Dibuat kerana Allah, menjadi murka Allah. | Dilakukan dengan maksud baik, tetapi diterima orang dengan curiga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Neraca palingan Allah, mata palingan setan. | Pendirian orang mudah berubah atau selalu berubah-ubah. (Biasa juga: Teraju palingan tali, manusia palingan Tuhan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bukan mati kerana Allah, melainkan kerana olah. | Mendapat kecelakaan kerana banyak tingkah atau akalnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah makan bismillah. | Melakukan pekerjaan dengan tidak menurut aturan. bismillah = mulai dengan nama Allah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Neraca palingan bungkal, hati palingan Tuhan. | Pendirian orang mudah berubah atau selalu berubah-ubah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Neraca palingan Allah, mata palingan setan, b. Teraju palingan angin, hati palingan Tuhan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Teraju palingan angin, hati palingan Tuhan. | Pendirian orang mudah berubah atau selalu berubah-ubah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Neraca palingan Allah, mata palingan setan, b. Neraca palingan bungkal, hati palingan Tuhan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Habis hulubalang bersiak. | Apabila sudah tidak ada orang yang akan diperintah, maka diri sendirilah yang harus mengerjakannya. siak = orang yang hidup miskin kerana Allah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |