[dé.bit] | ديبيت
Definisi : (débit) 1. catatan jumlah wang yg dikeluarkan drpd akaun bank seseorang; 2. ruang kiri akaun tempat catatan wang keluar dibuat; mendebitkan mencatatkan atau merakamkan debit, mencatatkan sesuatu butiran perakaunan di ruang kiri akaun: jika seseorang itu berhutang kpd kita, hendaklah didebitkan jumlah hutangnya itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[dé.bit] | ديبيت
Definisi : /débit/ 1 catatan ttg piutang yg diberikan kpd orang lain. 2 catatan ttg piutang di sebelah kiri sesuatu akaun. mendebitkan 1 mencatat piutang yg diberikan kpd orang lain ke dlm kira-kira. 2 memasukkan catatan piutang di sebelah kiri sesuatu akaun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)