Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.na/.a.na/] | انق٢

Definisi : 1 orang yg masih kecil; anak kecil; kanak-kanak: Dia belum mengerti, masih ~ lagi. 2 = anak-anakan barang permainan kanak-kanak yg berupa orang; anak patung; boneka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anak-anak

Puisi
 

Anak-anak di kayu tinggi,
     Tempat galah si daun pisang;
Anak dagang menumpang di sini,
     Bajulah basah kering di pinggang.


Lihat selanjutnya...(627)
Peribahasa

Laksana layang-layang salah teraju.

Bermaksud :

Anak-anak muda yang menurut jalan yang salah.

 

Lihat selanjutnya...(181)

6

The apple never falls far from the tree

Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that the apple never falls far from the tree. So, be careful.

Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jadi berhati-hatilah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Berketuk ayam dalam telur.Anak-anak atau orang bodoh yang turut merundingkan sesuatu perkara yang tidak diketahuinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laksana layang-layang salah teraju.Anak-anak muda yang menurut jalan yang salah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Melentur biarlah waktu rebung.Mengajar anak-anak biarlah selagi kecil, apabila telah besar, keraslah hatinya dan tidak dapat diajar lagi. (Bandingkan dengan: Sedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari). (Lihat juga: Masa lagi rebunglah hendak dilentur, jangan dinantikan sampai menjadi aur).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seumpama telur sesarang, dierami induknya.Anak-anak yang mendapat jagaan yang sempurna daripada orang tuanya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Upah bidan pun tak terbayar.Anak-anak nakal yang menyusahkan ibu bapanya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai ikan lampam di ulak jamban.Anak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi; orang-orang yang mengutip hasil daripada pekerjaan-pekerjaan maksiat. (Peribahasa lain yang sama makna: Merayap-rayap seperti kangkung di ulak jamban).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti birah tumbuh di tepi lesung.Anak-anak yang lekas subur.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Merayap-rayap seperti kangkung di ulak jamban.Anak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi; orang-orang yang mengutip hasil daripada pekerjaan-pekerjaan maksiat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ikan lampam di ulak jamban).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Nyiur setandan tetapi berlain-lain jadinya.Walaupun anak-anak itu daripada seibu sebapa tetapi tabiatnya jauh berbeza.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Akal sebagai makan nasi lecek.Fikiran seperti anak-anak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678910...

Kembali ke atas