| anakonda | sj ular besar tidak berbisa yg terdapat di kawasan tropika Amerika Selatan, yg menjerut mangsanya hingga mati, Eunectus murinus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| anakonda | sj ular besar tidak berbisa yg terdapat di kawasan tropika Amerika Selatan yg menjerut mangsanya hingga mati, Eunectus murinus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ular I | berbagai-bagai jenis binatang menjalar yg tidak berkaki dan badannya bersisik (ada yg berbisa dan ada yg tidak). ~ kapak Trimeresurus wagleri. ~ katam tebu Bungarus fasciatus. ~ kepala dua a. nama sj ular, Cylindrophis rufus. b. ki orang yg bermuka dua; orang yg munafik. ~ lidi nama sj ular kecil tetapi berbisa, Ahaetulla ahaetulla. ~ sawa Phyton reticulatus. ~ tedung Naja naja. ular-ular tiruan ular; secarik kain dsb yg panjang. ular-ularan tegang atau kejang pd urat betis dll. mengular 1 berbentuk bengkang-bengkok atau berkelok-kelok spt ular: Jalan di kawasan pergunungan itu ~. 2 memanjang spt ular: Barisan penonton yg ingin memasuki auditorium itu ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| ular I | sj binatang menjalar yg tidak berkaki dan kulitnya bersisik (ada yg berbisa dan ada yg tidak); ~ belerang sj ular laut yg berbisa, Pelamis plat-urus; ~ cincin emas sj ular, Boiga dendrophila; ~ cindai sl sj ular; ~ kapak bakau sj ular, Trimeresurus purpureomaculatus; ~ katam tebu sj ular, Bungarus fasciatus; ~ kepala aruan sj ular, Xenopeltis unicolor; ~ kepala dua a) sj ular, Cylindrophis rufus; b) ki orang yg munafik; ~ lidi = ~ tambang sj ular yg kecil dan berbisa, Ahaetulla ahaetulla; ~ matahari sj ular, Mati-cora intestinalis; ~ minum = ~ mengiang Mn = ~ danu Kd pelangi; ~ sawa sj ular, Python reticulatus; ~ selimpat = ~ laut biasa sj ular, Enhydrina schistosa; ~ sinar matahari = ~ matahari biru sj ular, Maticora bivirgata; ~ tedung sj ular, Naja naja; ~ tedung abu (selar) sj ular, Ophiophagus hannah; ~ bukan, ikan pun bukan prb seseorang yg tidak dapat ditentukan jahat atau baiknya; ~ kepala dua = sekerat ~ sekerat belut prb orang yg tidak teguh memegang kata-katanya (selalu berubah-ubah pendirian dsb), orang yg munafik; ~ dipukul jangan mati, kayu pemukul jangan patah, tanah dipala jangan lembang = spt memalu ~ dlm benih, ~ jangan mati, benih jangan rosak prb menyelesaikan sesuatu perkara (menghukum atau memperdamaikan orang) hendaklah dgn seadil-adilnya; bagai ~ dgn legundi prb perihal seseorang muda yg sangat lekat hatinya pd kekasihnya; bagai ~ dgn orang prb perihal dua orang bersaudara yg tiada mahu berkenalan; biar ~ mati dan kayu tiada patah prb binasakanlah musuh dgn tidak merosakkan diri sendiri; jika ~ menyusur akar, tiada akan hilang bisanya prb orang besar dan mulia itu, tidak hilang martabatnya jika dia merendahkan diri sekalipun; kerosok ~ si rumpun bambu prb jangan takut akan ancaman orang; macam ~ kekenyangan prb perihal seseorang yg buncit perutnya dan kerana itu jalannya tidak betul; melangkahi ~ prb melakukan sesuatu yg sangat berbahaya; naga ditelan ~ lidi prb anak orang bangsawan berkahwin dgn orang kebanyakan; spt ~ kena palu = cengkeling bagai ~ dipukul prb a) geliang-geliut kerana kesakitan dan marah; b) bengkang-bengkok tidak beraturan (spt jalan atau jahitan yg tidak lurus); sudah tampak kaki ~ prb telah diketahui tingkah laku sese-orang yg buruk (yg dahulunya tidak diketahui); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| neutral | (néutral) 1. tidak menyebelahi mana-mana pihak, berkecuali: aku mengejar politik ~; 2. Id tidak jantan dan tidak betina (bkn kata-kata), tidak aktif dan tidak pasif (bkn ayat); 3. (Kim) tidak berasid atau berbes: larutan ~; 4. (Fiz) tidak bercas elektrik: zarah ~; meneutralkan 1. menjadikan neutral (tidak berpihak ke mana-mana), menjadikan berkecuali: ~ bandar Baitulmuqaddis; 2. ki menjadikan tidak berbahaya atau berbisa (racun dll), menawarkan, melunturkan (bisa dll): ~ tuduhan-tuduhan lawan; 3. (Kim) menjadikan larutan neutral (dgn menambahkan asid pd larutan berbes dan menambahkan bes kpd larutan berasid); 4. (Fiz) menjadikan sesuatu (zarah dll) tidak bercas; keneutralan perihal neutral: memelihara ~; peneutralan perihal (proses) meneutralkan sesuatu; peneutral bahan yg meneutralkan: bahan ~ asid. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ular I | berbagai-bagai jenis binatang menjalar yg tidak berkaki dan badannya bersisik (ada yg berbisa dan ada yg tidak). | Kamus Pelajar |
| racun | 1. bahan yg berbisa dan boleh mematikan atau membawa maut (kalau dimakan dll): ia pun makan ~ lalu mati; ~ herba racun perosak yg digunakan utk menghapuskan atau mengawal pertumbuhan rumpai atau tumbuhan lain yg tidak dikehendaki; ~ kulat racun perosak yg digunakan utk membunuh atau menghalang pertumbuhan kulat; ~ perosak racun drpd bahan kimia yg digunakan utk membunuh perosak spt serangga dan rumpai; ~ serangga racun perosak yg digunakan utk membunuh serangga yg berbahaya pd manusia; 2. bahan yg berbisa dan boleh menyebabkan sakit: kuman tetanus ini berkembang biak dan mengeluarkan sj ~ yg menyebabkan tegang urat leher dan tulang rahang; 3. ki sesuatu yg merosakkan batin (fikiran dll): kerisauan menjadi ~ kpd kehidupan; perbuatan spt ini akan menjadi ~ kpd syarikat dan juga kpd ahli yg berkenaan; jikalau air ~, rembesnya pun ~ juga prb jika asal sesuatu itu buruk, nescaya keturunannya pun buruk juga; beracun ada racunnya, mengandungi racun: gas yg ~; makanan yg ~; meracun memberi makan racun (supaya mati): ia dituduh ~ anjing jirannya; meracuni 1. membubuh racun pd: dia berteriak mengatakan aku ~ makanan itu; 2. mengganggu, mengusik, menggiurkan (hati): senyumnya ~ hati; 3. merosakkan, membinasakan: dia dikatakan ~ fikiran rakyat; meracunkan meracun utk: dia ~ ibunya lalang yg tumbuh terbiar di sekeliling rumah; keracunan kena racun, termakan racun; ~ makanan termakan makanan yg mengandungi unsur atau bahan beracun, mengidap penyakit atau berasa kesakitan kerana telah memakan makanan yg mengandungi unsur-unsur beracun atau bahan yg menyebabkan penyakit; peracunan perihal meracun (meracuni); peracun 1. orang yg meracun atau meracuni: perempuan boleh menjadi penawar dan perempuan juga boleh menjadi ~; 2. orang yg membuat racun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| meneutralkan | 1. menjadikan neutral (tidak berpihak ke mana-mana), menjadikan berkecuali: ~ bandar Baitulmuqaddis; 2. ki menjadikan tidak berbahaya atau berbisa (racun dll), menawarkan, melunturkan (bisa dll): ~ tuduhan-tuduhan lawan; 3. (Kim) menjadikan larutan neutral (dgn menambahkan asid pd larutan berbes dan menambahkan bes kpd larutan berasid); 4. (Fiz) menjadikan sesuatu (zarah dll) tidak bercas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bisa I | 1. bahan beracun yg terdapat pd sesetengah jenis binatang (spt ular, kala, labah-labah, dsb), yg dipindahkan kpd mangsanya dgn cara mematuk (menggigit, menyengat, dsb); 2. kesan yg menyebabkan kesakitan yg amat sangat (drpd senjata spt keris, tombak, peluru, dsb): ~ keris Taming Sari; 3. kesan yg menyakitkan atau membahayakan yg diakibatkan oleh benda-benda tajam (spt paku, kuku, taring, buluh, dsb): ~ paku berkarat; 4. terlalu sakit sehingga tidak tertahan (bkn sengatan, patukan, tikaman, penyakit, dsb): aduh, ~nya penyakitku ini! 5. ki menyakitkan hati atau perasaan (bkn kata-kata), pedas: mulutnya memang ~; ~ kawi kekuatan ghaib (spt tulah dsb) yg menimpa orang kerana melanggar adat dsb; adakah hilang ~ ular menyusup di bawah akar prb orang besar itu tidak hilang martabatnya kalau ia merendahkan diri; alah ~ tegal biasa prb bahaya hilang kerana kebiasaan; pisau senjata tiada ~, ~ lagi mulut manusia prb lebih sakit lagi dilukai dgn kata-kata drpd dgn senjata;berbisa mengandungi bisa;kebisaan kena bisa, menderita kerana kena bisa: Dang Suala pun sangatlah kesakitan ~ bedil itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| paut I | ; sangkut ~ kaitan antara dua tiga hal (perkara dll); ~ bingkai tangguk Kl cara duduk dgn bercangkung dan tangan memeluk kedua-dua lutut; berpaut 1. berpegang kuat-kuat (pd), melilit erat-erat (pd sulur-suluran dll), tertambat kuat (pd): tangannya yg ~ pd tiang pintu tadi perlahan-lahan melungsur ke bawah sehingga terkulai; anak-anak kelawar ~ pd bulu ibunya beberapa hari setelah dilahirkan; 2. ki berpegang teguh-teguh (pd), mengasaskan sesuatu kegiatan dsb: kita ~ erat kpd suatu metodologi yg lemah yg ditolak oleh pengasasnya sendiri; 3. tertutup kembali, terkatup semula, bertaut: apung terendam di seberang sana, beting ~ dr kuala; 4. ki bertemu, bertembung; ~ tidak bertali a) terikat tetapi tidak dgn tali; b) ki masih belum selesai (sesuatu perkara); c) ki perempuan yg sudah diceraikan tetapi belum menerima surat cerainya; ~ sehasta tali prb tidak dapat berbuat sesuatu dgn sesuka hati; berpautan saling berpaut, berpegangan: Mike merapati Darwisah, dan tangan mereka ~; ~ dgn ada hubungannya dgn, berkaitan dgn, bersangkutan dgn, bertalian dgn; memaut 1. memegang dan menarik ke diri sendiri, memegang kuat-kuat (dgn teguh): tangannya ~ kedua-dua lututnya itu; muka Wan Intan diangkatnya dgn ~ dagu lebah bergantung itu; 2. melilit dgn teguh, mengikat, menyangkut: banyak pokok mengeluarkan sulur paut yg ~ pd sokong; 3. ki menyebabkan turut terlibat, melibatkan, menarik (perhatian, pandangan, dll): ia harus melukiskan suasana dan peristiwa yg benar-benar berlaku, yg ~ sebilangan besar masyarakat; 4. ki mengaitkan, menambatkan (perasaan, pandangan, minat, dll): gadis kampung itulah yg telah ~ hatiku pd kampung halamanku; terpaut 1. terikat atau tertambat (oleh rasa kasih dll), terpikat kpd: hatinya sudah ~ oleh anak dagang yg hitam manis itu; ~ kasih, tersangkut sayang terlalu amat cinta; 2. terikat dgn, bersebati dgn: anak-anak panah yg ~ ipuh berbisa tersumbat rapi dlm serombong buluh; 3. terlekat (pd), tertumpu (pd): matanya ~ ke awan berarak; 4. bertemu, tersua: jika kita mula menyelami perkara itu betul-betul kita akan ~ dgn masalah-masalah yg lebih panjang; semasa dia menyunting karya itu dia ~ dgn beberapa kesalahan ejaan; ~ bertali, tertambang berlantak prb terikat oleh adat kerana adat itu belum dilunasi atau diisi; pautan 1. hasil memaut (memegang dll), pegangan: mereka pun bersalam-salaman, penuh hormat dan mesra, kemudian ~ tangan mereka terurai; 2. tempat berpaut (berpegang dll), sesuatu yg dipaut: ia masih belum juga berhasil mencari tempat ~ atau tempat tambatannya; 3. hubungannya dgn, kaitannya dgn; 4. tempat menambatkan lembu dll, tempat mengikat ayam; 5. ki tempat asal; ayam pulang ke ~ prb sudah pd tempatnya; perpautan perihal berpaut, perhubungan, pertalian; pemaut 1. sesuatu yg digunakan utk memaut, pemegang (utk menarik): ketika ia membuang batu fatom yg ketiga kalinya, tali ~ pinggang putus; 2. alat yg menghubungkan enjin dgn sesuatu yg hendak digerakkan (gear). | Kamus Dewan Edisi Keempat |