Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata -lagi

Puisi
 

Jalan lurus bersambung tidak,
     Sambungnya terus ke Delima Batu;
Abang jauh bertemu tidak,
     Adik jauh yang mana satu.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Seperti daun kering ditiup angin di tengah padang.

Bermaksud :

Hidup melarat, terkatung-katung kian ke mari.

 

Lihat selanjutnya...(1000)

646

Words have wings, and cannot be recalled

Fikir dahulu sebelum bercakap kerana kata yang terlepas dari mulut tidak boleh ditarik balik.

Terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik.

I regretted launching such a hurtful remark, but words have wings, and cannot be recalled . I faced the consequences when I was suspended from work.

Saya menyesal kerana menghamburkan kata-kata yang menyakitkan hati, tetapi terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik. Saya menghadapi padahnya apabila saya digantung kerja.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(540)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Seperti dedalu api hinggap ke pohon kayu: hinggap ke batang, batangnya mati; hinggap ke ranting, rantingnya patah.Orang yang jahat (khianat) apabila berhimpun dengan orang baik-baik, nescaya binasalah orang baik-baik itu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti daun kering ditiup angin di tengah padang.Hidup melarat, terkatung-katung kian ke mari.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti daun delima dengan bunganya.Hidup yang tiada berguna.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti cincin dengan permata.Cocok segala-galanya; jodoh yang sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: Setumbuk bagai gelang, sejodoh bagai cincin).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti cicak kering.Rupa orang di dalam sakit (kurus).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sampah jangan ditendang disepak.Orang-orang yang miskin jangan dihinakan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sakit kepala panjang rambut, patah selera banyak makan.Orang yang pada lahirnya tidak suka, tetapi hatinya suka sekali. (Bandingkan dengan: Jangan bagai orang patah selera, banyak makan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti cicak makan kapur.Beroleh malu dalam suatu majlis kerana kesalahan sendiri; bersenang hati; gembira.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti cicak makan kaper.Orang yang rakus. kaper = kupu-kupu kecil yang terbang malam.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti cebok (= gayung) dengan tempayan.Ibu bapa menghimpunkan harta, anaknya menghabiskan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678910...

Kembali ke atas