| Aku nampak olah (= olak), kelibatmu sudah kutahu. | Kerana tingkah laku, maksudnya ketahuan. olah = tingkah laku; kelibat = tabiat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Aku alah engkaulah menang. | Tidak mahu mengaku kalah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang. | Kasih sayang hanya waktu berhadapan saja, setelah berjauhan lalu dilupakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bangau, bangau, minta aku leher; badak, badak minta aku daging. | Iri hati kerana melihat kelebihan seseorang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Aku alah, engkau tak menang. | Orang bodoh yang tak mahu mengakui kekalahannya. (Bandingkan dengan: Aku alah engkaulah menang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Engkau belum mencapai pengayuh, aku telah sampai seberang. | Tujuan telah lebih dulu diketahui hanya dengan melihat tingkah laku atau bicaranya saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hang tak kurang sanggul, aku tak kurang tengkolok. | Hilang satu ada lagi ganti yang lain (tentang lelaki dan perempuan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Orang karam di laut, aku karam di darat. | Mendapat kesusahan tidak pada tempatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Terkilat ikan dalam air, (aku) sudah tahu jantan betina. | Sangat pandai dan awas dalam menangkap perkataan orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mengata dulang paku (= bawak) serpih, mengata orang aku (= awak) yang lebih. | Mencela orang, tetapi diri sendiri yang lebih buruk lagi. bawak = kulit kerbau atau lembu yang sudah kering. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |