| Tak akan aib kucing biang. | Orang yang sedang berahi akan perempuan hilang segan dan malunya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mencabik baju di dada. | Menceritakan aib kaum keluarga sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menjemur bangkai ke atas bukit. | Memperlihatkan aib dan cela diri dan kaum keluarga sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tiada terbuangkan tahi mata dengan empu kaki. | Aib sanak saudara kita tentu kita ikut memikulnya, takkan dapat dipikul oleh orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai belacan dikerat dua: yang pergi busuk, yang tinggal hanyir. | Perkara yang mendatangkan aib kepada kedua-dua belah pihak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Membasuh najis dengan mala. | Membuang keaiban (malu dan sebagainya) dengan perbuatan yang lebih aib lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |