Alim biasa menghukum syarak. | Hanya orang yang alim saja yang boleh membuat hukum syarak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Alim bagai katak di tepi air. | Orangnya alim (banyak ilmu) tetapi dia sendiri tidak mendapat faedah daripada ilmunya itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sukar kaji pada orang alim, sukar wang pada orang kaya. | Orang pandai-pandai memutuskan sesuatu perkara sesudah mempertimbangkannya dalam-dalam; orang kaya mengeluarkan wang kalau ternyata ada untungnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Penghulu disanjung dengan adatnya, orang alim disanjung dengan hajinya, orang muda disanjung dengan manjanya. | Memuji orang hendaklah dengan pujian yang wajar, mengambil hati orang hendaklah dengan perkara-perkara yang disukainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kenal dadanya, tak kenal mukanya (= rupanya). | Orang alim atau orang pandai dikenal orang hanya dengan membaca buku-buku karangannya saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mati gajah meninggalkan gading, mati manusia meninggalkan nama. | Orang kaya mati meninggalkan harta, orang alim meninggalkan ilmunya dan orang berjasa meninggalkan nama yang baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Syak fasik, yakin salih; batu jadi juadah. | Dengan yakin maksud tercapai. fasik = jahat; salih = alim. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |