| meliukkan | melengkokkan badan (orang menari, mengelakkan tikaman, dll): Zahar yg sedang bercekak pinggang itu ~ badannya sebelum mengambil rokok itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| salah | 1 tidak spt yg semestinya; tidak betul; tidak benar: Hitungan kamu itu ~, buat semula. 2 sesuatu yg tidak baik atau yg tidak layak; cela: Apa ~nya kalau kita bertanya kpd guru. 3 perbuatan yg tidak patut atau yg tidak menurut undang-undang: Hukumannya setimpal dgn ~nya. 4 tidak kena pd yg dituju; tidak tepat: Tembakan yg kelimanya, ~ juga. ~ bantal berasa sakit pd leher selepas bangun drpd tidur. ~ bawa tidak pandai mentadbirkan sesuatu hal atau tersilap mengamalkan sesuatu ajaran. ~ cakap berbuat silap ketika bercakap menyebabkan orang lain sakit hati dll. ~ faham tidak mengerti akan hal yg sebenarnya. ~ kain terselak kain sehingga menampakkan kemaluan. ~ kata tidak betul perkataannya. ~ laku perlakuan yg dianggap tidak bermoral atau tidak beretika. ~ langkah kesilapan pd permulaan melakukan sesuatu dan mengakibatkan keburukan (bencana) kpd diri seseorang. ~ mulut terlepas cakap (biasanya mengata-ngatai orang). ~ piantan salah waktu (musim) melakukan sesuatu dan hasilnya sia-sia saja. ~ sangka kesilapan membuat telahan, mis menuduh seseorang yg bukan-bukan. ~ satu (sebuah, seorang dll) satu (sebuah, seorang dll) drpd beberapa benda dsb. ~ urat tergeliat. bersalah berbuat sesuatu yg salah; ada salahnya: Jika aku ~, aku minta maaf. bersalahan 1 tidak sama (dgn); berbeza drpd; berlainan: Rupa paras gadis itu tidak ~ dgn rupa paras ibunya. 2 tidak sesuai (dgn); bertentangan (dgn): Kelakuan mereka itu ~ dgn adat resam orang-orang di sini. bersalah-salahan tidak cocok (dgn); tidak sefahaman; berbantah: Keluarga yg sering ~ tidak akan mengecap kebahagiaan. menyalahi 1 tidak menurut peraturan (hukum dsb); bersalahan dgn: Segala undang-undang dan peraturan yg lain tidak boleh ~ perlembagaan negara. 2 tidak membenarkan; mencela; menentang: Siapakah yg berani ~ arahannya? 3 berbuat salah (tidak baik) terhadap orang lain: Orang yg suka ~ orang lain akan menerima balasannya juga. menyalahkan 1 mengadakan salah; memandang salah: Kami berharap agar saudara tidak akan ~ mana-mana yg betul. 2 menuduh orang lain yg bersalah; menyatakan bersalah: Jika kerja kamu tidak berhasil, jangan ~ sesiapa. 3 menjadikan tidak kena; menangkis tikaman orang dll: Hang Tuah melompat ke kiri ke kanan ~ tikaman Hang Jebat. kesalahan 1 perbuatan yg salah; apa-apa yg salah: ~nya yg besar adalah menerima rasuah drpd tauke itu. 2 keadaan atau hal salah: ~ membuang sampah di merata-rata tempat. pesalah orang yg bersalah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| umpama | 1. (sesuatu yg dijadikan) perban-dingan, ibarat, misal: yg disebutnya tadi hanya sbg ~ sahaja; 2. = ~nya sesuatu yg dijadikan contoh, misalnya: banyak kehasilan negeri Lampung, ~, terutama lada kecil atau merica dan karet; 3. = spt ~ = seumpama sama halnya dgn, tidak ubahnya spt, misalnya, sebagai: budak-budak ~ rebung, boleh di-lentur dan dibentuk; 4. sesuatu yg hanya dijadikan misalan sahaja (bukan sungguh-sungguh), andai: itu hanya ~, bukan sungguh-sungguh; 5. = ~ kata = ~nya = seumpama, umpamakan jika sekiranya, katakanlah kalau, seandainya, andai kata: ~ engkau banyak wang, apa yg hendak kaubuat?; seumpama hari hujan, ke mana kita hendak lari?; umpamakan engkau pergi merantau, bagaimana engkau menyesuaikan diri dgn masyarakat asing?; bukan (tidak) ~ lagi berlaku tidak sopan, tidak hormat lagi kpd; seumpama 1. sama seperti (sesuatu yg telah dinyatakan), serupa dgn: kehidupannya ber-gantung pd susu ibu ataupun cecair yg ~nya; 2. umpama; berumpama menggunakan umpama (ibarat, misal), bercakap dgn umpama; mengumpama sl menaruh hormat (kpd), menghormati: jangan diperbuat segala pekerjaan yg tidak berbahasa dan tiada ~ kpd segala indera dan dewa; mengumpamai 1. sl sama dgn, menyamai, menyerupai; 2. = mengumpamakan memberi hormat kpd, menghargai, menghormati; mengumpamakan 1. menganggap sama dgn, menjadikan contoh (kiasan, ibarat), meng-ibaratkan, membandingkan (dgn): mata manu-sia bolehlah diumpamakan sbg sebuah kamera; 2. melakukan atau mengatakan sesuatu sbg contoh (sbg ulangan drpd yg telah dilakukan), memberitahu bagaimana (dgn gaya dll): beliau telah ~ bagaimana beliau dapat mengelakkan diri drpd tikaman pen-curi itu; 3. menganggap sbg misalan (bukan sungguh-sungguh), memisalkan, menyifat-kan: aku umpamakan kau dikahwinkan dgn seorang pemuda dr bangsamu sendiri; 4. menunjukkan hormat (menghargai) spt yg selayaknya, menghormati (sebagaimana mesti-nya): segeralah ia tangkap, jika ia melawan, bunuh olehmu, kerana ia tidak ~ daku; terumpamakan dapat disamakan atau diban-dingkan dgn yg lain yg sepertinya: pantai putih bersih tak ~; perumpamaan 1. = umpamaan sesuatu yg dianggap sama dgn, ibarat, misal: dgn menggunakan ~ dan lambang, penyajak dapat memberi makna yg banyak dan berlapis-lapis pd ungkapan-ungkapan katanya; 2. sj peribahasa yg berupa perbandingan dgn sesuatu yg lain (umumnya mengandungi ajaran); 3. sesuatu yg dijadikan contoh (mis hal-hal yg telah berlaku dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| salah I | 1. tidak benar, tidak betul: dia boleh membezakan antara yg ~ dan yg benar; jawab-an kamu ~; 2. tidak tepat (sasaran, maksud, dll), tidak kena: kakinya terkehel kerana ~ menendang bola; 3. tidak baik, tidak layak, tidak patut, cacat, cela: Kolonel Farquhar itu pergi ke Siak meminta tempat hendak membuat negeri di Tanjung Jati, akan tetapi ~nya di sana apabila musim utara terlalu amat besar ombaknya; ~ sedikit baginda tidak berputera sayang sedikit baginda tidak berputera; 4. perbuatan yg menyalahi hukum (aturan dll), perbuatan yg tidak patut (layak): itu ~nya sendiri; 5. = bersalah berbuat se-suatu yg menyalahi hukum (aturan dll), berbuat sesuatu yg tidak patut (tidak layak): lain yg ~, lain yg diseksa; dia didapati ~ kerana bersubahat dgn musuh-musuh negara; ~ adat tidak mengikut adat, melanggar adat; ~ agak = ~ duga = ~ kira = ~ sangka tidak betul telahannya; ~ ambil silap mengambil; ~ ambilan silap mengerti; ~ anggapan keliru; ~ angkuh Mn tidak patut pd pandangan orang; ~ asuhan tidak elok didikannya; ~ (sesat) air salah didikan (sukar utk diajar); ~ bantal berasa sakit pd tengkuk atau leher selepas bangun drpd tidur; ~ bawa tidak betul caranya mengamalkan sesuatu ajaran dsb; ~ bebal salah dan bebal, kesilapan dan kekeliruan kerana kebodohan; ~ benang Mn a) silap menenun sesuatu; b) sakit (badan); ~ besar kesilapan yg sangat besar; ~ cakap kesilapan ketika bercakap (menyebabkan orang lain sakit hati dll); ~ cerna sakit kerana tidak hadamnya makanan; ~ cetak kesilapan (yg dilakukan) pd waktu mencetak, ralat; ~ dengar tidak mendengar mesej, berita dsb dgn betul; ~ dorong terlanjur perbuatan; ~ duga silap menduga; ~ eja(an) silap mengeja; ~ faham tidak mengerti hal yg sebenarnya (silap mengerti); ~ gamak salah agak; ~ hati susah (sakit, men-dongkol, dll) hati; ~ jalan tersesat; ~ kain ter-selak kain (sehingga mendedahkan kemaluan atau pangkal paha); ~ kata tidak betul perkata-annya; ~ kena tidak kena pd tempatnya; ~ kira salah sangka, marah kerana salah mengerti; ~ laku kelakuan yg dianggap tidak bermoral atau tidak beretika: masalah ~ laku di kalangan pelajar yg merokok, menagih dadah, mencuri dan bergaduh; politik wang merupakan suatu kegiatan ~ yg serius yg boleh merosakkan perjuangan parti; ~ langkah a) silap melangkah; b) mendapat bencana dlm perjalanan kerana sial, sial; c) silap (tidak dgn sepatutnya) memulakan se-suatu; d) buruk perbuatan (maksud); ~ lihat = ~ mata = ~ pandang a) keliru pelihatan; b) melihat dgn maksud buruk; ~ mengerti salah tafsir; ~ mulut terlajak kata, terlepas cakap; ~ orang a) bukan orang yg dimaksudkan (kerana silap pandangan dll); b) bukan orang yg dapat dipermain-mainkan orang lain; ~ paduk tidak sepadan (pasangan suami isteri dll); ~ pakai silap memakai; ~ pandang menyangka orang yg dilihat sbg orang yg dikenali (sebenarnya tidak demikian); ~ periksa a) silap memeriksa; b) berbuat sesuatu yg tidak layak; ~ piantan bukan waktunya; ~ pilih tersilap memilih; ~ raba a) tersilap meraba; b) tuduhan (dakwaan) yg tidak tepat; ~ rasa a) perasaan yg tidak menyenangkan (buruk), berfirasat buruk; b) tidak senang hati; c) tidak tepat sangkaannya; ~ rupa (roman) Mn tidak layak pd pandangan orang; ~ sedikit a) berbeza sedikit; b) = ~nya sedikit sayang sedikit; ~ sangka tidak tepat sangkaannya, menyangka yg tidak benar; ~ semat salah faham; ~ sendi tergeliat, terseliuh; ~-silih bermacam-macam kesilapan; ~ tampa salah faham; ~ tanggap salah mengerti, salah memahami (sesuatu); ~ tangkap a) silap menangkap sesuatu atau seseorang; b) salah faham, salah mengerti; ~ tebak = ~ teka tidak benar telahan; ~ terima a) salah faham, salah mengerti; b) berasa marah kpd; ~ timbang a) silap menimbang; b) berat sebelah (men-jatuhkan hukuman dll); ~ tingkah tidak senonoh (tingkah laku), kurang sopan; ~ tubruk bp salah pegang; ~ urat terseliuh, tergeliat; ~ wisel Id, bp salah faham; ~ bunuh memberi balas, ~ cencang memberi pampas = ~ cencang memberi pampas, ~ bunuh membangun = ~ cotok berkudung paruh, ~ telan belah perut prb kesalahan mestilah dihukum menurut kadarnya (menurut adat yg telah ditetapkan); ~ makan memun-tahkan, ~ tarik mengembalikan, ~ langkah surut kembali prb kesilapan dlm sesuatu pekerjaan hendaklah dibaiki segera; jika ~ sebatang dicabut, ~ serumpun dibongkar, ~ separak dirambah prb hukuman haruslah dijatuhkan setimpal dgn kesalahan; berani kerana benar, takut kerana ~ prb bertindak kerana berada pd pihak yg benar; salah-salah 1. walaupun (sungguhpun, meskipun) salah: ~ dibebaskan juga; 2. jika tidak bernasib baik, jangan-jangan: ~ bersikap, takut akan tertuduh pula; bersalah 1. melakukan sesuatu yg salah (spt melanggar hukum dsb): jika aku yg ~, aku minta ampun; mereka menjatuhkan hukuman bunuh ke atas orang yg ~; 2. ada salahnya, mempunyai salah: sesiapa yg ~ lima, tidak akan lulus; bersalahan 1. berbeza drpd, berlainan: tempat itu sungguh baik, tiada ~ spt berita orang itu; 2. = bersalah-salahan bertentangan, tidak sesuai, tidak bersefahaman, berbantah: jangan kamu beri bercerai dan ~ ia dua bersaudara ini; menghukum sese-orang tanpa bukti yg nyata adalah ~ dgn hukum Allah; 3. Mn kurang sihat (badan); kebersalahan perihal (rasa, sikap dsb) ber-salah: kadang-kadang dlm penyaringan ini semacam terjadi ~; menyalah 1. menyimpang (halanya), menye-leweng; 2. tidak mengikut peraturan (undang-undang dll); 3. mengelak (tikaman dll), menangkis: Raja Ngah pun memejamkan matanya lalu menerkam, disalah oleh Bedurai; 4. Mn kurang sihat (badan); menyalahi 1. tidak mematuhi peraturan (undang-undang dsb), bersalahan dgn: adinda tiada mahu menyerangi tempat orang, ~ adat; unsur-unsur luar ini telah banyak ~ hukum morfologi; 2. tidak menyetujui, mem-bantah, menentang: Pateh itu orang besar, siapa dapat akan ~ katanya; 3. tidak mene-pati (janji dll); menyalahkan 1. menganggap salah: aku tidak mahu ~ sesiapa, baik pun engkau; 2. menangkis (tikaman, pukulan, dll), meng-elakkan: ia pun melompat ~ tikaman orang itu; 3. menyangkal (tuduhan dll), tidak mengakui; mempersalahkan menimpakan kesalahan kpd, menyatakan (seseorang dsb) bersalah: Kamallah yg harus dipersalahkan; tersalah 1. tidak sengaja membuat salah, tersilap: jikalau ada apa-apa yg ~ dan tersilap, saya pohonkan berbanyak maaf; menurutnya, penulis menggunakan kata-kata demikian kerana mereka ~ tafsir erti penggunaan bahasa dlm sastera; 2. tidak tepat; 3. tertuduh (melakukan kesalahan dll), disalahkan; ketersalahan perihal (atau keadaan) ter-salah: ~ ini akan membunuh seluruh generasi akan datang; kesalahan 1. perihal salah (perbuatan salah, kesilapan): lebih baik saudara mengaku sahaja ~ yg telah dilakukan itu; 2. dipersalahkan, dianggap salah, mendapat salah; pesalah orang yg didapati bersalah (kerana melanggar hukum dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bisa I | 1. bahan beracun yg terdapat pd sesetengah jenis binatang (spt ular, kala, labah-labah, dsb), yg dipindahkan kpd mangsanya dgn cara mematuk (menggigit, menyengat, dsb); 2. kesan yg menyebabkan kesakitan yg amat sangat (drpd senjata spt keris, tombak, peluru, dsb): ~ keris Taming Sari; 3. kesan yg menyakitkan atau membahayakan yg diakibatkan oleh benda-benda tajam (spt paku, kuku, taring, buluh, dsb): ~ paku berkarat; 4. terlalu sakit sehingga tidak tertahan (bkn sengatan, patukan, tikaman, penyakit, dsb): aduh, ~nya penyakitku ini! 5. ki menyakitkan hati atau perasaan (bkn kata-kata), pedas: mulutnya memang ~; ~ kawi kekuatan ghaib (spt tulah dsb) yg menimpa orang kerana melanggar adat dsb; adakah hilang ~ ular menyusup di bawah akar prb orang besar itu tidak hilang martabatnya kalau ia merendahkan diri; alah ~ tegal biasa prb bahaya hilang kerana kebiasaan; pisau senjata tiada ~, ~ lagi mulut manusia prb lebih sakit lagi dilukai dgn kata-kata drpd dgn senjata;berbisa mengandungi bisa;kebisaan kena bisa, menderita kerana kena bisa: Dang Suala pun sangatlah kesakitan ~ bedil itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mengumpamakan | 1. menganggap sama dgn, menjadikan contoh (kiasan, ibarat), meng-ibaratkan, membandingkan (dgn): mata manu-sia bolehlah diumpamakan sbg sebuah kamera; 2. melakukan atau mengatakan sesuatu sbg contoh (sbg ulangan drpd yg telah dilakukan), memberitahu bagaimana (dgn gaya dll): beliau telah ~ bagaimana beliau dapat mengelakkan diri drpd tikaman pen-curi itu; 3. menganggap sbg misalan (bukan sungguh-sungguh), memisalkan, menyifat-kan: aku umpamakan kau dikahwinkan dgn seorang pemuda dr bangsamu sendiri; 4. menunjukkan hormat (menghargai) spt yg selayaknya, menghormati (sebagaimana mesti-nya): segeralah ia tangkap, jika ia melawan, bunuh olehmu, kerana ia tidak ~ daku; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| liuk | melengkung ke kiri ke kanan (spt orang menari, lalang ditiup angin, dll): pandangannya berpusat pd api pelita yg meliuk-liuk di hadapannya; ~-lampai bergerak-gerak spt ular lalu (orang menari dll); ~ lentok gerakan badan atau anggota badan yg terlenggok-lenggok ke kiri ke kanan atau ke depan ke belakang; meliuki mengambil sesuatu (spt wang di tanah dll) dgn meliuk; meliukkan melengkokkan badan (orang menari, mengelakkan tikaman, dll): Zahar yg sedang bercekak pinggang itu ~ badannya sebelum mengambil rokok itu; terliuk, terliuk-liuk terlenggok-lenggok (lalang ditiup angin dll): tiang agung terliukliuk; pelita minyak yg ~ ditiup angin; liukan hasil atau gerakan meliuk atau meliukkan; peliukan perihal atau perbuatan meliukkan; sepeliuk sejauh orang boleh meliuk (ke kiri atau ke kanan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tusuk | barang yg runcing lagi tajam utk mencucuk (penyemat, jarum, dll), cucuk, pencucuk; ~ kundai cucuk (penyemat) sanggul; menusuk 1. mencucuk dgn barang yg tajam, mencucuk hingga tembus: mereka harus menurut sahaja spt unta yg telah ditusuk hidungnya; 2. melukai dgn senjata tajam, menikam: tiba-tiba ditusuknya dgn pisau yg putih matanya; 3. = menusuk-nusuk menjadikan orang marah, memanaskan hati orang, menghasut: menusuk-nusuk orang; 4. ki masuk ke dlm, meresap: kesejukan akan ~ ke tulang kalau kipas itu bertambah ligat; ~ hati ki menyakiti (menyakitkan) hati; menusukkan 1. mencucuk sesuatu pd, me-nembuskan (dgn barang yg tajam); 2. mena-namkan sesuatu (yg tajam) pd, menikamkan: secepat kilat puntung itu ditusukkannya ke muka Pandekah; tertusuk tertikam, tercucuk: besi tajam yg terpasang itu ~ pd perut kerbau itu; ~ hati berasa tersinggung atau sakit hati; tusukan 1. hasil atau akibat menusuk, tikaman: ia telah dijumpai terbunuh di antara batu-batu bukit Tragan kerana ~ pedang di rusuknya; ~ jarum-jarum halus ini sebenar-nya tidak sakit; 2. hasutan: masakan orang tuanya mahu mendengar ~ Engku Baginda Mais! | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| turut | 1. pergi bersama: saya ~ ke mana dia pergi; 2. bersama-sama melakukan (ditimpa dll) sesuatu, tidak terkecuali drpd (sesuatu kejadian, perbuatan, dll), ikut serta: Ahmad yg ~ terbunuh oleh serangan hendap itu baru semalam ditemui mayatnya; ~ serta bersama-sama mengikuti (melibatkan diri dalam, melakukan, dll) sesuatu; 3. patuh kpd (undang-undang, janji, dll), taat kpd: sekiranya kamu ~ akan nasihat ini berbahagialah kamu; ~ campur mencampuri urusan atau hal orang lain; ~ serta ikut serta (melakukan sesuatu dll); pak ~ orang yg sentiasa mengikut (meniru dll) orang lain; seturut 1. sepanjang (yg dihebahkan, dicerita-kan, dll); 2. tidak bersalahan dgn, sesuai dgn (adat dll), selaras dgn; 3. langsung selepas, sebaik sahaja: Bujal menggeleng kepala ~ dgn keluhannya; berturut bersusun mengikut peraturan, berikutan dgn teratur (tidak ada antara): cari dua angka ganjil yg ~ dgn syarat selisih di antara ganda dua satu angka dgn yg lain itu 48; berturut-turut, berturutan 1. tidak ber-antara antara satu dgn lain, lepas satu-satu, terus-menerus dgn teratur (tidak berselang), tidak berhentinya, beruntun-runtun, bersam-bung-sambung: beliau telah kalah dlm tiga pilihan raya kecil kpd parti lawannya secara ~; 2. terus melakukan sesuatu dgn tiada henti-nya, bertubi-tubi, berulang-ulang: maka meriam pun sudahlah diisi, lalu ditembaknya tiga pucuk ~; berturuti Mn dipercayai dan dipakai (per-cakapan dll), diikuti (nasihat dll), dipatuhi; menurut 1. berjalan dll mengikut jalan (garis, hala, dll) yg tertentu, tidak menyimpang dr jalan dll yg tertentu: ~ jalan yg benar; 2. mencontohi (perbuatan orang lain dll), meneladan, meniru: telah dilihat oleh Cina, diturutnya, sebab itulah maka Cina gemar makan kangkung sampai sekarang; 3. mengikut apa yg disuruh (diperintah dll), tidak melawan, patuh kpd: maka segala orang itu pun semuanya ~ spt kata penghulunya; 4. meluluskan (permintaan, kehendak, dll), memenuhi (syarat, ketentuan, dll), menyam-paikan (harapan dll): Balzac tidak akan dapat melahirkan karya-karyanya yg agung itu jika ia ~ kehendak orang tuanya utk bertugas sbg seorang ahli undang-undang; 5. mengikut (berjalan dll), mengekori (dr belakang): dia berjalan menuju ruangan yg di sebelah barat bangunan, aku ~nya dr belakang; 6. spt yg dikhabarkan (diberitakan, dihebahkan, dll), sepanjang (berita dll): ~ yg diketahui sebanyak satu suku juta ringgit harga saham telah terjual; 7. sesuai dgn, tidak bertentangan dgn, tidak melanggar (syarat dll), selaras dgn: hari ini ~ pendapat orang alim ialah hari yg baik; 8. tidak bersalahan drpd, serupa dgn: rupanya ~ rupa neneknya; 9. ikut serta (melakukan sesuatu dll), turut serta: Sultan Mansor Shah pun ~ menyebut nama Hang Tuah itu Laksamana; 10. bergantung pd: maju mundurnya dlm pelajarannya ~ kerajinan-nya; ~ lagu mengikut irama atau rentak lagu; ~ pusingan jam mengikut arah pusingan jarum jam; turut-menurut 1. saling menurut, ikut-mengikut, tidak tentang-menentang; 2. ark menurut sahaja (fikiran orang dll), ikut-ikutan; menuruti 1. mengikut dr belakang, meng-ekori, mengikut: Ismail berganding dgn Lamah berjalan lambat-lambat menuju ke kereta, Bibah ~ mereka dr belakang dgn wajah usang; 2. tidak menegah (melarang), meluluskan (pem-berian dll), memberi: diturutinya sahaja ke-mahuan cahaya matanya yg tunggal itu; 3. menurut akan (nasihat dll), tidak menentang, mematuhi: ia ~ kehendak suaminya; 4. men-jadikan sesuatu sbg contoh (teladan), mencontohi: jangan dituruti, kerana ia orang yg tidak tahu bahasa; menurutkan 1. mengikut (berjalan dll) di belakang sesuatu, mengiringkan: mereka berjalan ~ orang tua mereka; 2. tidak mene-gahkan (melarangkan), mengikut (kehendak hati dll), melayani, memberi: dr satu bandar ke satu bandar yg lain dia berpindah-pindah ~ hati; 3. mendasarkan pd, menjadikan sbg dasar: kerendahan budi selama ini hanya diperintahi oleh perasaan hati, tidak ~ per-timbangan yg adil; memperturut sl mengejar dr belakang, menghambat: berundurlah mereka balik ke perkhemahannya diperturut oleh tentera Kembayat; memperturutkan 1. membiarkan bersama-sama (melakukan sesuatu dll), membiarkan turut, tidak mengecualikan; 2. tidak melarang-kan (menegahkan), mengikuti (kemahuan, ke-hendak, dll), mematuhi, menurutkan: sekali-kali jangan diperturutkan rasa kecewa, yg mungkin menjadikan orang putus asa; 3. = memperturut-turutkan melakukan sesuatu berkali-kali, mempertubi-tubi: perajurit itu pun segeralah berlari-lari serta menikam dada Tun Tuah, diperturut-turutkannya tikaman itu; turutan 1. = turut-turutan sesuatu yg diturut (dicontohi, diikuti, dll), contoh, teladan: maka iaitu patutlah menjadi ~ dan teladan bagi segala orang yg terkemudian; 2. yg berturut-turut (berikut-ikut); 3. yg ikut atau turut (bersama); orang ~ orang yg turut (ikut); turut-turutan 1. sesuatu yg diturut, contoh, teladan, turutan; 2. selalu menurut (kata dll) orang lain, ikut-ikutan: dia tidak mahu menjadi petani ~; perturutan 1. perihal berturut-turut (beruntun-runtun); 2. kelanjutan; seperturutan sl sama perbuatan (kelakuan dll) dgn, mengikut-ikut orang lain: jika engkau ~ dgn dia, engkau pun terbawa-bawa; penurut 1. tidak membantah (melawan dll), suka menurut, patuh, taat; 2. orang yg meng-ikut, pengikut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| melepaskan | 1. membiarkan lepas, membebaskan (drpd kurungan, penjara, dll), menjadikan tidak terikat lagi: ia ~ budak itu drpd pegangannya; 2. menghilangkan (letih, jerih, dll): ia berbaring-baring ~ jerihnya; mereka terus masuk ke kedai makan yg berhampiran utk ~ dahaga; 3. tidak menyekat-nyekat, membiarkan keluar (perasaan dll): racun kulat tersebut ~ hidrogen disulfida; serdadu itu pun ~ suatu penumbuk ke pangkal telinganya; Datuk Ujang menyedut cerutnya lama-lama kemudian ~ asapnya; dia ~ senyuman kpd Noor Hamidah; 4. tidak menghalang, membenarkan atau mengizinkan (pergi, berangkat, dsb), merelakan: dia ~ anaknya pergi dgn hati yg rela; 5. menceraikan (isteri): kalau Sharifah Aini dilepaskannya mungkin anak-anak muda itu berjaya mengetuk pintu hatinya; 6. memberikan (sesuatu yg dipegang atau disandang kpd seseorang lain), menyerahkan (dgn kehendak sendiri): Perdana Menteri mungkin akan ~ jawatan Menteri Hal Ehwal Luar kpd seorang menteri lain; 7. menguraikan (rambut dsb), tidak mengikat dsb: saya gemar ~ rambut saya menggerbang tetapi biar kelihatan sedikit ikal; 8. menghantar (orang belayar, berangkat, berjalan, dll): dia sendiri pergi ke stesen utk ~ anaknya berangkat; ~ mayat ke kubur; 9. membuang, memecat, memberhentikan: dlm zaman meleset, banyak pekerja yg dilepaskan; ~ angan-angan mengerjakan segala sesuatu yg diingini; ~ cinta kasihnya (rindunya, isi hatinya) kpd mencurahkan cinta kasihnya kpd; ~ dendam a) membalas dendam; b) menghilangkan perasaan rindu (dendam ) pd seseorang; ~ diri melarikan diri, membebaskan diri; ~ hati memuaskan hati; ~ jiwa (nyawa) a) menyelamatkan drpd bahaya maut; b) = ~ nafas yg akhir mati; ~ kritikan (kecaman, serangan, tuduhan, dll) melancarkan kritikan, (kecaman dll); ~ layang-layang menaikkan layang-layang; ~ malu mengkhatankan; ~ marah (nafsu, kehendak) tidak menahan marahnya (nafsunya, kehendaknya); ~ niat (nazar, kaul) membayar atau menunaikan niat (nazar, kaul); ~ niatnya (harapannya, maksudnya, tuntutannya, dll) membuang atau meninggalkan niatnya (harapannya, maksudnya, dll); ~ panah membiarkan anak panah lepas drpd busurnya; ~ pandangan memandang; ~ tembakan (meriam) menembak, memasang; ~ tinju (pukulan, tikaman, dll) meninju (memukul, menikam, dll); ~ untung masing-masing menyelamatkan diri masing-masing; | Kamus Dewan Edisi Keempat |