| arca | 1. patung yg menyerupai seseorang atau sesuatu (terutama dibuat drpd kayu, batu, dsb): memahat ~ seorang tokoh terkenal di dunia; 2. bayang yg terlihat di dlm cermin atau melalui kanta kamera, imej: melihat ~ diri sendiri di dlm cermin; 3. bayang-bayang yg terlihat ketika seseorang itu berkhayal: dia lantas bangun menghampiri almari pakaiannya, tempat ~ lelaki tadi terdiri gagah; 4. bentuk cahaya yg ditumpukan pd retina mata, imej: mata manusia ‘menyimpan’ ~ sesuatu benda yg baru sahaja dipandang dlm tempoh yg pendek; 5. gambaran dlm fikiran atau pertalian fikiran yg dihasilkan di dlm karya sastera (terutama dlm puisi), imej; 6. (Komp) gambar atau lambang kecil pd paparan komputer yg digunakan sbg wakil sesuatu objek; mengarcakan menghasilkan arca (patung): tukang pahat itu sedang ~ wajah seorang seniwati;kearcaan bersifat (mempunyai ciri-ciri) arca: bentuk puncak ini agak ~ sedikit; pengarcaan proses menghasilkan arca;pengarca pembuat (pereka, pengukir) arca: Zafaruddin Zainuddin merupakan barisan ~ Anak Alam yg paling giat berkarya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lihat | pandang, tengok; salah ~ salah (silap) pandang; berlihat-lihatan saling memandang, berpandang-pandangan; melihat 1. nampak apabila memandang, tidak buta, celik: ia tidak dapat ~ lagi kerana matanya sudah kabur; 2. memandang (menengok, menonton, dll) dgn menggunakan mata: mereka pergi ke tepi pantai ~ kapal yg terdampar itu; 3. menilik, meramal (nasib dll): ~ nasib; 4. membuat kesimpulan dgn menggunakan pancaindera, memaklumi (mengetahui dsb) dgn atau setelah melihat (mendengar dsb), meninjau: setelah ~ raja murka itu segalanya orang besar-besar semuanya takut gementar tulangnya; dlm hal ini kita cuba ~ beberapa sebab tersebut; dilihat dr sudut bahasa, beliau tidak menyambung pencapaian bahasa dlm cerpen-cerpen Keris Mas; 5. melawat (orang sakit dll), menziarahi: ~ orang sakit; ~ bulan datang haid; melihat-lihat melihat sesuatu secara santai, sambil lalu, bersenang-senang dsb: kemudian aku duduk sambil ~ apa yg terdapat di dlm bilik baginda itu; kami mengambil peluang utk ~ sekitar kawasan pondok yg menempatkan pelajar lelaki itu; melihati memerhati dgn teliti, memandang dgn sungguh-sungguh, mengamat-amati: panjat olehmu, lihati apa halnya mayang itu; melihatkan melihat akan, memandang kpd: ia berasa sedih ~ ibunya bekerja keras; memperlihatkan 1. menunjukkan supaya dilihat: Bonda Kandung mulai makan hati berulam jantung, makin tidak kuasa ~ muka kpd orang; 2. menampakkan, menunjukkan, mendedahkan kpd pandangan atau tanggapan orang: drpd raut mukanya, ternyata Tengku Aniah tidak ~ umurnya yg sebenar; dunia abad ke-20 ~ kemajuan ilmu yg sangat pesat; terlihat 1. = kelihatan boleh (dapat) dilihat, nampak: kesedihannya ~ nyata pd mukanya; semua perbezaan ini ~ melalui bahasa; 2. telah dilihat, diketahui: setelah ~ benda itu segera diambilnya; 3. terpandang dgn tidak sengaja, terpandang (bukan kerana niat utk memandang): ketika berpaling ~ padanya bagaimana orang yg duduk di sampingnya itu mengerling; lihatan apa yg dilihat: pengalaman yg ditempuh dinyatakan melalui imej rasaan dan ~; ~nya dlm kegelapan itu berpusar dan terus berpusar; kelihatan 1. dapat dilihat, tampak: hari itu redup dan muram, matahari belum ~ sejak empat jam tadi; 2. = kelihatannya nampaknya, pd lahirnya, rupanya: Datuk Empat Ujang ~ termenung; 3. diketahui, jelas, ternyata: ~ benar apa tujuannya; pelihatan, penglihatan 1. kuasa (pancaindera) utk melihat, kebolehan melihat: dia terpaksa berhenti drpd pekerjaannya atas nasihat doktor kerana ~ matanya rosak; 2. apa yg dipandang, pandangan: Hang Tuah ini pd ~ku bukan sebarang orang; 3. perihal melihat: tajamkanlah perasaan, ~ dan fikiran tatkala menghadapi musuh-musuh itu; pelihat orang yg pandai meramal atau menilik apa yg akan berlaku (terjadi dll); penglihat 1. = penglihatan kuasa (pancaindera) utk melihat; 2. orang yg pandai meramal (menilik dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| nampak | 1. dapat melihat (menengok): mereka tidak ~ siapa yg mengambil surat itu tadi; 2. boleh (dapat) dilihat, kelihatan, tampak: rumahnya tidak ~ dr sini; tak ~ muka hidung tidak kelihatan langsung; ~ belang diketahui hal (keadaan, maksud, dll) yg sebenarnya; ~ dekat hanya dapat melihat dr dekat (tidak boleh melihat jauh); nampaknya rupa-rupanya: ~ kita tidak terdaya lagi membebaskan diri drpd semua ini; menampak melihat, menengok: para pelakon di belakang cermin ini boleh dinampak oleh penonton; menampakkan menunjukkan, memperlihatkan: pandangan awal mungkin ~ seolah-olah semua bahan yg wujud perlu diambil kira; ~ diri memperlihatkan (menunjukkan) diri, muncul sehingga atau supaya dapat dilihat; ternampak 1. sudah dilihat, terlihat: kerjaku ini ~ oleh datuk sarjan; 2. dapat dilihat, kelihatan: ia memerhatikan kalau-kalau ~ sebuah kuala sungai; ternampak-nampak seolah-olah nampak pd pandangan mata, terpandang-pandang, terbayang-bayang;ternampakkan terlihat akan, terpandang akan: dia ~ Razman yg sedang berjalan; kenampakan dapat dilihat, kelihatan, ketahuan: kemarahan ibu telah ~; ® tampak I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pandang | 1. lihat (sambil memerhatikan); beradu ~ bertemu mata, berhadapan muka; membuang ~ a) memalingkan muka, melihat ke tempat lain; b) = melayangkan ~ melihat jauh-jauh; seimbas (selayang) ~ melihat dgn sekali imbas (sepintas lalu); 2. bp memandang; ~ ringan menganggap sepi atau tidak penting; alat ~ dengar alat utk mengajar melalui pelihatan dan pendengaran (mis pita rakaman, televisyen, dll); ~ tilik pendapat (fikiran); ~ tinggi menganggap mulia (berharga dll); ~ anak, ~ menantu prb memilih menantu biar sepadan dgn anak; ~ jauh dilayangkan, ~ dekat ditukikkan prb Mn memeriksa sesuatu dgn cermat (teliti); berpandangan, berpandang-pandangan saling melihat, berlihat-lihatan, berhadapan muka: maka ~lah segala rakyat bala tentera; mereka semua berpandang-pandangan sejurus; ~ dgn berhadapan dgn; ~ mata bertemu mata; ~ muka berhadapan atau bertemu muka; memandang 1. menggunakan mata utk mengetahui, melihat seraya mengendahkan, memperhatikan, mengamati: dipandangnya bangunan yg tiga tingkat itu; segala perempuan yg ~ itu semuanya tertawa gelak-gelak; 2. menganggap: Wan Derus dipandang sbg seorang ketua; 3. memikirkan, mempedulikan, memerhatikan: keadilan tidak ~ pangkat atau harta; 4. menghormati, menghargai: ia dipandang orang di kampung itu; ~ berat menganggap sesuatu bukan sbg perkara kecil atau tidak penting, memberikan perhatian dgn penuh kesungguhan; ~ enteng (gampang, mudah, ringan, sepi) menganggap enteng (gampang dll), menganggap tidak penting; ~ hina (rendah) a) menganggap hina (rendah); b) menghinakan (merendahkan); ~ jauh (ke hadapan) memberikan perhatian kpd atau memperhitungkan perkembangan (kepentingan dsb) jangka panjang; ~ kpd mengambil kira akan, memperhitungkan, memikirkan; ~ serong menganggap tidak jujur, tidak mempercayai; pandang-memandang 1. berpandang-pandangan, saling memandang: masing-masing ~; mereka ~ ; 2. saling menghormati (menghargai dll), hormat-menghormati, segan-menyegani, dll: hidup berjiran begini, kita harus ~; memandangi memandang dgn teliti, melihati, mengamati: isterinya tegak