| Anak baik, menantu molek. | Sangat berbahagia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Anak seorang, menantu malim. | Sangat berbahagia. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak baik, menantu molek). malim = ahli agama. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lihat anak pandang menantu. | Menganggap orang lain sama saja dengan dirinya sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Pukul anak sindir menantu. | Mengata-ngatai orang, tetapi sebenarnya perkataannya itu ditujukan kepada orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Rosak anak oleh menantu. | Mendapat kerugian kerana perbuatan orang kepercayaannya atau orang yang dikasihinya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Karam Kampar oleh Kuantan, b. Karam sambal oleh belacan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Diindang ditampi teras, dipilih antah satu-satu. | Jika hendak mencari isteri, menantu atau pegawai hendaklah diusul periksa betul-betul jangan tersalah pilih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Karam Kampar oleh Kuantan. | Mendapat kerugian kerana perbuatan orang kepercayaannya atau orang yang dikasihinya. (Peribahasa lain yang sama makna: Rosak anak oleh menantu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Karam sambal oleh belacan. | Mendapat kerugian kerana perbuatan orang kepercayaannya atau orang yang dikasihinya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Karam Kampar oleh Kuantan, b. Rosak anak oleh menantu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |