Mengadu air dengan garam. | Suami yang lebih mengasihi isterinya yang muda daripada yang tua, tetapi syarat-syarat untuk menyatakan kasihnya itu tidak ada padanya. mengadu = mencampur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Garam jatuh di air. | Nasihat yang diterima dengan baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menuangkan air ke laut. | Menolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memberi garam kepada laut, b. Membuang garam ke laut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |