| Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. | Orang mengatakan tentang sesuatu perkara itu tentulah ada sebabnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sekali lancung keujian, seumur hidup orang tak percaya. | Sekali ketahuan kelakuan yang tak baik, selama hidup orang tidak percaya lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Suku tak boleh dianjak, malu tak boleh diagih. | Kerukunan hidup orang-orang yang sekaum ialah yang seia-sekata, sehina-semalu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tak tahu membalas guna. | Melupai budi baik orang; tak berterima kasih kepada kebaikan orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bulan terang dalam rimba. | Orang pandai yang memperlihatkan kepandaiannya kepada orang-orang yang tak dapat menghargai kepandaiannya itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tinggilah pohon kenduduk di tengah padang. | Dalam kalangan orang-orang bodoh, orang yang berpengetahuan sedikit akan mengakui dirinya pandai daripada yang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Tak lang, si pungguk menjadi lang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kalau tak takut akan mati, tak sedunia perang; kalau tak takut akan alah, tak sedunia sabung. | Berperang dan menyabung merupakan pekerjaan yang amat berbahaya tetapi digemari orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Keluar tak mengganjilkan, masuk tak menggenapkan. | Orang yang tidak berharga dalam masyarakat. (Peribahasa lain yang sama makna: Masuk tak genap, keluar tak ganjil). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Masuk tak genap, keluar tak ganjil. | Orang yang tidak berharga dalam masyarakat. (Peribahasa lain yang sama makna: Keluar tak mengganjilkan, masuk tak menggenapkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tak ada guruh pada orang pekak, tak ada kilat pada orang buta. | Kias dan sindiran tidak ada ertinya bagi orang yang bodoh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |