Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.dung] | هيدوڠ

Definisi : 1. bahagian badan utk mencium atau menyedut udara (terdapat pd bahagian muka atas sedikit drpd mulut): kita bernafas melalui ~ siang dan malam; batang ~ a) tulang yg membina hidung; b) ki kelibat (imbasan) sese­orang atau sesuatu; kena batang ~ ki (bkn kecaman, sindiran, dsb) tepat mengenai sese­orang; lubang ~ bahagian yg berlubang pd hidung utk membolehkan kita mencium, menyedut udara, dsb; sekat ~ bahagian antara kedua-dua lubang hidung; tidak nampak batang ~ = tidak nampak muka ~ ki tidak kelihatan langsung rupa seseorang kerana tidak hadir, tidak pernah muncul (di kalangan orang, kawan, dsb); 2. ki bahagian depan sesuatu benda, muncung: ~ kapal terbang; ~ belang (putih) ki (bkn lelaki) yg sangat suka mengganggu orang perempuan; ~ tinggi ki sombong dan megah; ~ dicium, pipi digigit prb kasih sayang yg pura-pura sahaja; ~ sudah rampung diatur prb orang bodoh yg sombong tidak sedar dirinya dibodohkan orang; ~ tak mancung pipi tersorong-sorong prb orang yg tidak turut campur yg menjadi susah, yg patut bersusahan berdiam diri; beroleh (mendapat) ~ panjang prb mendapat malu; menguak-nguak bagai ~ gajah prb bernafas terngah-ngah; potong ~ rosak muka prb orang yg berlaku kurang baik terhadap keluarganya sendiri akan mendapat malu juga; rasa tak mengapa ~ dikeluani prb orang yg membiar­kan dirinya dibodohkan orang; spt beranak besar ~ prb orang yg gemar memperlihatkan barangnya yg baru; spt kerbau dicucuk (diatur) ~nya prb orang bodoh yg menurut perintah orang; berhidung mempunyai hidung; ~ belang mempunyai sifat suka mengganggu orang perempuan; ~ tinggi a) mempunyai hidung yg tinggi (mancung); b) mempunyai sifat sombong dan megah; menghidung 1. = kehidung-hidungan me­ng­ucapkan sesuatu dgn sengau; 2. selalu menurut saja (kemahuan orang dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.dung] | هيدوڠ

Definisi : bahagian muka yg letaknya di sebelah atas mulut dan digunakan utk mencium dan menyedut udara: Kita benafas dgn ~. ~nya berhingus, matanya berair. ~ belang (bkn lelaki) suka mengganggu atau menggoda orang perempuan. ~ tinggi sombong dan megah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hidung
Kata Terbitan : menghidung,

Puisi
 

Sayang Santubong ke Teluk Tambak,
     Tempatlah budak berjalan kaki;
Hidung mancung bersenyum tidak,
     Di situ tempat gilaku mati.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Hidung sudah rampung diatur orang.

Bermaksud :

Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai jelongak kerbau rampung).

 

Lihat selanjutnya...(19)


KKR

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.kkr.gov.my/public/FAQ KEMENTERIAN KERJA RAYA PKPP.pdfFAQ KEMENTERIAN KERJA RAYA PKPP.pdfgov.my, laman sesawang PERKESO, www.perkeso.gov.my dan juga media sosial rasmi PERKESO. 7. Apakah peralatan perlindungan peribadi yang perlu disediakan untuk pekerja sepanjang tempoh PKPP? a) Penutup hidung dan mulut (face mask) perlu dipakai sepanjang masa; b) Hand sanitizer atau sabun basuh tangan (kemudahan membersih dan mencuci tangan); dan c) Alat memeriksa suhu (temperature gun) bagi mengambil suhu ruangan tertutup hendaklah diminimakan; f) Pelaksanaan mesyuarat dengan mematuhi penjarakan sosial; g) Memantau semua pekerja setiap masa agar tidak berkumpul; h) Membekalkan setiap pekerja dengan alat pelindung diri seperti penutup hidung dan mulut (face mask) dan memastikan mereka sentiasa memakainya; i) Memastikan pekerja kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun; j) Melaksanakan proses pembersihan dan nyah kuman di pejabat/premis http://www.kkr.gov.my/public/FAQ KEMENTERIAN KERJA RAYA PKPP.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=65&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGJkr&HitCount=2&hits=13f+5e6+
http://www.kkr.gov.my/public/SOP Pembukaan Semula Ekonomi KKR.pdfSOP Pembukaan Semula Ekonomi KKR.pdfruangan tertutup hendaklah diminimakan; 6. Pelaksanaan mesyuarat dengan mematuhi penjarakan sosial. 7. Memantau semua pekerja setiap masa agar tidak berkumpul 8. Membekalkan setiap pekerja dengan alat pelindung diri seperti penutup hidung dan mulut (face mask); 9. Memastikan pekerja kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun dan sentiasa memakai face mask; 10.Melaksanakan proses nyah cemar di pejabat/ premis; dan 11 dengan- a) Mengatur waktu rehat dalam kumpulan kecil ; b) Menyediakan beberapa lokasi tempat makan/ rehat/ solat; 2. Memastikan hanya makanan berbungkus disediakan; 3. Memastikan pengendali makanan memakai penutup mulut dan hidung (face mask) serta sarung tangan; DAN 4. Memantau semua pekerja setiap masa agar tidak makan/rehat secara berkumpul dan sentiasa mengamalkan penjarakan sosial. L. Pengurusan balik dari tempat kerja 1 http://www.kkr.gov.my/public/SOP Pembukaan Semula Ekonomi KKR.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=56&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGJkr&HitCount=3&hits=799+892+9d9+

Kembali ke atas