Nasib penyapu, banyak jasa turun darjat. | Terlalu banyak membuat kebajikan sehingga merosakkan diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bertanjak baru bertinjau. | Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berjanjang naik, bertangga turun, b. Bertangga naik, berjanjang turun). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bertangga naik, berjanjang turun. | Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjanjang naik, bertangga turun). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berjanjang naik, bertangga turun. | Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Naik dari janjang, turun dari tangga, b. Naik di janjang di tangga, c. Naik tak bertangga, turun tak berpintu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Naik tangga dari bawah. | Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjanjang naik, bertangga turun). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Asal besi pengapak kayu, asal emas menjadi penduk. | Darjat seseorang dapat ditentukan pada sifat perangainya. penduk = salut sarung keris. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tegak sama tinggi, duduk sama rendah. | Sama setaraf (tentang derajat (darjat) dan sebagainya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat dipakai baru, kain dipakai usang. | Adat yang baik, kalau diikuti, akan mengangkat darjat orang yang mengikutinya itu, kerana kalau adat dipakai selalu maka barulah tampaknya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras. | Setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun kedudukan) dengannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang, b. Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Yang pipit sama pipit, yang enggang, sama enggang. | Setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun kedudukan) dengannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras, b. Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang, c. Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |