Jikalau tidak berada-ada (= ada berada-ada, ada mengada), masakan tempua bersarang rendah. | Tentu ada sebab-sebabnya (sesuatu yang tersembunyi), maka sesuatu itu terjadi demikian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada ubi ada talas, ada budi ada balas. | Berbuat baik dibalas baik, berbuat jahat dibalas jahat; tiap-tiap aksi ada reaksinya. (Bandingkan dengan: Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada bukit, ada paya. | Ada baik, ada jahat; ada miskin, ada kaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas. | Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas. | Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada umur ada rezeki. | Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada hari, ada nasi, b. Ada nyawa ada rezeki). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada nyawa ada rezeki. | Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada hari, ada nasi, b. Ada umur ada rezeki). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada hari, ada nasi. | Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada nyawa ada rezeki, b. Ada umur ada rezeki). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada laut, ada perampok. | Tiap-tiap suatu itu ada pasangannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada jarum hendaklah ada benangnya, b. Ada ulam hendaklah ada sambalnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada jarum hendaklah ada benangnya. | Tiap-tiap suatu itu ada pasangannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada laut, ada perampok, b. Ada ulam hendaklah ada sambalnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |