| Kalis bagai air di daun keladi. | Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Air di daun keladi [= talas], b. Bagai air titik ke batu). kalis = tidak berbekas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Air di daun keladi (= talas). | Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai air titik ke batu, b. Kalis bagai air di daun keladi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Daun keladi dimandikan. | Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air di daun keladi [= talas], b. Bagai air titik ke batu, c. Kalis bagai air di daun keladi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mencurah air di daun keladi. | Memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) yang tidak dapat meresap ke dalam hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai air daun talas (= keladi). | Tidak tetap pendirian; selalu berubah-ubah. (Bandingkan dengan: Air di daun keladi [= talas]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai air titik ke batu. | Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Air di daun keladi [= talas]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai tulisan di atas air. | Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Air di daun keladi [= talas], b. Bagai air titik ke batu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Taruh air di atas daun keladi. | Mempercayakan rahsia kepada orang yang bodoh atau pengecut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |