Biar mati anak jangan mati adat. | Adat yang tidak boleh dilanggar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat bersendi syarak, syarak bersendi adat. | Pergaulan di dalam masyarakat hendaklah sesuai dengan adat dan syarak. (Peribahasa lain yang sama makna: Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat tua menahan ragam. | Orang tua-tua terpaksalah menahan (menderita) berbagai-bagai godaan yang tak menyenangkan hati kerana perbuatan anak cucunya yang tiada berjalan di atas kebenaran. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat pasang berturun naik. | Apa jua pun benda di dunia ini tak tetap keadaannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat orang mengail, kalau ikan terlepas tentulah besar. | Usaha yang besar kalau tidak berhasil, tidaklah mendatangkan malu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat muda menanggung rindu. | Orang hidup harus menanggung berbagai-bagai percubaan (senang, susah, sakit dan sebagainya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat lurah timbunan sarap. | Orang yang berpangkat atau berpengaruh biasanya menjadi tempat tumpuan orang mengadukan halnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat juara kalah menang. | Tiap-tiap usaha ada laba ruginya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat gajah terdorong. | Orang yang berkuasa kerap kali menyalahgunakan kekuasaannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat dunia balas-membalas, syariat palu-memalu. | Yang baik dibalas dengan yang baik dan yang buruk dibalas dengan yang buruk; manusia yang hidup mestilah bertolong-tolongan antara satu sama lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |