Adakah duri dipertajam? | Orang cerdik tidak guna diberi nasihat; musuh tidak perlu diberi pertolongan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adakah buaya menolak bangkai? | Seorang jahat tentu akan berbuat jahat, kalau ada kesempatan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Minyak dengan air adakah (= bolehkah) bercampur? | Tak akan dapat bersatu (kerana bermusuhan dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagai minyak dengan air). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mutiara jatuh ke limbahan adakah hilang cahayanya? | Merendahkan diri tetapi tidak hilang derajatnya (darjatnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebagai minyak dengan air. | Tak akan dapat bersatu (kerana bermusuhan dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: Minyak dengan air adakah [= bolehkah] bercampur?). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |