Saya getah daun, dia getah batang. | Saya anak saudara, dia anak kandung, lebihlah dia daripada saya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Getah meleleh ke pangkal, daun melayang jauh. | Anak sendiri lebih dikasihi daripada anak saudara. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak sama getah daun dengan getah batang. | Kasih kepada anak sendiri tak sama dengan kasih kepada anak saudara. (Bandingkan dengan: Saya getah daun, dia getah batang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Daun 'lah melayang, buah jatuh ke perdu juga. | Tiada sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak saudara. (Peribahasa lain yang sama makna: Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga. | Tiada sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak saudara. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |