Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hati (kata nama)
Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;,
Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati,

Puisi
 

Tetak tebu tempatku mandi,
     Layang-layang di Padang Semu;
Jangan sedih dalam hati,
     Ada hayat boleh bertemu.


Lihat selanjutnya...(45)
Peribahasa

Jika ada padi berhampalah;
     jika ada hati berasalah.

Bermaksud :

Siapa merasa tersindir, dialah yang berbuat sebagai yang disindirkan itu.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Jika ada padi, tentu ada hampanya; jika ada hati tentu terasa.Siapa merasa tersindir, dialah yang berbuat sebagai yang disindirkan itu. (Peribahasa lain yang sama makna: Jika ada padi berhampalah; jika ada hati berasalah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jika ada padi berhampalah; jika ada hati berasalah.Siapa merasa tersindir, dialah yang berbuat sebagai yang disindirkan itu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terkalang di mata, terasa di hati.Ada sesuatu yang akan dikemukakan; sesuatu yang terasa dalam hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berhampar lapik, berlicin daun.Bermuafakat mencari penyelesaian yang baik dengan setulus-tulus hati, tidak ada menyembunyikan perasaan-perasaan yang buruk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Nafsu tidak bertepi.Keinginan hati manusia tidak ada batasnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pesan dituruti, petaruh dimalami (= berhunyikan), berserah berkehendak hati.Harap ada percaya tidak. berhunyi = berhuni.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tarik puntung padamlah bara.Berbuat sesuka hati kerana sudah tidak ada bahaya lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hendak menggaruk tidak berkuku.Hendak berusaha tetapi alat syaratnya tiada ada. (Bandingkan dengan: Hati gatal mata digaruk).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tampak ijuk tak bersagar, lurah tak berbatu.Seseorang yang diperlakukan dengan sekehendak hati, kerana tidak ada kaum kerabatnya yang disegani orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hati hendak semua jadi.Jika ada kemahuan, semua dapat dikerjakan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas