang yg pandai membaiki kereta; ~ korek orang yg suka mengkritik (mencela, mencari kesalahan, dll); ~ lelucon pelawak; ~ mabuk pemabuk; ~ masak orang gajian yg kerjanya memasak; ~ pangkas tukang gunting; ~ pedati orang yg pekerjaannya menjalankan pedati; ~ pidato orang yg pandai berpidato; ~ pos penghantar surat-surat pos, posmen; ~ rumah orang yg kerjanya membina atau membaiki rumah; ~ sapu orang yg kerjanya menyapu sampah; ~ sate orang yg menjual sate; ~ sampah orang yg mengangkat sampah; ~ sayur penjual sayur; ~ sihir orang yg pandai membuat sihir, ~ serobot orang yg suka menyerobot; ~ silap mata pemain silap mata; ~ sukat pekerja yg menyukat (mengukur) tanah dll; ~ sunat mudin; ~ susu penjual susu; ~ tadah orang yg menerima barang-barang curian; ~ tenun penenun kain dll; ~ tenung ahli nujum; ~ ternak wang orang yg meminjamkan wang dgn mengambil bunga; ~ ubat penjual ubat; ~ urut orang yg pandai mengurut; ~ wang orang yg menjaga urusan wang (di pejabat dll); ~ warung orang yg mempunyai warung (tempat menjual barang makanan dll); ~ tidak membuang kayu prb orang yg cerdik sayang kpd sekalian macam orang kerana tiap-tiap mereka itu ada gunanya; bertukang, menukang mengerjakan pekerjaan tukang (membuat barang-barang dll): aku tahu dia banyak kebolehan, menulis, melukis dan ~; tukang-menukang segala yg berkaitan dgn pekerjaan tukang (membuat barang-barang dll); menukangi mengerjakan sesuatu sbg tukang: ia menyuruh membuat pancapersada tujuh tingkat, lima kemuncaknya, terlalu indah-indah perbuatannya, Batala ~nya; ketukangan kepandaian bertukang, keahlian bertukang: sepatutnya engkau menunjukkan ~ engkau kpd aku; pertukangan 1. perihal bertukang; sekolah ~ sekolah utk melatih orang menjadi tukang; 2. pekerjaan bertukang: ada baiknya ~ bangsa sendiri itu dihidupkan semula; 3. persatuan (himpunan) para tukang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |