Gajah empat kaki lagi tersaruk. | Orang besar-besar itu ada waktunya akan kehilangan kebesarannya; nasib tidak dapat ditentukan. (Peribahasa lain yang sama makna: Sedangkan gajah yang besar dan berkaki empat lagi tersandung). tersaruk = tersandung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Masuk ambung tak masuk bilang. | Masuk ke dalam majlis yang besar-besar tetapi tidak termasuk bilangan (kerana hina atau hodoh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sedangkan gajah yang besar dan berkaki empat lagi tersandung. | Orang besar-besar itu ada waktunya akan kehilangan kebesarannya; nasib tidak dapat ditentukan. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah empat kaki lagi tersaruk). tersandung = terserandung, tersaruk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau langit hendak menimpa bumi, bolehkah ditahan dengan telunjuk. | Orang kecil tidak dapat mengelakkan diri daripada perintah orang besar-besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bangkai gajah bolehkah ditutup dengan nyiru? | Kejahatan yang besar tidak dapat disembunyikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat orang mengail, kalau ikan terlepas tentulah besar. | Usaha yang besar kalau tidak berhasil, tidaklah mendatangkan malu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Nasi disaji pula digaduhkan, padi di ladang dilanyak gajah tidak disusahkan. | Belanja yang sedikit yang digaduhkan, sedangkan belanja yang besar tidak dihiraukan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gajah berak besar, kancil (= pelanduk) pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan. | Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa. kebebangan = tertahan; tidak dapat terus keluar; juga terbebang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak gerun beliung memandang kampas besar tersergam tinggi. | Orang yang kecil tetapi pintar tidak takut akan lawan yang besar. kampas = sejenis pohon kayu yang besar dan keras. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Harap ke mulut besar cakap, kerja suatu tak boleh cekap. | Cakapnya saja yang besar tetapi buktinya tidak ada. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |