Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.mat] | امت

Definisi : sangat: ~ mahal; ~ terkejut; ~ sangat tersangat, terlampau, terlalu; memperamat, memperamat-amat, memperamatkan, memperamat-amatkan memperhebat, mempersangat: ~ pukulan; teramat tersangat, terlampau sangat: yg ~ mulia; keamatan 1. keadaan yg amat sangat; 2. darjah (kekuatan, kehebatan, dsb) yg amat tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.mat] | امت

Definisi : ; mengamati, mengamat-amati 1. memerhatikan benar-benar, melihat dgn teliti: ia ~ muka tunangannya; 2. meneliti, meng­awasi: segala gerak-geri orang yg dicurigai diamat-amati oleh polis; pengamatan, pengamat-amatan peng­awas­an, penelitian: drpd ~ saya yg sungguh-sungguh, saya mendapat kesan bahawa dialah yg bersalah; pengamat pengawas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.mat] | امت

Definisi : benar-benar; sangat: ~ cantik; ~ pandai. keamatan ist keadaan yg tinggi kadarnya (ttg sinaran cahaya, aliran elekrik dsb). teramat terlalu sangat: ~ besar; ~ mulia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.mat] | امت

Definisi : ; mengamati 1 melihat dgn teliti: Beliau telah ~ gambar itu utk mengetahui yg manakah gambar adiknya. 2 memperhatikan sesuatu dgn sungguh-sungguh; mengawasi: Pihak polis sedang ~ setiap gerak-geri mereka. pengamatan perbuatan atau hal mengamati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amat

Puisi
 

Rumah baru sudahlah siap,
     Tapi dapurnya amat sempit;
Kuat burung kerana sayap,
     Kuat ketam kerana sepit.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Bagai emak mandul baru beranak.

Bermaksud :

Girang yang amat sangat; kasih sayang yang terlalu amat.

 

Lihat selanjutnya...(39)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Seperti kambing dikuliti hidup-hidup.Kesakitan yang amat sangat; dalam keadaan yang amat sukar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai emak mandul baru beranak.Girang yang amat sangat; kasih sayang yang terlalu amat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belum sekuku.Amat sedikit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Baunya setahun pelayaran.Amat busuk sekali.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai sepatung mandi.Sebentar amat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagaimana kumbang putus tali.Amat cepat; terlepas daripada sengsara. (Biasa juga: Kambing putus tali).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menyelami air dalam tonggak.Amat sukar menyelami hati manusia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti batu di pulau.Amat banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti kersik di pulau).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai pucuk (enau) dilancarkan (= diluncurkan).Amat cepat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kain tak bertepi.Kemiskinan yang amat sangat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1234

Kembali ke atas