Kecil-kecil lada api, besar-besar limau abung. | Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil anak harimau, b. Kecil-kecil cabai rawit, c. Kecil-kecil cili Melaka). limau abung = sebangsa limau besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kecil-kecil anak harimau. | Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil cabai rawit, b. Kecil-kecil cili Melaka, c. Kecil-kecil lada api, besar-besar limau abung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |