| Dibalun sebalun kuku, dibuka selebar alam. | Alam rohani yang tak berbatas. balun = gulung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lah sesak alam tempat diam, tak berbumi tempat tegak. | Mendapat malu besar, sehingga tak ada tempat untuk menyembunyikan muka. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kalau dibalun sebalun kuku, kalau digumpal segumpal tanah. | Alam rohani yang tak terbatas. (Peribahasa lain yang sama makna: Dibalun sebalun kuku, dibuka selebar alam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Matilah kuman kena pelantik, sekalian alam melimpah darahnya. | Orang biasa yang kahwin dengan orang bangsawan, sehingga menjadi buah percakapan di merata-rata tempat. pelantik = belantik, tombak yang berpegas untuk membunuh binatang perburuan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |