Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. mengikhtiarkan su­paya tidak berubah, mengusahakan supaya tetap (kekal): kaum tua mahu tetap ~ adat yg mendapat kritikan paling hebat drpd kaum muda; 2. tidak mahu melepaskan, memegang teguh-teguh: kemerdekaan yg dicapai itu mesti dipertahankan; 3. menjaga supaya tidak terancam (dikuasai orang dll), melin­dungi, membela: jika kompeni menye­rang Bonjol, serahkan pd kami ~ negeri; ~ diri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 menjaga supaya kekal atau supaya tidak berubah: ~ adat. 2 menjaga supaya tidak diserang (dikuasai, dirosakkan dll); melindungi: ~ tanah air drpd serangan musuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tahan (adjektif)
1. Bersinonim dengan kukuh: kuat, teguh, tegap, stabil,

2. Bersinonim dengan tabah: cekal, sabar, betah, kental, ulet,

3. Bersinonim dengan cukup: pada, sampai, genap,

Kata Terbitan : bertahan, menahan, mempertahankan, tertahan, tertahan-tahan, tahanan, ketahanan, pertahanan, penahanan, penahan,

Peribahasa

Berkeras tidak berkeris.

Bermaksud :

Bertindak keras tetapi tidak mempunyai kekuatan untuk mempertahankan dirinya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Umpama orang memelihara dirinya dalam sarang lebah.Mempertahankan diri di tengah-tengah musuh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berkeras tidak berkeris.Bertindak keras tetapi tidak mempunyai kekuatan untuk mempertahankan dirinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biarlah mati di mata pedang, janganlah mati kena tendang.Biarlah binasa kerana mempertahankan kehormatan daripada binasa dalam kehinaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas