Alah pinta dibuat sempena. | Biar bagaimanapun diharapkan, kalau bukan hak tidaklah diperoleh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Alah menang tak tahu, bersorak boleh. | Tidak berpihak ke mana-mana dalam sesuatu perlawanan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Alah membeli, menang memakai. | Barang yang baik memang mahal, tetapi dapat lama dipakai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Alah mahu, bertimbang enggan; cungkil merih akan pembayar. | Tidak menepati janji dan menentang balik orang yang diberinya janji itu. merih = pembuluh nafas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Alah limau oleh benalu. | Orang yang lama dialahkan oleh orang yang baru. benalu = tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di pohon lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Alah di rumpun betung. | Kekalahan yang belum memuaskan hati kepada pihak yang kalah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Alah bisa, oleh (= kerana, tegal) biasa. | Apabila telah biasa melakukannya, maka tiada terasa lagi kesukarannya; pengalaman praktis lebih baik daripada teori. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar luka di dada, jangan luka di belakang. | Biar alah sesudah melawan, daripada alah kerana melarikan diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Awak alah gelanggang usai. | Ditimpa kemalangan yang tak dapat diatasi lagi. usai = lengang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Aku alah engkaulah menang. | Tidak mahu mengaku kalah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |