Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : yg mengakibatkan sesuatu, fasal, kerana, lantaran, mula: doktor dapat mencari ~ penyakit itu; ia dipecat ~ malas; oleh ~ kerana; ~-musabab berbagai-bagai sebab; bersebab ada sebabnya (alasan mulanya): sakit bermula mati ~; polis tidak ada kuasa utk menangkap orang dgn tidak ~; menyebabkan menjadikan sebab, meng-akibatkan: hanya belas kasihan oranglah yg ~ dia masih hidup menumpang di rumah itu; hal ini telah ~ kemarahannya semakin meluap-luap; tersebab disebabkan oleh, terjadi kerana: kuakui bahawa segala kesalahan tidak ~ oleh orang lain; penyebab 1. orang (pihak dsb) yg menjadi sebab atau punca kpd sesuatu (kejadian, peristiwa, perbuatan, dll); 2. sesuatu (spt penyakit, bencana alam, dll) yg menjadi sebab kpd sesuatu: dia tidak menyangka tindakan-nya yg menurut hati itu menjadi ~ dirinya tersadai dlm kancah kehinaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 apa-apa yg mengakibatkan se­suatu; asal mula: Mereka sedang memikirkan ~ utama perkara itu berlaku. 2 kerana; lantaran: Dia sakit perut ~ terlalu banyak makan buah mempelam muda. bersebab ada sebabnya: Jika tidak ~, kenapa engkau menangis? menyebabkan mendatangkan atau menimbulkan sesuatu; menjadikan sebab; mengakibatkan: Apa yg ~ bandar itu maju dgn cepat? penyebab sesuatu atau seseorang yg menyebabkan ber­lakunya sesuatu: Ini akan meng­akibatkan kemusnahan kpd manusia yg juga me­rupakan ~ pencemaran itu. Kerosakan tisu merupakan ~ utama gejala penyakit dlm jangkitan virus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebab

Puisi
 

Sebab bulan terbit pagi,
     Bunga pandan dalam cerana;
Sebab intan datang ke mari,
     Nampak berlain dalam bunga.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Sebab mutiara sebiji,
     lautan yang dalam diselam orang.

Bermaksud :

Orang yang berilmu itu biar di manapun ia tinggal tetap dicari orang.

 

Lihat selanjutnya...(40)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sebab nila setitik, rosak susu (= santan) sebelanga.Kerana kejahatan yang sedikit, semua kebaikan menjadi rosak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebab mutiara sebiji, lautan yang dalam diselam orang.Orang yang berilmu itu biar di manapun ia tinggal tetap dicari orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebab mulut leher terjerat.Kecelakaan yang timbul kerana percakapan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebab kasih akan bunga setangkai, dibuang bunga seceper.Kerana sayang pada seorang saja, disia-siakan keluarga yang banyak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebab budi boleh kedapatan.Tingkah laku juga yang menyebabkan seseorang itu binasa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebab buah dikenal pohonnya.Daripada kelakuan (perkataan) dapat dikenal asal usulnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Daun mengenalkan pohonnya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebab berkelahi dengan perigi, akhirnya mati dahaga.Kerana melawan perintah (menentang) orang yang berkuasa akhirnya mendapat kesusahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebab bahasa menunjukkan bangsa.Budi bahasa yang halus menunjukkan bangsa yang baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa.Percakapan yang kasar kerap kali mencelakakan diri sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harimau ditakuti sebab giginya.Orang besar-besar itu ditakuti kerana kekuasaannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1234

Kembali ke atas