| kekinian | 1. keadaan terbaru atau mutakhir: ~ padanan dlm bahasa sasaran; 2. keadaan masa kini: seorang penulis menyedari kehadirannya dlm ruang waktu ~nya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kini | sekarang ini, waktu ini: ~ segala-galanya yg selama ini dirahsiakan telah diketahui umum; hingga ~ ke atas dr sekarang (ketika ini) dan selanjutnya; kekinian 1. keadaan terbaru atau mutakhir: ~ padanan dlm bahasa sasaran; 2. keadaan masa kini: seorang penulis menyedari kehadirannya dlm ruang waktu ~nya; terkini yg paling kini, terbaru: penyelidikan yg ~ dlm ilmu bahasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| penilik | 1. pengawas (sekolah dll), pengawal: sekolah-sekolah dikunjungi oleh ~-~ sekolah pd waktu-waktu tertentu; 2. orang yg menilik (menenung, meramal): datuk saya sebenarnya terkenal sbg ~ barang-barang yg hilang; 3. sl tepat tiliknya (tenungnya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kala I | masa, waktu, ketika; ada ~nya, ada masanya (ketikanya), kadangkadang; barang ~ sebarang waktu; dahulu ~ zaman dahulu, purbakala; pd ~ pd masa, pd waktu; sekala; projek ~ projek yg dilaksanakan sekali sahaja dgn peruntukan khas; sekali ~ sekali-sekali, kadang-kadang; berkala (keluar, terbit, dsb) berulang-ulang pd waktu yg tetap (mengikut jangka waktu yg tertentu); majalah ~ majalah yg terbit berulang-ulang pd waktu yg tetap (pd tarikh yg ditetapkan); tiada ~ tiada tetap waktunya; berkala-kala terkadang-kadang, dr semasa ke semasa; keberkalaan keadaan (hal) berkala: ~ yg terangkum dlm alam fizikal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tempoh I | (témpoh) 1. waktu, masa: sudah ~nya utk pulang; ada ~nya ada kalanya, kadang-kadang; makan ~ memerlukan masa yg banyak; sekali ~ a) bp sesuatu ketika; b) bp pd suatu ketika; c) sekali sekala, ada ketikanya; 2. pd masa, pd ketika, pd saat: ~ itu dia tidak ada di rumahnya; 3. kesempatan (utk berbuat sesuatu), peluang: jika ada ~ saya akan ke rumah saudara besok; 4. pengunduran waktu, penundaan: mereka diberi ~ seminggu utk menyiapkan kerja itu; minta ~ a) minta tangguh; b) minta cuti; 5. batas waktu yg tertentu, janji (waktu yg dijanjikan): dia diberi ~ tiga bulan utk menjelaskan baki hutangnya; 6. jangka masa yg tertentu (berlakunya sesuatu): telur-telur itu menetas dlm ~ sepuluh hari; ~ dulu bp zaman dahulu, dahulukala; ~ hari a) bp baru-baru ini, beberapa hari yg lalu; b) bp pd ketika itu, dahulu; ~ lampau panas (Geog) tempoh cuaca yg luar biasa panasnya, yg berterusan agak lama; bertempoh dlm tempoh: kerajaan Jerman menghantar kata dua ~ 12 jam kpd Rusia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ketika I | waktu (yg sangat singkat atau yg tertentu), saat, masa: apabila sampai ~nya ia pun melahirkan seorang anak lelaki; ada ~nya undang-undang Islam memperlihatkan kaum wanita lebih mulia drpd kaum lelaki; keadaan sunyi senyap utk beberapa ~; sampai pd masa ~nya sampai pd waktunya; seketika 1. sesaat, sebentar, sekejap: kedua-duanya terdiam ~; dgn ~ dgn segera (pd saat itu juga): dgn ~ itu juga datanglah iparnya; 2. tatkala, (pd) waktu: fikirannya ~ itu amat kusut; (pd) ~ itu baginda sedang dihadap orang banyak; 3. sl saat (waktu) yg ada sangkupautnya dgn ramalan (perhitungan, penenungan) nasib dll; ~ lima (empat, tujuh) pembahagian waktu kpd lima (empat, tujuh) bahagian dlm penujuman; melihat (mencari) ~ melihat kitab ramalan kerana mencari hari (waktu) yg baik; berketika 1. menjaga waktu (hendak membuat sesuatu), tidak sembarang waktu: anak gadisnya sudah jarang kelihatan di pasar, sudah ~ benar-benar pergi ke sawah atau ke ladang; dgn tiada ~ dgn tidak berketentuan waktu; 2. kena (munasabah) pd waktunya: gurau senda yg tidak ~ itu mungkin membawa kpd perselisihan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| siang I | 1. = ~ hari waktu dr matahari terbit hingga matahari terbenam, waktu matahari masih bersinar, lwn malam: mereka berjanji akan berjumpa pd waktu ~; buta ~ kurang pelihatan pd waktu siang; maharaja ~ matahari; 2. = siang-siang lebih awal (drpd yg sepatutnya), tidak terlambat, cepat atau lekas: wah, ~nya dapat kad jemputan!; kedai telah ditutup ~-~ lagi; ~ malam siang dan malam; ~ berpanas malam berembun = malam berselimut embun, ~ bertudung awan prb perihal orang yg melarat dan miskin, tidak mempunyai rumah tangga; murai berkicau hari ~ prb sesuatu yg sudah terang dan nyata; takkan sebab ayam seekor mengetahui hari ~ prb sesuatu pekerjaan yg dikerjakan oleh orang banyak itu tidak akan terganggu kalau hanya seorang sahaja yg tidak suka; kesiangan terlewat (bangun drpd tidur dll) hingga siang: mereka semuanya ~ pagi itu kerana terlalu nyenyak tidur; spt bulan ~ hari prb muka yg pucat benar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| selara III | Mn daun-daun yg telah tua dan kering; sedangkan pucuk lagi tak merah konon pula ~nya prb waktu lagi kaya tidak pernah berderma apalagi waktu miskin; menyelara menjadi kering (daun). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tenggang I | (ténggang) 1. tempoh atau waktu (yg diberikan utk berfikir, berikhtiar, berusaha, dll), batas waktu; 2. daya upaya (utk melepaskan diri dr bahaya dll), ikhtiar, usaha; 3. ark sama bahagiannya; ~ daya tempoh atau waktu yg diberikan utk berikhtiar (berusaha dll); ~ hati, ~ rasa menjaga hati (perasaan) orang lain supaya tidak tersinggung; ~ tangguh waktu yg diberikan utk bertangguh, tempoh; ~ waktu Id batas waktu (dlm perjanjian dll); habis ~ dan (dgn) kelakar prb Mn habis akal dan budi bicara; bertenggang 1. berdaya upaya (utk mendapatkan pinjaman wang, pertolongan, dll), berikhtiar, berusaha: dia menjadi bodoh dan tidak dapat ~ sendiri; 2. bertolak ansur (dgn kawan), ingat-mengingati, bermuafakat, berunding: dia dapat ~ dgn kawan-kawannya; 3. beringat-ingat (dlm hal membelanjakan wang), berhemat, berjimat; bertenggang-tenggangan = tenggang-menenggang saling mengingati (perasaan, kepentingan, dll orang), hormat-menghormati, bertolong-tolongan, bantu-membantu: masing-masing ingin lekas-lekas dan dahulu-mendahului saja dgn tidak ada tenggang-menenggang lagi;menenggang, menenggangkan 1. mem-pedulikan (perasaan, kepentingan, dll orang lain), mengendahkan: si isteri sudah pandai membawakan perangai dan kelakuan suami, tahu ~ hatinya; 2. mengingat atau meman-dang (akan), menimbangkan, memikirkan: pelacur juga adalah manusia yg ~ nasib dan takdirnya; mempertenggangkan 1. mengendah akan, mengambil tahu akan, mempedulikan, mem-pertimbangkan: segala-galanya harus diper-tenggangkan sebelum dibuat keputusan; 2. mencermatkan perbelanjaan dll, menyesuai-kan pendapatan dgn pengeluaran, meng-hematkan, menjimatkan: kalau pendapatan itu kecil perbelanjaan hendaklah diper-tenggangkan; 3. menjaga perasaan (hati orang) supaya jangan tersinggung: anak dipangku, kemanakan dibimbing, orang kampung dipertenggangkan; tertenggang diikhtiarkan atau diusahakan, ditimbangkan atau difikirkan baik-baik; tidak ~ lagi habis ikhtiar dan budi bicara (tidak dapat berbuat apa-apa lagi). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| jangka II | = ~ masa = ~ waktu masa yg telah ditetapkan atau dirancang utk pelaksanaan (penyelesaian dsb) sesuatu, tempoh masa yg (agak) panjang, peringkat (masa): pekerjaan itu harus kamu siapkan dlm ~ waktu dua bulan; ~ pertama peringkat (masa) pertama; dlm ~ yg terbatas dlm waktu yg terbatas; melampaui ~nya a) melampaui masa yg telah ditentukan; b) melampaui had yg telah ditetapkan; rancangan ~ panjang (pendek) rancangan yg memakan masa yg lama (singkat); sampai ~nya sampai waktunya (masanya); tiada ~nya tiada batasnya (hadnya); | Kamus Dewan Edisi Keempat |