juga di situ ~nya bekerja; terpandang 1. dapat dipandang, terlihat, kelihatan: ~lah si anak itu telah terjeringing; tidak ~ a) tidak terlihat (kelihatan); b) tidak dapat dipandang sahaja begitu, tidak dapat dibiarkan begitu; 2. tidak sengaja atau tiba-tiba memandang (kpd, pd): serta ia ~ muka Tuan Raffles; 3. terkemuka, terbilang, disegani, dihormati: ia hendak menjodohkan anaknya dgn orang yg ~; terpandang-pandang seakan-akan tampak, teringat: dlm seminggu selepas perpisahan itu, ~ saya akan rupanya; terpandangkan terpandang akan: apabila ~ Milah yg sedang muncung, dia cepat-cepat mengalih mukanya; memandangkan memikirkan, (apabila) mempertimbangkan atau memperhitungkan: ~ pengalaman puan selama ini, saya dgn sukacitanya melantik puan sbg ahli jawatankuasa Kongres Cendekiawan Melayu III; pandangan 1. hasil perbuatan memandang: ia memusatkan ~nya pd gadis itu; mencuri ~ memandang dgn tidak diketahui orang; 2. apa yg terlihat (tergambar) di mata, hasil perbuatan memandang: dgn mendekatkan mata pd kanta itu, kita nampak satu ~ yg luas; wang hantaran ini dikeluarkan sahaja buat ~ orang ramai; 3. a) yg menjadi perhatian: anak muda itulah yg menjadi ~nya; b) ki yg dihormati (dicita-citakan dll): dialah ~ orang di kampung itu; 4. anggapan, pendapat, tanggapan, fikiran: ~nya terhadap Aini tidak berubah; ~ hidup pendapat tentang hidup, falsafah hidup; ~ politik pendapat terhadap politik, falsafah politik; berpandangan mempunyai pandangan (bahawa), berpendapat: ia ~ bahawa nilai karya sastera harus dilihat drpd aspek etika dan agama; mereka juga ~ sama tentang perkara ini; ~ jauh mempunyai hematan dan kebolehan menjangka (keperluan, masalah, perkembangan, dsb) yg akan datang atau timbul: kita memerlukan rancangan yg rapi dan jangka waktu yg agak panjang, di samping pemimpin-pemimpin negara yg berkaliber, matang, berani dan ~ jauh; pemandangan 1. keupayaan (kemampuan) mata utk memandang, pelihatan: ~nya sudah kabur; 2. sl pemerhatian: pd ~ patik, ada juga sesuatu kedukaan tuanku, katakan kpd patik, mudah-mudahan dapat patik membicarakan dia; 3. keadaan (alam dll) yg indah dipandang: bukan buatan indah ~ dewasa itu; lukisan ~ lukisan bkn alam; 4. hasil memandang, pandangan: ~ dr depan berbeza dr belakang; 5. pendapat, pandangan, pengetahuan: memberikan ~nya tentang ciptaan itu; jauh perjalanan, luas ~ jauh perjalanan, luas pengetahuan; ~ umum pemandangan mengenai seluruh soal atau hal; 6. ulasan, komentar: ~ politik hari ini; sepandangan sejauh yg dapat dipandang; pemandang 1. orang yg memandang; 2. sl pandangan, pelihatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| saji | makanan yg telah dihidangkan (sedia utk dimakan): dibubuhnya ~ dan dipasangkan setanggi; tudung ~ penutup hidangan; bersaji sl menghidangkan makanan, menye-diakan (mengatur) makanan: maka Benda-hara menyuruh ~ nasi akan memberi makan segala orang banyak itu; menyajikan 1. menghidangkan makanan: Mak Andeh masih sibuk ~ hidangan; 2. ki memberikan (karangan, hiburan, dll), mem-persembahkan, mengetengahkan: di samping cerpen-cerpen asli, disajikan juga cerpen-cerpen terjemahan; tersaji sedia disajikan, telah disajikan: mi yg ~ itu pun disudunya dgn penuh selera; ini jelas terlihat pd sejumlah besar karya cerpen yg ~ dlm antologi ini; sajian 1. sesuatu yg disajikan, hidangan makanan; 2. persembahan (cerita dll); persajian perihal bersaji: upacara ~ korban; penyajian 1. perihal (perbuatan dsb) menyaji-kan; 2. (ERT) perkhidmatan membekalkan dan menyajikan makanan utk sesuatu majlis; penyaji orang yg menyajikan makanan dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |