Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.lang.a.lang] | الڠ٢

Definisi : , alang-alangan 1. setengah-setengah, tidak sungguh-sungguh, setengah hati: bekerja ~; 2. sedikit, kurang: bukan ~ bukan sedikit, terlalu, sangat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lang.a.lang] | الڠ٢

Definisi : Jw sj rumput yg tinggi, lalang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lang.a.lang] | الڠ٢

Definisi : , alang-alangan tidak sungguh-sungguh; setengah-setengah: ~ mandi, biar basah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alang-alang

Puisi
 

Alang-alang mandi di dulang,
     Sayang keroncong beri bertali;
Alang-alang didengar orang,
     Baik dilangsung sama sekali.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Alang-alang berminyak,
     biar licin.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Alang-alang berdakwat, biarlah hitam, b. Mati-mati berdakwat biar hitam, c. Mati-mati berminyak biar licin, d. Mati-mati mandi biar basah).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Alang-alang berdakwat, biarlah hitam.Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. alang-alang = tanggung-tanggung.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Alang-alang berminyak, biar licin.Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Alang-alang berdakwat, biarlah hitam, b. Mati-mati berdakwat biar hitam, c. Mati-mati berminyak biar licin, d. Mati-mati mandi biar basah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mati-mati mandi biar basah.Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Alang-alang berdakwat, biarlah hitam, b. Alang-alang berminyak, biar licin, c. Mati-mati berdakwat biar hitam, d. Mati-mati berminyak biar licin).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mati-mati berminyak biar licin.Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Alang-alang berdakwat, biarlah hitam, b. Alang-alang berminyak, biar licin, c. Mati-mati berdakwat biar hitam).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mati-mati berdakwat biar hitam.Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Alang-alang berdakwat, biarlah hitam, b. Alang-alang berminyak, biar licin).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.Kalau sudah terlanjur jahat, biarlah diperoleh hasil daripadanya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sepala-pala mandi, biarlah basah.Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Alang-lang berdakwat, biarlah hitam, b. Alang-alang berminyak, biar licin, c. Mati-mati berdakwat biar hitam, d. Mati-mati berminyak biar licin, e. Mati-mati mandi biar basah). sepala-pala = jika hendak atau terpaksa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau alang-kepalang biarlah jangan.Melakukan sesuatu pekerjaan biarlah sampai selesai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Teralang-alang (= terguling-guling) bagai sampah dalam mata.Kemusykilan yang tak dapat dilahirkan (selalu teringat dan terasa dalam hati).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tepuk berbalas, alang berjawab.Jahat dibalas dengan jahat, baik dibalas dengan baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas